10 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

Seakan ada laser yang keluar dari bola matanya menjeling Ezra.

Dasar gatal!

Nadine garu kepala. Dia tak ada pilihan lain. Rasanya kalau nak pergi ke bas sebelah mungkin tempat duduk di sana sudah penuh. Jadi, punggung di rebahkan di sebelah Ezra.

Entah kenapa Nadine rasa canggung sekarang. Mungkin pertama, dia duduk di sebelah Ezra. Dan kedua, kedinginan Harlem terhadapnya membuatkan Nadine rasa tidak selesa. Lelaki itu langsung tidak melihat wajahnya apatah lagi mahu bercakap dengan Nadine. Seperti kehadiran Nadine di situ langsung tidak wujud.

Apa salah dia pun Nadine kurang pasti. Sepanjang perjalanan, otak Nadine ligat berfikir dan mengingati kesalahannya tapi Nadine tetap buntu.

Hari Nadine rasa tidak tenang jika Harlem diam seperti ini.

"Kepala you dah okay, Nad?" pertanyaan Ezra di sebelah menyedarkan lamunan Nadine.

Nadine menjawab dengan anggukan kecil.

"Good."

"You know what? Actually I paling tak sabar tunggu hari ini tiba. I patut berterima kasih pada orang yang bagi cadangan untuk kita pergi ke ladang strawberi. Itu tempat yang I paling suka pergi." cerita Ezra.

"Saya pun!" suara Nadine sedikit tinggi kerana terlalu teruja.

Tak sangka dia ada geng.

"You know the best part bila...."

"Kita dapat petik buah strawberry dan terus letak dalam mulut!"

Tutur Nadine dan Ezra serentak lalu keduanya sama-sama tertawa.

"Macam mana you boleh baca fikiran I ni, Nadine? Jangan-jangan you memang jodoh I tak?"

Nadine sambung ketawa.

"Jangan perasan lah. Kalau saya boleh baca fikiran awak sekalipun itu tak ada kaitannya dengan saya tiba-tiba jadi jodoh awak pula." Nadine geleng kepala. Ezra dengan perasannya memang tak boleh dipisahkan.

Dia baru mengenali Ezra tapi bila bercakap dengan lelaki ini, rasa macam mereka sudah kenal lama.

"Bila you sebut ayat itu tadi you mengingatkan I pada seseorang." Ezra senyum.

Nadine angkat kening tinggi. "Siapa?"

Ezra diam namun senyum masih tidak lekang di bibir merahnya.

"Adalah. Tak semua benda dalam dunia ni kita kena bagitahu orang kan?" balas Ezra menimbulkan cebikan di bibir Nadine.

Pulak dah? Padahal dia yang memancing kita dengan perkataan 'seseorang' tadi. Mestilah kita nak tahu juga.

"I ambil gambar you nak? Tengok sini." kamera di tangan Ezra di halakan tepat ke arah Nadine.

Gadis itu tiba-tiba di serbu rasa malu.

"Eh, tak payah lah. Muka saya tengah buruk sekarang." Nadine cuba menghalang kamera Ezra dengan tangannya.

Ezra tepis lembut tangan Nadine. "Stay still, Nadine. You cuma perlu senyum saja and that's it."

Nadine beralah dan senyum kecil memandang kamera.

"Good. One, two..."

Click!

Ezra lihat skrin kecil di kameranya.

"Nice! You sangat photogenic." puji Ezra.

Kelihatan senyum di bibir Ezra semakin lebar.

"Saya nak tengok." hampir Nadine mahu dekat namun Ezra terus menekap kamera tadi ke arah dadanya.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now