***************************************

Zakaria Bin Hashim. 45 years old malay male. Diagnosed with Hypogonadism since last year. Underlying Diabetes Mellitus and Ischemic Heart Disease.

Terkumat kamit mulut Firash membaca laporan pesakit dihadapannya itu .

"Encik Zakaria ada ambik ujian darah minggu lepas kan?"

"Berdasarkan ujian darah yang kita ambil minggu lepas, paras hormon testosterone encik masih rendah. Masih di bawah paras normal lagi. Jadi saya tambah lagilah ya dos untuk suntikan hormon yang encik ambik setiap bulan tu".

"Ada apa-apa masalah yang Encik Zakaria nak kongsi dengan saya?" Tanya Firash apabila melihat pesakit dihadapannya itu seolah-olah ingin menyatakan sesuatu.

"Doktor, saya nak tanya sikit ni, penyakit saya ni memang boleh menjejaskan hubungan intim ke? Sebab saya perasan sekarang yang saya kurang berkeinginan untuk melakukan hubungan intim dengan isteri saya" serba salah suara Encik Zakaria bertanya. Malu pun ada tapi memikirkan dihadapannya sekarang ini adalah seorang doktor, Encik Zakaria hanya menebalkan muka.

Firash yang mendengar hanya tersenyum nipis.

"Ya, Encik Zakaria. Ini kerana paras hormon testosterone yang rendah akan menyebabkan keinginan kepada hubungan intim akan berkurangan. Tapi jangan risau, saya dah tambah dos untuk suntikan hormon testosterone encik yang seterusnya." Jelas Firash lagi.

"Err.. doktor.. sebenarnya ada benda lagi saya nak tanya" perlahan sahaja suara Encik Zakaria. Tangannya pantas menyelongkar bag yang dibawanya sebelum dia menghulurkan sepapan pil ubat yang berbentuk bulat berwarna putih seperti panadol kepada Firash.

Pantas Firash menyambut huluran tersebut dengan dahi berkerut. Takkan mukanya terlalu pucat sehinggakan pesakit di hadapannya ini menawarkan ubat kepada doktor yang merawatnya pula.

"Ubat apa ni encik?" Tanya Firash dengan wajah yang masih berkerut.

"Macam ni Doktor. Ubat ni kawan saya yang cadangkan pada saya lepas dia tahu keinginan saya ke arah tu dah tak macam dulu. Macam ubat perangsang jugak la sebenarnya. Tapi sebelum saya ambik ubat ni, saya nak tanya la dulu doktor, boleh ke saya ambik ubat ni?"

Firash terus membelek-belek pil yang diberikan oleh Encik Zakaria sebelum pil itu dihulurkan kepada pesakit itu semula.

"Sebagai doktor yang merawat Encik Zakaria, saya sarankan supaya encik tak ambil ubat ni. Ini kerana ubat ni boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada encik. Lagipun kita tak tahu kesan dia kepada jantung encik ". Tangan yang ingin menyimpan kembali pil itu terus terhenti apabila mendengarkan ayat yang keluar dari mulut doktor dihadapannya itu.

"Encik pun tahu kan tentang masalah jantung yang encik alami?" Encik Zakaria hanya mengangguk. Pil di tangan diletakkan kembali di atas meja.

"Pengambilan ubat ini tanpa arahan doktor boleh membahayakan jantung encik". Tambah Firash lagi.

"Baik doktor. Saya pun risau nak makan ubat sebarangan disebabkan masalah jantung saya ni, sebab tu saya tanya doktor yang lebih pakar dalam bidang ni"

"Tentang masalah tu Encik Zakaria jangan risau, bila kita dah tambah dos suntikan hormon tu, InsyaAllah paras hormon testosterone encik akan kembali pada paras normal dan segala symptom-symptom tu akan pulih kembali" Firash tersenyum nipis ke arah pesakit dihadapannya apabila melihat pesakit itu menganggukkan anggukkan kepala tanda faham. Kepalanya yang terasa menyucuk tidak diendahkan.

"Kalau macam tu, kita jumpa lagi dalam masa tiga bulan ye, Encik Zakaria. Dalam masa tiga bulan ni, setiap empat minggu sekali, encik kena datang ke klinik untuk ambil suntikan hormon tu".

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now