Aralyn pula menggeliat geli dengan tangan Harraz yang mengusap-ngusap perutnya. Dia rasa seperti digeletek. "Raz! Janganlah usap situ! It tickles!"

Bila ditegur semakin galaklah Harraz melakukan perkara tu. Memang tergelaklah Aralyn sebab merasa kegelian. Terus api tambak tu ditutupnya dan meletakkan sudip. Dia mendongakkan kepalanya ke atas untuk melihat wajah suaminya tu.

Harraz melihat mata isterinya dalam dengan senyuman kecil menghias pada bibirnya.

Terasa seperti banyak rama-rama beterbangan dalam perut Aralyn. Hatinya juga rasa berbunga dengan tatapan manis suaminya.

Aralyn berpusing menghadap Harraz. Tangan lelaki itu pun masih berlingkar pada pinggangnya. "Kenapa tengok aku macam tu?" Soal Aralyn merasa malu.

Harraz mencuit hidung Aralyn. "Nothing. Isteri aku ni cantik dan comel sangat. Untung aku dapat seorang Nur Aralyn Irdina ni."

Kenyataan suaminya itu membuat Aralyn malu dan terharu. Semakin jatuh cinta dia dekat Harraz ini, suaminya.

Bahu Harraz ditepuk sekali oleh Aralyn sebab dia merasa malu. "Kau ni, tiber!"

"Lah, orang puji je pun!" Kata Harraz dengan cebikan pada bibirnya.

"Ara..." Ujar Harraz perlahan.

"Ya?"

"Bila last kau period?"

Soalan Harraz itu membuatnya terdiam. Kenapa tanya dia akan hal tu?

Tapi betul juga. Dia sudah 2 bulan tidak datang bulan! Dia tak fikirkan apa-apa sebab sebelum ini pun dia ada pernah tidak uzur dua bulan disebabkan hormon berubah. Bulan depan ada lah tu balik.

"2 bulan. Kenapa?" Jawab Aralyn dengan pelik.

Harraz menghela nafas dan tersenyum memandang isterinya. Hah kan, boleh jadi memang betul isterinya ini mengandung.

"Aku... aku ada beli pregnancy test, I think you should try it lepas kita makan ni." Kata Harraz lembut. Pipi isterinya diusapnya dengan penuh kasih. Lepas kerja, dia sempat pergi ke farmasi dan membeli benda itu untuk Aralyn.

Terbulat mata Aralyn akan kata Harraz tu. "Huh? But I don't think I'm pregnant Raz. I don't feel anything." Ujar Aralyn merasa terkejut. Dirinya tidak rasa pun mengandung. Tiada apa-apa tanda mengandung pun yang dialaminya.

"Kau takde rasa, tapi aku yang kena." Pucuk hidung isterinya dicucuknya lembut sekali. Isterinya memang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda orang mengandung sebab dirinya yang terkena semuanya. Mungkin ada lah sikit, isterinya tu mula bermanja juga dengannya.

Aralyn melopong. Mulutnya terbuka besar kerana baru menyedari segalanya. Jadi selama ini perubahan sikap suaminya dan suaminya pening dan mual itu, boleh jadi sebab Aralyn mengandung?!

Harraz menutup mulut Aralyn yang terbuka kerana terkejut tu dengan menaikkan dagu isterinya.

Aralyn terkejut sangat sampai mulutnya rasa terkunci.

"Lepas kita makan, kau cuba eh?"

Aralyn hanya mampu mengangguk perlahan. Masih cuba untuk memasukkan informasi itu ke mindanya.

»

Selesai makan, Aralyn terus pergi mencuba pregnancy test itu. Tak tenang dia makan tadi sebab rasa berdebar-debar.

Selepas beberapa minit tunggu dalam tandas menunggu keputusan test itu muncul, akhirnya ada muncul dua baris pada test itu.

Aralyn menutup mulutnya dengan tangan terketar-ketar mencapai pregnancy test itu.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now