Mulalah memuncung bibir Harraz. "Hmm ya lah." Suaranya sedikit mengendur, seperti ingin merajuk.

Sempat dia menjeling Aralyn sebelum dia pergi masuk bilik mereka untuk mandi. Nak merajuk gini!

Aralyn pula menarik nafas. Kadang malas nak layan perangai suaminya. Seperti melayan seorang budak! Macam mana lah nanti kalau mereka berdua dah ada anak. Mungkin kiranya dia menjaga dua orang budak lah tu nanti? Sikap Harraz kadang tak ubah seperti seorang budak!

Keluar saja Harraz dari biliknya, sudah segar lepas mandi dan menukar pakaian, Aralyn terus ditujuinya.

Harraz naik atas sofa dengan gaya menindih wanita itu lalu berlalih pada ruang sempit sebelah isterinya dan cuba baring di situ. Disebabkan sempit, Harraz pun selamba ja meletakkan separuh badannya atas badan Aralyn dan sebelah kakinya pula elok diletak atas kedua kaki Aralyn. Kepalanya pula terlentok pada bahu wanita itu.

Aralyn pula hanya mampu pasrah dengan kelakuan Harraz itu. Terasa berat bila Harraz ini menghempap separuh badannya. Sudahlah badan suaminya ini lebih besar darinya! Malas nak layan, tapi sebenarnya dia suka bila berkedudukan rapat dengannya.

Oleh itu Aralyn pun cuba menyelesakan diri dengan sebelah tangannya memeluk Harraz dan sebelah pula memegang buku yang dibacanya.

"Ara, I'm tired. Nak tidur." Gumam Harraz perlahan dengan matanya mula ingin tertutup. Mengantuknya datang semula, berapa jam saja dia dapat tidur tadi.

"Tidurlah." Balas Aralyn ringkas.

"But I wanna spend time with you." Kata Harraz lagi walaupun matanya hampir tertutup dan nak masuk alam mimpi.

"Ini tak dinama spend time ke ni?" Soal Aralyn hairan. Harraz yang mengada memeluknya ini tidak dikira meluangkan masa ke?

"No.." Gumam Harraz lagi sebelum kali ini dia betul-betul tertidur.

Aralyn tersenyum. Rambut Harraz diusapnya kejap. Comel suaminya ini. Manja, tapi comel!

»

Harraz terbangun dari tidurnya. Dia menggeliat sedikit sebelum mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah isterinya.

Ternaik sedikit bibir Harraz bila melihat isterinya itu pun turut tertidur, dengan buku yang dibacanya tadi diletak atas perutnya sendiri. Sudah tentu Aralyn tertidur sewaktu membaca.

Sedar yang dirinya itu menghempap separuh badan Aralyn, Harraz mula bangunkan badannya untuk mengiring dan lepas itu perlahan dia mengangkat badan Aralyn. Lalu Harraz pun membaringkan dirinya semula dalam keadaan terlentang dan menarik badan Aralyn atas badannya. Muka Aralyn pun sudah elok melekap pada bidang dadanya.

Buku Aralyn tu? Dah tergugur atas lantai. Semoga buku itu baik-baik saja. Kalau rosak, walau terlipat satu muka surat, memang Aralyn akan membebel padanya nanti.

Sedikit kagum Harraz bila setelah saja dia melalih posisi mereka, Aralyn tidak terbangun langsung. Selalunya Aralyn bukanlah seorang yang tidur berat sepertinya.

Harraz mengelus perlahan rambut panjang dan lembut Aralyn itu. Sejujurnya Harraz lebih suka tengok isterinya tidak mengikat rambutnya, semakin nampak cantik dan seksi dimatanya aums.

Jam dinding dipandang dan sudah menunjuk hampir pukul 1 petang. Lah, terlajak tidur betul keduanya. Cadang nak tidur sekejap je, sedar-sedar dah nak pukul 1.

Nak dibangunkan Aralyn, isterinya ni nampak nyenyak betul tidur, tak sanggup dia nak kejutkan. Jadi dia biarkan sahaja isterinya itu tidur.

Entah lepas beberapa minit, Aralyn mula menggerakkan badannya dan menggesel-geselkan mukanya pada dada Harraz.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now