𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 2

Start from the beginning
                                    

Wanita ini sungguh baik dengannya. Suka melayan Eima macam anak sendiri. Pak Husein suami Cik Ani pun sama. Senang cerita, jiran dia ini memang baik sangatlah. Suka.

"Cari mak mertua lah Eima..." Cik Ani senyum penuh makna.

Ha sudah. Pagi tadi si ayah, tengah hari Cik Ani pula yang ungkit tentang ni. Malam nanti agak-agak siapa ya?

"Tak ada orang berkenan nak ambil Eima sebagai menantu, Cik Ani." Eima pandang orang yang sedang memasang kanopi. Dahinya sedikit berkerut dek kerana matahari yang kian tegak di atas kepala.

"Kalau ada, Eima sudi?"

Kaki Eima yang bermain dengan pasir terhenti. Senyumannya tipis.

"Ada ke orang sudi?" Mahu sahaja Eima jawab yang dia tidak mahu terikat dengan perkahwinan. Tapi takut dimarah oleh Cik Ani pula. Orang tua-tua biasalah, tidak faham dengan orang muda sepertinya yang sangat anti dengan komitmen itu.

"Ada. Cik Ani sudi!" Badannya makin merapat dengan tubuh Eima. Wajahnya juga kian bercahaya.

Eima tersentak. Lekas dia mencari wajah yang sedikit tua itu. Terkebil-kebil dia memandang Cik Ani dengan senyuman sungguh lebar itu.

Eh kejap. Cik Ani...

"Cik Ani! Tak nak Eima dengan si Zaril tu. Kita orang dah berkawan sejak kecil." Eima menggelengkan kepala beberapa kali.

Anak Cik Ani yang bujang hanya tinggal si bongsu Zaril itu. Tua 3 tahun berbanding Eima. Mereka membesar bersama. Baik buruk si Zaril tu, dia dah tahu semuanya.

"Eh, Eima ni. Zaril kan dah ada calon. Buat apa Cik Ani nak satukan Eima dengan dia?" Mahu tepuk dahi Cik Ani dengan si Eima. Baru tempoh hari mereka bercakap tentang ni. Masakan Eima lupa?

Lagipun Eima dan Zaril itu pantang berjumpa, suka cari gaduh. Ada je benda nak bertikam lidah.

"Oh, haahlah. Eima lupa..." Eima sengih. Sisi kepala yang berlapik tudung digaru.

"Habistu Cik Ani? Eima masih tak faham. Cik Ani mana ada anak lelaki yang bujang lagi, kan?" Keliru Eima dibuatnya.

Adib dan Haiqal dah kahwin. Siapa pula yang masih bujang? Hanya si Zaril yang masih teruna.

Jangan kata Cik Ani nak jadikan dia penyondol pula? Pemusnah rumah tangga orang? Astaghfirullah. Mengucap Eima.

"Anak angkat Cik Ani. Nak?" Cik Ani makin teruja. Sudah lama sebenarnya dia punya niat untuk menyatukan kawan Zaril yang sudah dianggap sebagai anaknya itu dengan Eima.

Entah kenapa, dia rasa mereka sepadan pula. Esok Zaril pulang boleh dia tanya sama ada si 'dia' sudah berpunya.

"Eh, sejak bila Cik Ani ada anak angkat?" Eima tidak tahu pun. Setiap kali raya pun hanya lima orang itu sahaja yang ada.

"Dah lama. Cuma Eima tak pernah jumpa dengan dia."

Eima angguk. Patutlah. Fikir dia, Cik Ani hampir jadikan dia penyondol tadi. Euw, Eima tak nak. Tidak sudi dan tidak pernah pasang niat pun.

"Macam mana? Eima nak tak?" Cik Ani masih tidak beralah.

Eima berkerut. Kepala digelengkan beberapa kali. "Tak naklah Cik Ani. Saya tak kenal pun siapa dia. Lagipun..." Eima berhenti disitu. Wajahnya ditundukkan memandang selipar jepun miliknya.

"Eima tak nak tinggalkan ayah." Suara Eima perlahan.

Eima mahu jaga ayah. Eima mahu hidup dengan ayah sehingga akhir hayatnya. Cukuplah dia berbakti pada adik beradiknya. Bukankah Eima pernah berjanji dengan Emak?

Cik Ani lepaskan keluhan berat.

"Eima masih tak nak kahwin ke?" Tidak tunggu lama, cepat sahaja Eima menjawab soalannya tadi dengan anggukan kecil.

Sudah dia agak. Eima ni, memang degil. Fikir dia, Eima hanya main cakap sahaja. Sekali memang itu prinsip gadis itu.

"Eima dah berjanji pada arwah emak. Eima akan jaga ayah, abang dan adik-adik Eima..." Eima mendongak ke langit biru.

Emak, Eima rindu...

Eima menunduk saat kekuranya terasa ditindih sesuatu. Melihat tangan yang berkedut itu, Eima mencari mata pemilik tangan itu.

"Eima dah tunaikan janji arwah Ana. Lagipun Eima tak rasa kalau Ana sedih kalau tahu Eima macam ni?" Ibu mana yang suka melihat keadaan anak nya sebegini? Lagian hanya Eima satu-satunya anak perempuan mereka.

"Eima..." Eima masih mahu melawan. Eima takut kalau dia bina sebuah keluarga yang baru, dia akan sisihkan ayah.

"Habistu, Eima? Eima tak perlu dijaga ke? Eima tak berhak disayangi ke?" Cik Ani ajukan soalan bertubi-tubi. Jika boleh, hari ini dia akan pastikan Eima hilangkan mindset nya yang satu itu.

"Cik Ani, hidup Eima hanya untuk keluarga dan Allah. Eima rasa hidup Eima dah lengkap sekarang." Walaupun tanpa si ibu disisi.

Cik Ani pejam mata sekilas. Nafasnya diambil panjang.

"Bukan itu maksud Cik Ani. Ya, betul. Kita semua ada Allah. Tapi Eima pun kena cari seseorang yang mampu jaga dan sayang Eima. Tak salah kita perlu seseorang untuk bergantung hidup." Nasihat Cik Ani lembut.

Masih dia ingat akan pesan Zain supaya memujuk Eima. Eima terlalu fikirkan tentang hidup manusia lain sehingga lupa tentang kebahagiaan sendiri.

Eima diam. Dia tahu. Cik Ani ada betulnya.

"Eima tak kasihankan ayah Eima? Zain tu nak tengok Eima bahagia." Kata-kata Zain terngiang-ngiang di kepalanya.

Aku makin tua, Ani. Sebelum terlambat, aku nak ada seseorang yang boleh jagakan Eima untuk aku...

"Orangnya macam mana?" Akhirnya, Eima mengalah.

Bila nama ayah dipalit sama, Eima tidak dapat teruskan tekadnya. Eima tahu, di akhirnya dia pasti mengalah juga. Sama ada cepat atau lambat sahaja bezanya.

Cik Ani senyum. Alhamdulillah. Akhirnya, Eima buka juga hatinya. Meskipun Cik Ani tahu peluangnya hanya tipis. Tapi tidak salah untuk dia mencuba, kan?

"Hidupnya penuh dengan dugaan dan ujian. Terlalu pentingkan manusia lain hingga lupa perasaan sendiri yang perlu dijaga."

"Macam Eima..."


Tbc...

Dah ready ke tu nak jumpa Altaf. Btw next chapter dia ada. ❤️

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now