ßAB11🌼

539 17 1
                                    

I can't believe that you're someone that I looking for.. you're the light for my world.. my dear❤️..
_

________
******
Seminggu kemudian...

Raisha mengeluh lemah apabila siap membersihkan kawasan rumah lelaki itu..sekarang ini dia langsung tidak tahu mahu berbuat apa..

Masakan yang sudah terhidang dipandang sepi..sudah seminggu dirinya tidak menghadiri kelas.. seminggu itu jugalah dia terperap di dalam rumah ini memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh sahabatnya yang lain..

Hayden akan pulang ke rumah hanya pada waktu tengah malam dan berangkat ke tempat kerja setelah subuh..

Raisha nekad dia akan berbincang dengan Hayden untuk meminta izin untuk keluar dari rumah ini..

__

Jarum jam menunjukkan jam 12.30 malam tetapi batang hidung lelaki itu langsung tiada..

Raisha memukul kedua belah pipinya yang sedikit tembam.. untuk kembali sedar dari mamai.. posisi duduknya dibetulkan menghadap ke muka pintu..

gaya seperti seorang isteri mithali yang menunggu kepulangan suami tercinta..chehh wahh..

Raisha menongkat dagu..matanya seakan hampir tertutup Namun digagahkan juga untuk dibuka..

"Mana awak ni Hayden?" Bisiknya sendiri menghadap muka pintu dengan pandangan kosong..

_____________
*****

Hayden memandang paparan cctv di rumahnya.. disitu tertera wajah sungul gadisnya yang menanti kepulangannya ke rumah..

Dalam diam dia tersenyum..

Jikalau mereka sudah bergelar suami isteri semestinya dia lah lelaki yang paling gembira apabila mengetahui bidadarinya menanti di rumah..

Dia tidak pulang ke rumah awal waktu kerana dia tahu dia tidak boleh berdua-duaan dengan Raisha didalam Rumah itu..

Kerana dia seorang lelaki yang normal..banyak yang akan terjadi sekirannya perkara itu tidak dielakkan..

Dia tidak mahu Raisha jatuh benci terhadapnya..

Apabila mendapati Raisha sudah tertidur di sofa ruang tamu.. terus sahaja langkah Hayden turun ke tingkat bawah...

Ye, hari ini dia tidak bekerja..Dan dia hanya menghabiskan waktunya sebaik mungkin di rumah memandang Raisha menerusi cctv yang berada di seluruh kawasan rumahnya..

Tiada sedikitpun aktiviti Raisha yang berjaya terlepas pada pandangannya..
Sewaktu gadis itu tersenyum sambil menyapu rumah pada awal pagi sehinggalah Raisha bernyanyi kecil sewaktu memasak di dapur untuk masak makan malam..

Entah mengapa dia bahagia apabila melihat wanita yang menjadi idamannya berada di hadapan mata..

Tudung Raisha yang sedikit senget ketika tidur itu dipandang..kelihatan Raisha sangat lena dibawa mimpi.. mungkin kerana penat menguruskan rumahnya..

Baju tidur yang dipakai oleh Raisha ketika ini adalah set baju tidur kegemaran Hayden ketika waktu malam..sebab itulah bajunya labuh dan seluarnya mencecah ke lantai..

'my shirt suits you very well'

Tanpa membuang masa Hayden terus mencepung tubuh Raisha ke bilik yang menjadi tempat tidurnya selama seminggu di rumah ini..

Tubuh Raisha direbahkan di atas katil empuk itu.. comforter ditarik sehingga menutupi separa dada gadis itu..

Senyuman Hayden melebar lagi apabila Raisha langsung tidak terganggu dengan segala perbuatannya tadi.. sebuah ciuman sekilas dihadiahkan di dahi wanitanya..

"Have a sweet dreams my dear"

___________________
*****

Raisha terjaga dari lenanya.. badannya sempat diregangkan dan comforter di tarik sedikit menutupi mukanya.. tudungnya sudah selamat ditanggalkan sewaktu tidur tadi..

Tangan kirinya meraba-bara ruang di sebelahnya..Lupa yang dia tiada suami..

Raisha terus mencapai jam disebelah katil nya yang menunjukkan angka 6.30 pagi..dia akui makin susah dirinya untuk bangun menunaikan kewajipannya yang satu itu sekarang ini.. ditambah pula suasana bilik yang selesa dan katil empuk yang menjadi tempat dia beradu..

Ingin jugak dia mengiakan salah-satu iklan di television.. kalau adik dapat tidur atas katil..mungkin tiga hari tidak bangun terus..

Namun dia masih sedar akan dirinya yang hanya menumpang dan menghabiskan beras dirumah lelaki itu..jadi dia tidak boleh bermalas-malasan di sini..

Setelas selesai menunaikan kewajipannya.. langkah diatur menuju ke arah dapur..lampu dihidupkan meyinari kawasan dapur yang kemas..makanan yang semalam di masak untuk Hayden telah pun disimpan didalam peti ais..

Raisha tersenyum simpul apabila mendapati makanan yang dimasak telah dicuit..mungkin Hayden makan sewaktu dia sudah tidak sedarkan diri semalam sewaktu di ruang tamu..

'Wait? Did I just say ruang tamu?'

Raisha megerutkan mukanya.. peti ais ditutup dan langkahnya diatur ke arah ruang tamu yang kali terakhir berada di pita ingatannya..

'tidak mungkin lah dia menigau dan naik ke tingkat atas untuk tidur di atas katil.'

Raisha melamun sendiri.. berfikir pelbagai kemungkinan yang terjadi pada malam tadi.. seingatnya dia hanya menunggu kedatangan lelaki itu pulang ke rumah..Dan akibat terlalu penat dan menggantuk terus sahaja dia landing di sini..

Mata Raisha tercacak pada sekuntum bunga rose yang berada di atas meja.. disitu juga terdapat origami berbentuk love yang memang selalu dia dapat lebih-lebih lagi dia serumah dan seatap dengan si pemberi itu..

Teringat sewaktu pertama kali dia mendapatkan origami seperti ini yang diletakkan di atas meja di bilik tidurnya..

"Go downstairs and eat.. I don't want you to be sick..cause you mean too much to me..my dear"

Masa tu jangan cakap lah.. berbunga- bunga terus hati apabila mendapat ayat yang tersangat manis dan caring sebegitu..

Nampak ajekan Hayden tu beku semacam tatapi dalam diam pandai mengambil hati.. mesti berpakat dengan Mr.Cupid nie.. Tu yang senang sangat Miss Raisha jatuh cinta..

Raisha tersenyum..laju sahaja origami itu dibuka dengan girang seakan-akan seorang kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula..

Namun, terus terlopong mulutnya apabila membaca ayat lelaki itu..

" You're so heavy my dear.. if you have a free time..go to our gym and exercise"..

Raisha megengam tangannya erat.. terasa geram pulak.. baru tadi ingatkan Hayden nak bersweet dengan dia.. ni lain pulak yang jadi..

Menyesal dia kerana terlebih excited tadi..

___________

💟From MsSarang

DIA LELAKI PSYCHOTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang