ßAB9🌼

561 19 6
                                    

Sometimes love is not about saying 'I love you' but it's all about 'I will do anything just for you'❤️

_

__________
-----------
Derapan langkah seseorang berlari dengan tergesa-gesa di suatu lorong.. Nafasnya tercungap-cungap mencari oksigen akibat penat berlari daripada sekumpulan gengster..

Ditoleh kebelakang masih ada yang mengejar dirinya akibat tidak menepati syarat permainan..

Tidak dia sangka yang dia akan menyesal dengan apa yang dia telah katakan kepada lelaki segak itu..Dan kini dia dan anaknya di ancam oleh mereka..

Satu lorong sempit di sebelah kanan dimasuki.. barang-barang yang sedia ada disitu ditolak untuk menjadi penghalang untuk dirinya melarikan diri dari situ..

"Aku dah tak ada cara lain" ujarnya terus berlari menyelamatkan diri..

______________
*******
Raisha melihat sekeliling rumahnya.. angin sejuk mula bertiup ke arahnya dan kilat serta guruh mula meyambar menandakan malam ini akan berlaku hujan ribut..

Raisha melihat ke keluar tingkap.. Ayahnya masih belum pulang ke rumah.. selalunya waktu-waktu bergini Encik Haidin akan pulang ke rumah untuk makan dan tidur..

Walaupun Ayahnya banyak menghabiskan waktu di luar tetapi tidak pernah dia lupa untuk pulang ke rumah pada waktu bergini untuk berehat..

Bung!!!!
Bunyi guruh yang kuat membuatkan Raisha mengucap sebentar.. dadanya diurut untuk meredakan ketakutannya..

"Raisha Humairah!!!"

Jeritan itu membuatkan Raisha menoleh semula ke tingkap.. kelihatan susuk tubuh Ayahnya berlari ke arah rumah dengan agak tergesa-gesa..

Pintu rumah dibuka untuk memberi Encik Haidin masuk ke dalam...

Encik Haidin terus masuk ke rumah lalu mengunci pintu..tingkap yang sedikit terbuka itu diintai untuk melihat keadaan..

Encik Haidin mengelus nafas lega.. Risau dirinya jika sekumpulan gengster tadi mengejarnya sehingga ke sini..

"Ayah, ayah okey tak? Kenapa macam tergesa-gesa sangat ni?" Soal Raisha apabila melihat Ayahnya seakan-akan merisaukan sesuatu..

Encik Haidin menarik nafas dalam.. matanya bertemu dengan mata anak tunggalnya..

"Kau perlu pergi dari sini.."

Terasa seperti tertampar dengan ayat yang dilontarkan oleh Ayahnya..

"Haa? Ayah cakap apa ni? Kenapa Raisha perlu pergi?"air mata perlahan jatuh.. entah kenapa dia amat sensitif tika ini..

Walaupun Ayahnya pernah menyatakan hasrat untuk meletakkan dirinya dirumah anak yatim tetapi apa yang dirasainya pada saat ini lebih menyakitkan..

Encik Haidin meneguk liur apabila melihat anaknya menangis.. Namun langkah tetap diatur ke arah bilik anak perempuan nya..

Beg besar dicapai,.beberapa helai baju dan barangan lain disatukan ke dalam.. lalu beg sandang anaknya diambil dari meja kayu bersebelahan katil..

Dengan nafas berat Encik Haidin melangkah ke ruang tamu.. Wajah anaknya yang sedang menangis itu membuatkannya menjadi serba salah..

"Ayah tolong jangan buat Rai macam ni...Rai tak tahu mana nak pergi kalau Ayah halau Rai.." luah Raisha..

Kedua kaki Ayahnya dipeluk untuk meminta simpati..

"Tolong Ayah,.."

"Rai sayangkan Ayah"

Sebak.. hanya itu yang dapat dirasakan oleh Encik Haidin saat ini..tombol pintu dipulas..suasana hujan lebat dan angin kuat menghiasi pandangannya..

"Ayah tolong jangan buat Rai macam ni.."rayunya lagi..

Nafas berat diambil.. beg yang berada di peganggannya dilontarkan ke luar rumah..

"Pergi Raisha Humairah!..Aku dah taknak tengok muka kau lagi!!..pergi dari sini!!"

Badan kecilnya didorang ke luar rumah secara paksa lalu pintu rumah ditutup rapi..

"Pergi Raisha!! Aku benci tengok muka kau...ingat kau tu punca kematian ibu kau... Jangan sekali-kali kau balik dekat rumah ni lagi"

Air mata Raisha mengalir laju..Ayat yang dilontarkan oleh Ayahnya kini benar-benar menguris hatinya..

"Benci sangatkah Ayahnya kepada dirinya?"

Namun, Raisha cuba untuk tegar...pintu kayu itu diketuk untuk meraih perhatian Ayahnya...

"Raisha mintak maaf Ayah,..tolong lah jangan hukum Rai macam ni,..Rai janji yang Rai akan kerja keras dan bagi semua duit dekat Ayah..."

Raisha mengalirkan air mata..
"Rai janji yang Rai akan dengar cakap Ayah"...

Ucapnya sayu...dia sudah lemah kerana mengalirkan air mata ...

Encik Haidin menahan sebak suaranya.. airmatanya kini tidak dapat dibendung lagi...

"Kalau kau tak pergi dari sini.. dan terus duduk dekat luar tu"...

Encik Haidin menghembus nafas berat..

"Aku akan bunuh diri dalam rumah ni"...

Seakan hancur hatinya apabila mendengar Ayahnya sanggup membunuh diri kerana amat membenci dirinya

"Baiklah Ayah....Rai akan pergi..."

Suara tangisannya cuba dikawal sebaik mungkin...

"Ayah tolong jaga diri masa Rai tak ada.....janji dekat Rai yang ayah akan selalu sihat...janji dekat Rai yang ayah akan selalu bahagia...."

Pintu kayu yang menjadi pemisah antara mereka itu ditatap...Dia tahu yang Ayahnya masih ada disitu..

"Ayah jangan risaukan Rai dekat luah sana...Rai akan Jaga diri sebaik mungkin....Ayah,.. walau apa pun yang terjadi Raisha Humairah akan selalu sayangkan ayah dia.. mohd Haidin.... Assalmualaikum,..."

Langkah lemah diatur menumbusi hujan..Nafasnya tersedu-sedan menahan tangisan tambahan lagi angin sejuk yang menyapa sampai ke tulangnya..

Tubuhnya perlahan mengigil namun langkahnya tetap diatur meninggalkan rumah itu... dia tidak sanggup jika melihat Ayahnya akan membuat perkara yang dimurkai oleh Allah hanya kerana membencikan dirinya...

"Waalaikumsalam,..hati-hati Raisha Humairah.."

_________________
---------

Hujan semakin menjadi-jadi...
Stesen bas yang tidak jauh dari rumahnya itu dituju untuk menunggu hujan reda...

Tubuh yang sejuk itu dihangatkan dengan haba yang dihasilkan oleh geseran di tangannya...

Badannya semakin lemah... Pemandangannya juga kini semakin kabur...

Dapat dia dengar suara seseorang yang menyambut tubuh lemahnya..

Seakan-akan dia dapat mengetahui siapakan orang bertopi hitam itu...

"I got you"...


_________________
Hi guys...,
Thanks sbb baca cerita ni☺️...

Btw...
Salam cinta dari
MsSarang💟

DIA LELAKI PSYCHOWhere stories live. Discover now