ßAB16🌼

503 17 4
                                    


Encik Haidin membuka matanya sedikit apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang mendekatinya.. cahaya yang agak samar itu menyukarkan dirinya untuk melihat susuk tubuh berpakaian hitam yang kini berada di hadapannya..

Mata tuanya yang agak silau itu ditutup semula.. tidak kuat untuk menghadap cahaya apabila terlalu lama berada di tempat yang gelap..

"Bushh"

Encik Haidin terbatuk-batuk apabila sebaldi air yang agak sejuk dituangkan ke tubuhnya..tubuh tua itu kini menggigil kesejukkan tanpa belas kasihan dari orang di hadapannya..

"Wake up..sampai bila kau nak tidur dekat sini?"suara sinis itu kedengaran di telinganya..walaupun mereka hanya pernah berjumpa sebanyak dua kali.. Namun telinga tuanya dapat mengetahui suara itu..

Encik Haidin tersengih.."Aku dah bagi apa yang kau mintak.. dia dah ada dalam gengaman kau... Apa yang kau nakkan lagi ha?"soal Encik Haidin dingin kepada lelaki di hadapannya..

Muka bengisnya ditunjukkan kepada lelaki itu..semua syarat telah dia tunaikan namun lelaki itu tetap menculiknya dan mengurungnya di tempat ini..makanan dan minumam hanya diberikan sekali sehari sahaja.. hanya cukup untuk membuatkan dia dapat bertahan di tempat itu..

Hayden tersenyum memandang wajah Encik Haidin..muka lelaki itu ada iras buah hatinya tapi mungkin kerana wajah lelaki itu yang kini kelihatan comot dan cekung membuatkan persamaan itu semakin jauh..perangai Raisha pula mungkin seratus peratus mengikuti arwah ibunya..

Walaupun Raisha telah diajarkan teknik mempertahankan diri seperti Sha Aulia.. Namun wanita itu tetap dengan kelembutan dan keayuannya sebagai seorang wanita..mungkin wanita itu akan menggunakan teknik itu ketika waktu terdesak sahaja.. tapi selagi nyawanya berada di dalam badan.. tidak mungkin dia akan membiarakan hal itu terjadi..Raisha tidak perlu untuk melakukan apa-apa kerana dia mampu untuk melindungi dan menjaga wanita itu walaupun nyawanya menjadi taruhan..

"Minggu depan majlis pernikahan antara Aku dan Nur Raisha Humairah binti Haidin..disebabkan dia mintak Aku untuk pastikan Ayah dia ada masa akad nikah nanti..Aku akan galas tanggungjawab untuk perhatikan kau buat masa ini.. "

Sepucuk pistol dihalakan ke kepala Encik Haidin..Mata hezelnya yang tadi kelihatan redup kini menjadi tajam.. anak matanya juga berubah menjadi kecil..

"Aku nak ingatkan kau..Aku tak ada masa untuk jaga kau macam anak buah aku...tapi Aku tak sanggup tengok bakal isteri aku lihat keadaan Ayah dia yang macam mayat hidup ni. pastikan kau masih bernyawa masa hari penikahan itu nanti..faham"jelas Hayden lalu pistol itu disimpan semula ke dalam sutnya..

Langkahnya ingin diatur keluar dari bilik bawah tanah itu..Ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum dia dapat fokus kepada majlisnya pada minggu hadapan..

"Sebelum Aku terlupa" Hayden kembali menghadap Encik Haidin yang duduk di tengah ruangan dengan tangan dan kakinya diikat..

"Kau patut berterima kasih dekat bakal isteri aku..kalau bukan sebab dia...kau sudah tidak ada dalam muka bumi ni.."Hayden tersengih lalu pintu bilik itu ditutup semula menjadikan keadaan bilik itu gelap gelita.. hanya bunyi aircond menghiasi pendengaran Encik Haidin..

Belum sempat kakinya melangkah keluar dari basement..mata hezelnya kini menangkap susuk tubuh Qaaed yang setia berada di sebelah pintu..dia sedia maklum yang lelaki itu memang suka muncul di merata tempat daripada Syed hakimi..

