PROLOG I

2.1K 96 1
                                    

Nama aku, Nur Sarah Liyana. Aku anak orang kampung biasa. Namun keluargaku disanjung hebat. Kami disanjung bukan kerana kaya harta namun kerana kaya ilmu. Sedari kecil aku dibesarkan dengan ilmu agama. Halal, haram semua aku ketahui. 

Aku tidak sepatutnya yakin dengan manusia. Tiada manusia di dunia ini yang boleh kita percayai. Semuanya... Cuma syaitan bertopengkan malaikat! Aku terjebak. Dalam hal yang tidak sepatutnya. Mata-mata yang dulunya bersinar dengan kekaguman kini juga masih bersinar. Sinar kebencian.

"Pergi! Pergi, aku tak nak tengok muka kau lagi! Sia-sia aku tampung kos pembelajaran kau, besarkan kau selama ni, bagi kau ilmu, ajarkan kau agama dan berikan kau tempat tinggal yang selesa, ini yang kau balas kepada mak bapak kau sendiri! Kau memang anak tak guna, sampai mati pun aku takkan pernah mengaku kau anak aku! Berambus kau dari sini!"

"Bapak tolong bapak, maafkan Sarah. Bukan Sarah yang inginkan ini semua berlaku, sumpah bapak. Demi Allah, Sarah tak buat perkara terkutuk tu," aku meraung-raung memeluk kaki bapak. Ibu sudah terkulai di pintu tersedu-sedan menahan tangis. Pandangan yang dilemparkan dari orang sekeliling tidak aku hiraukan walau jelas menunjukkan mereka sedang memandang hina kepadaku.

"Jangan bermain dengan sumpah, Sarah! Kau sepatutnya sedar dengan kesalahan kau! Selama ini kami jaga kau bagai menatang minyak yang penuh. Kami percayakan kau, kau arif tentang ilmu agama. Tapi hari ini, malam ini, saat ini kepercayaan aku hancur! Diam-diam kau sudah pandai melakukan perbuatan terkutuk. Kau sudah pandai menggoda lelaki. Dan malam ini, kau tertangkap sedang membuat maksiat dengan lelaki," giliran ibu pula melepaskan rasa. Tangisanku semakin menjadi-jadi namun tiada siapa yang memandangku dengan rasa simpati.

"Sarah..." Satu suara menegurku. 

"Bapak, maafkan Sarah bapak..." Aku tidak memperdulikan suara itu. Rayuan terus dilakukan.

Sarah, bangun Sarah. Sarah!" Aku membuka mata. 

"Astaghfirullahalazim," tangan naik meraup muka. Aku mengigau rupanya.

"Sarah, kenapa ni?" Aku menggeleng.

"Tak ada apa. Cuma benda tu kembali menghantui aku macam biasa," aku tersenyum tawar.

"Sarah, kau ni..."

"Aku okay, Ayra." Ayra diam. 

"Bukan salah kau, Sarah. Itu bukan salah kau. Kenapa perlu kau fikirkan sangat." Ayra memujuk. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Sarah dah bangun ke Ayra?" Kami serentak memandang ke arah pintu. Ibu Ayra, puan Afiqa memandang kami dengan riak sedikit risau.

"Maaf puan, saya bising pagi-pagi buta macam ni..." Aku menunduk sikit memohon maaf. Tiada kudrat untuk bergerak banyak.

"Tak apa, kamu tu mengandung biasalah kalau emosi tak stabil. Jangan difikirkan sangat perkara-perkara tak elok. Tak bagus untuk bayi." Ayra mengangguk laju.

"Betul cakap ibu, kau dengan tu Sarah. Benda dah lepas jangan dikenang. Sekarang fokus diri dan bayi. Itu lebih penting," aku hanya tersenyum segaris.

"Ayra, masuk tidur." Puan Afiqa memberi arahan. Ayra hanya mengangguk dan berlalu keluar.

Aku meraup muka, peluk yang merenek di dahi melekat ke tapak tangan. Aku beristighfar panjang, seketika aku termenung sendiri.

Itu bukan mimpi, itu adalah salah satu memori dari kotak ingatan yang sentiasa menghantui diriku berbulan-bulan. Semuanya sudah berlalu. Semuanya adalah salah diriku. Mereka semua sudah tinggalkan aku. Ya allah. Tiada siapa yang sudi mendengar ceritaku melainkan dirimu...

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now