‘Habislah aku. Mesti minah ni merajuk lepasni’ gumamnya perlahan dengan nada yang kesal.

“Kenapa ni Ana?”
Alcazar menyoal risau dia melihat Ersana yang seperti mahu menangis sahaja.

“Abii…Ana dah lewatlah.”

“Apa yang lewat?”

“Nak jumpa Natasha. Janji pukul 9 tapi ni dah pukul 10.”

Ersana terduduk di lantai sejuk itu. Sumpah! Dia betul-betul lupa.

“Macam mana ni Abi? Nanti mesti Natasha merajuk.”

Tubir matanya sudah bertakung dengan mutiara jernih. Tunggu tumpah je! Lagi menyakitkan hati saat Alcazar hanya mengangkat bahu tanda tak kisah.

“Abi ni…”

Ersana menayangkan wajah cemberutnya. Orang tengah sedih dia buat tak tahu pula.

“Tak naklah kawan dengan Abi. Kita kawan esok je lah.”

Kedua-dua tangan naik tanda protes! Kepalanya pula menoleh ke kanan. Tidak mahu melihat wajah tua Alcazar.
Saat menoleh ke kanan matanya disapa oleh susuk tubuh seorang lelaki tadi. Yang turut ada di dalam bilik Alcazar.
Bersama dengan tubuh tegapnya yang disarung baju kemeja putih. Rambutnya yang bergaya messy membuatkan dia terlihat seperti badboy. Lagi menarik perhatian saat dia melihat ke arah iris matanya.

Berwarna zamrud. Cantik!

“Tengok siapa sampai tak berkelip tu Ersana?”

Alcazar menegur lembut saat melihat Ersana memandang tetamunya tidak berkelip. Mentang-mentanglah lelaki tu ada rupa yang luar biasa, tak berkelip Ersana tengok sampai buat dia lupa tentang Natasha.

Mendengar sahaja teguran Alacazar, automatik wajahnya membahang malu. Rasa macam nak masukkan muka dalam pasu tu! Teringat yang jejaka itu pasti melihat setiap babak sikap manjanya tadi!

Kepala terus menoleh kembali ke arah Alcazar. Mahu kontrol malu. Baru dia teringat saat dia terjah ke dalam office ni, Alacazar tidak berseorangan.

“T-tengok sofa tu ha. Handsome. Hot pula tu.”

Aip!

Tersedar dia sudah terlepas cakap, cepat-cepat Ersana menekup mulutnya.
Ya Allah Malunya!

Dasar mulut derhaka dekat tuan! Lagi bertambah malu saat dia melihat Alcazar menahan tawa manakala lelaki tadi menarik senyum senget!

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Terimalah padahnya! Padan muka kau Ersana!

“Oh, sofa tu. Memang handsome pun. Tapi rasanya Abi dia ni lagi handsome dari Anak dia. Betul tak Aslan?”

Alcazar memandang ke arah Aslan lalu senyum. Aslan membalas senyum itu ikhlas.

“Finally you're back.” Ersana disebelah Alcazar blur pemandangan apakah ini? Siapa sebenarnya jejaka kacak ni?

Ersana, kenalkan ni anak Abi yang tinggal dekat United Kingdom.”  Alcazar memperkenalkan status Aslan kepada Ersana tenang. Tapi lain pula reaksi yang diberikan Ersana pada Aslan.

“Oh...”

Sesungguhnya dia juga tidak tahu nak memberi reaksi macam mana. Tentang Aslan. Ashira dan Alcazar pernah bercerita tentang lelaki itu. Tapi gambar lelaki itu Tidak pernah ditunjuk.
Kiranya ini adalah kali pertama mereka bersua muka setelah beberapa tahun dia dijaga oleh Alcazar dan Ashira.

Sangkaan awalnya, pasangan itu hanya mempunyai seorang anak iaitu Ayaz yang sedang berada di Italy sekarang ni outstation katanya.

“Aslan, ni Ersana. Anak angkat Abi.”

Mata Ersana mencari bebola mata cantik Aslan mahu melihat reaksinya saat mengetahui status dia pada Alcazar dan Ashira.

Reaksi yang diberikan Aslan pada Ersana ialah mendatar. Wajah jejaka itu tetap kacak walaupun tidak ada senyuman terukir.

Oh, dan secara tiba-tiba juga jantungnya mula buat senaman pemanasan saat mereka bertentang mata. Jika pertemuan pertama sudah macam ni, kalau untuk selamanya macam mana pula?

“Abi…Ana pergi dulu lah. Nak pergi jumpa Nat pula. Assalamualaikum.”

Ersana melempar senyum manis pada Alcazar. Tetapi tidak untuk Aslan. Lagipun mereka baru pertama kali berjumpa tetapi entah kenapa dia rasa seperti pernah jumpa Aslan sebelum ini.

“Pergilah. Hati-hati drive,” pesan Alcazar ringkas pada anak perempuannya. Ersana mengangguk. Pesanan Alcazar akan dia simpan dalam kepala.

“ALAH, sorrylah Nat. Tak sengaja,” tangan Natasha yang berpeluk tubuh itu Ersana tarik berkali-kali.

“Tak sengaja tak sengaja. Lepastu nanti kau buat lagi!” Natasha mengalihkan kepalanya memandang ke arah lain. Asalkan bukan wajah Ersana.

“Betul. Ni betul-betul tak sengaja. Harini Abi tak sarapan. Mama minta tolong aku untuk hantarkan makanan untuk Abi. Lepastu kebetulan waktu nak pergi Cyrus tu, jalan jammed teruk.”

Bersungguh-sungguh Ersana menerangkan pada Natasha supaya mempercayainya. Lagipun dia tak tipu memang betul pun jalan sesak waktu nak pergi Cyrus.

“Yelaa aku maafkan kau.”
Natasha mengalah tidak mahu lagi bergaduh dengan Ersana. Lagipun hanya Ersana satu-satunya kawan yang melekat dengan dia. Kalau yang lain, dia kurang berkawan.

“So, kau nak cerita apa dengan aku tadi?”

Natasha menyoal teringat pada perbualannya dengan Ersana sebentar tadi sewaktu Ersana dalam perjalanan datang ke kafe. Katanya nak bercerita. Punyalah bersemangat.

“Oh, pasal anak Abi.”

“Ayaz? Dia kan dekat Italy?”

Dia hanya tahu serba sedikit tentang Ayaz. Ersana pernah cerita padanya serba sedikit tentang lelaki itu yang sedang kerja di Italy tak silapnya.

“Bukan Ayaz,” berkerut kening Natasha. Aik, bukankah Alcazar dan Ashira hanya mempunyai seorang anak iaitu Ayaz.

“Lepastu siapa?”

“Aslan,” bertambah kerut di dahi Natasha saat mendengar nama lelaki asing meniti di bibir Ersana. Mamat mana pula ni?

“Abang sulung Ayaz.” Ersana menyambung.

“Eh, Ayaz ada abang?” Ersana mengangguk berkali-kali mengiyakan.

“Ye ye je kau.”

“Eh betullah.”

“So, macam mana perangai Aslan tu?” soal Natasha. Nak tunggu dia berpeluang untuk jumpa Aslan macam lambat lagi.

“Macam beku. And, tak tahu kenapa tapi aku rasa macam pernah jumpa dia.”

kalini i jamin tak sad sad dah :p

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kalini i jamin tak sad sad dah :p

Broken TrustWhere stories live. Discover now