"what are you doing here? aku tak pernah suruh kau untuk turun ke basement"soal Hayden tenang.. Namun mata helangnya memandang tepat ke arah wajah Qaaed yang seperti tidak endah langsung dengan peraturan di tempat ini..

Hanya orang yang diizinkan olehnya sahaja boleh menjejakkan kaki ke kawasan ini.. orang yang dia percaya mampu untuk menyimpan rahsia bilik itu..setakat ini hanya Kimi,Kim dan Yan iaitu orang suruhan yang dibenarkan untuk ke sini..

"Biar Aku yang jaga orang tua tu..." Dengan selamba Qaaed membalas pandangan maut milik Hayden tanpa gentar..sudah dua tahun dia berkerja untuk lelaki itu..segala perangai lelaki itu sudah dihadam seluruhnya..

"What do you mean? who are you to decide what you should do or not?"pistol yang disimpan tadi dikeluarkan semula dan dihalakan betul-betul di kepala Qaaed yang masih beriak biasa.. walaupun sekarang mereka berada di ruang bawah tanah yang dikhaskan untuk menyiksa dan membunuh sesiapa sahaja yang berani membuat masalah dengannya namun berbeza dengan yang lain..Qaaed langsung tidak gentar dan selesa berada di tempat ini..

"I'm your boss..follow my orders or you wil regret it"ucap Hayden dengan nada tegas..picu pistol itu ditarik dan muncung pistol itu diarahkan semula di kepala lelaki dihadapannya...

"Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main Keal.."pandangan mereka bersatu.. masing-masing dengan dua identiti yang tidak dikenal pasti..

"Kau perlu pergi krusus kahwin..dan belajar cara hidup berpasangan.. menjadi seorang suami itu tanggungjawabnya besar.. kau yang perlu tentukan perahu mana kau patut pilih dan arah mana kau patut berlayar..Salah laluan boleh hancurkan segalanya.."jelas Qaaed dengan sedikit berkias.. dia tahu Hayden bukannya bodoh untuk tidak mengetahui semua ini.. tapi sebagai seorang kawan dia perlu mengigatkan Hayden tentang perkara itu..

Hayden tersengih..pistol yang menghala ke arah Qaaed diturunkan.. langkahnya mendekati lelaki itu dan bibirnya didekatkan ke telinga Qaaed.."Aku tahu kau orang yang bijak..but you need to know this term.. learning from that mistake will make you a successful person.."bahu Qaaed ditepuk tepuk perlahan..

Tangannya yang memegang pistol tadi diangkat dan satu tembakkan bergema di kawasan itu..Hayden tersengih lagi apabila melihat lampu yang berada tidak jauh darinya pecah berderai meninggalkan serpihan kaca jatuh ke lantai.."hmn..I made a mistake"Hayden tersenyum misteri sambil memegang batang hidungnya lalu pandangannya menghala ke arah Qaaed.. wajahnya langsung tidak ada rasa bersalah kerana melepaskan tembakkan secara tiba-tiba tadi..

"Kalau kau tak ada kerja sangat..Jaga orang tua tu...kalau dia tak berisi masa hari pernikahan nanti..badan kau yang akan kurus macam mayat.. do you understand?"Hayden ketawa mengejek.. langkahnya kembali diatur untuk meninggalkan kawasan itu.. serpihan kaca yang bersepah itu dipijak dengan bersahaja..

"Oh ye"Hayden memandang Qaaed yang masih statik di tempatnya tadi..
"Kalau kau ada banyak lagi masa.. pastikan betulkan lampu yang pecah tadi..ingat yang Aku tak suka orang lain masuk kawasan aku sesuka hati.. kalau kau terlebih ringan tulang.. pastikan kau bersihkan sampah ni sekali.. Aku tak suka kawasan Aku kotor.."ujar Hayden dan senyuman kembali menghiasi wajahnya..





_________

Kenapa Hayden gembira sangat tu🤨.. Author yang risau nie🤦..

Btw

💟 From MsSarang

DIA LELAKI PSYCHOTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang