°∘∘19∘∘°

Start from the beginning
                                    

Qayyum tertawa kecil sambil meneruskan langkah masuk kedalam bilik mandi. Sehelai tuala dilingkari kemas di leher. Dia berhenti memusing tubuh menghadap Fredella.

"Gelak pulak. Saya serius ni tau!" Mata Fredella tidak fokus. Taktahu nak beri tumpuan buat yang mana satu. Muka tengah gelak dah hensem satu, shirtless pun satu.

"Awak serius pun nampak cantik, apatah lagi kalau awak teman saya mandi." Tangan kiri menahan bukaan pintu, sebelah tangan lagi menarik isterinya kedalam. Qayyum berjaya mengumpan Fredella. Ketawa sinisnya sudah cukup membuktikan.

"Geramnyaaaaa—" Pipi bulat Airis digomol tanpa henti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Geramnyaaaaa—" Pipi bulat Airis digomol tanpa henti. Bersungguh-sungguh Fredella melayan si kecil itu.

"Amboi kau." Suara Khalaf mengejutkan Fredella apabila dia selesai turun dari tangga. Qayyum turut menyusul dibelakang jejaka itu.

"Apa dia?" Terangkat alis kening Fredella, apa yang tidak kena? Siapa suruh anak comel sangat! Geram

"Nak baby pergi buat sendiri. Ni anak aku. It's Babah turn now." Belum buat apa-apa lagi, Airis menaikkan kedua-dua tangannya ke atas. Teruja apabila babahnya sudah berada didepan mata. Sekejap jari-jarinya digenggam, sekejap dibuka kembali. Seperti hendak mencapai sesuatu.

"Nella tak suka auntie Dell ke? Laju je nak babah dukung—" Fredella akur, dia biarkan saja Khalaf mengambil si comel itu darinya. Lengan kekar Qayyum ditarik sehingga membuatkan jejaka itu terduduk disebelahnya.

"Jum ambil barang awak. Lepastu kita boleh sambung bercinta." Kedengaran lembut dan sopan didengari oleh Khalaf. Qayyum hanya mampu menyorok senyuman.

Khalaf melabuhkan punggung berhadapan dengan sofa yang diduduk oleh Fredella dan Qayyum. Tubuh kecil Airis dipeluk kemas.

"Ambil barang? Dekat mana?" Soal Khalaf ingin tahu. Kemana dan dimana tempat yang bakal dibawa oleh Qayyum sudah dia tahu terlebih dahulu.

"Rumah Fareez dengan Qay lah. Abang bukan tahu ke?" Jawab Fredella laju.

"Tahu. Tapi tadi Qay kata dia nak bawa kau balik rumah dia. Rumah dia," Mata hitam Khalaf tepat menghala ke arah susuk Qayyum.

"...dengan kau." Dan beralih ke arah Fredella pula.

"Rumah kita?! Betul ke???" Sehingga terangkat bahu Airis mendengar wanita itu mengeluarkan suara yang kuat. Tercebik-cebik bibir kecilnya, terkejut.

"Iya... lepas saya bawa awak ambil barang, kita balik rumah tu ya?" Qayyum rasa bersalah melihat Airis. Dia menenangkan isterinya.

"Okey jum, sekarang." Wanita itu terus bangun, bersedia meninggalkan ruang tamu.

"Sayang—" Tangan Fredella ditarik pantas. Automatik terhenti langkahnya disebabkan Qayyum.

Fredella menoleh kepala kebelakang. Sekejap betul hilang hala tuju selepas mendengar panggilan yang satu itu.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now