°∘∘17∘∘°

Start from the beginning
                                    

Qayyum mencerlung Fredella dengan tajam. Dia mendiamkan diri tetapi bukan didalam hati. Balas guna nafas jelah.

Sementara itu bibir Tuan Hafiz mengukir senyuman. Nampaknya Fredella seorang yang berani bersuara. Dia suka melihat gadis itu bergurau.

"Saya...balik dulu ya. Kirim salam dengan makcik. Kita berjumpa lagi nanti." Fredella menundukkan sedikit wajahnya. Senyuman Tuan Hafiz dibalas.

"Pakcik harap, kita berjumpa lagi dengan status yang berbeza." Penuh maksud ayat yang dibalas.

"Jaga diri dan jagakan hati kamu untuk anak Pakcik." Moga apa kehendak Qayyum tercapai. Dan semoga dia sempat melihat anaknya berkahwin. Soal hati dan perasaan anak sendiri hanya dapat dibaca oleh seorang ayah.

"InshaAllah. Terima kasih.." Fredella tersentuh dengan kata-kata Tuan Hafiz. Senyumannya masih belum memudar. Wajah Qayyum dipandang sekilas dengan anggukkan kepala.

"Doakan urusan saya dah Qayyum dipermudahkan. Assalamualaikum, Pakcik." Selesai itu, Fredella menyusun langkah menuju ke arah keretanya.

"Awish temankan dia separuh jalan guna kereta Awish sendiri. Kejap lagi Awish balik. Pergi dulu, abah." Qayyum turut berlalu pergi setelah Tuan Hafiz benarkan. Mereka berasingan kereta. Fredella terlebih dahulu pulang hari ini, dia pula esok hari.

Hairan Tengku Rossa, anak bongsu bertuahnya seorang ini biasanya bangun tengahari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hairan Tengku Rossa, anak bongsu bertuahnya seorang ini biasanya bangun tengahari. Harini awal pagi terpacak di meja makan. Dia bawa semangkuk mee goreng ke arah meja tersebut.

"Kerja ke harini?" Soalan itu ditanya akibat sekian lama tak nampak Fredella bersiap dengan pakaian kerja. Mangkuk tadi selesai diletakkan.

"Kerja. Nak jumpa kesayangan." Spontan Fredella menjawab. Bau mee goreng menarik perhatiannya. Laju tangan gadis itu menyenduk mee kedalam pinggan.

Baru seteguk air jus yang diteguk hampir tersedak Tengku Rossa. Rasanya dia baru saja dengar yang Fredella buat keputusan untuk putus tunang.

"Takyah pergi kerja lah macamtu. Mama tak bagi Della jumpa dengan Uqael lagi." Sungguh wanita itu merisaukan anak perempuannya. Dia tak mahu perkara buruk itu berulang kembali.

Berkerut dahi Fredella. Kurang senang mendengar nama yang disebut oleh mamanya. Never!

"Tak lah mama.." Fredella melepaskan senduk yang dipegang. Tubuh mamanya ditarik kedalam pelukan.

"I bring you a good man. He's so freaking good man." Pelukan dieratkan. Nada suara Fredella berubah seperti meluah.

"Hm...pergi Kelantan cari siapa? Kesayangan tu ke?" Tengku Rossa mengukir senyuman tersirat dengan sesuatu.

"No please—" Fredella meleraikan pelukan. Matanya mengecil membalas renungan Tengku Rossa.

"Ni mesti dua ekor jantan tu bagitahu kan!" Dia mencebik sebelum menjamah sesudu mee. Memang tak selamatlah rahsia kalau ada abang seperti Khaleef dan Khalaf.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now