𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟒𝟗

Start from the beginning
                                    

Hensem.

Mata dipejam.

"Qasayang.." Panggilku dengan mata terpejam. Kelopak mata semakin layu. Penangan kena urut tadi terus rasa nak tidur rasanya.

Qaswar hanya berdehem tanpa memandang.

"Hm."

Jeda.

Dalam mata yang memberat, aku sempat tarik senyum nipis lagi.

"I love you." Ucapku sebelum terbuai dalam mimpi. 

Tak memakan masa yang lama, pendengaranku sudah menjadi sunyi sepi.

Lena.

Qaswar menoleh sekilas dengan kening bertaut. Kepalanya tergeleng kecil melihat isterinya yang sudah lena disebelahnya. Serentak itu, belakang tangannya naik menyentuh pelipis Marissa. Panas.

"Sakit sakit pun, masih nak mengada."

"HAWA!"

"CIK RISSA GORGOS!"

Aku berlari mendapatkan hawa, tubuh kecil itu didakap erat. Rindunya dengan anak buah sorang ni.

"Rindu cik Rissa tak?" Soalku. Pipi gebunya aku cium beberapa kali. Geram. Rasa nak gigit. Dia terjerit kecil.

Geli.

"WINDU!" Teriak Hawa kuat.

Muka kecil itu, tersenyum ceria.

"Hawa jangan buat perangai, bagi cik Rissa rehat dulu. Tak lari kemana juga Cik Rissa kamu." Jerit Kak irdina dari pangkin.

Sedar kehadiran kak Irdina, aku melangkah menghampirinya bersama hawa dalam pelukkanku.

Tangan kecil Hawa sudah sedia memeluk tubuhku dengan erat. Biasa.

Aku senyum saja.

"Mummy jealous la tu." Cebik mulut kecil itu.

Kak irdina mengeleng kepala bersama riak jengkelnya.

"Tak kuasa mummy nak jeles dengan korang berdua. Buang masa saja." Bidas kak Irdina.

Aku hanya tergelak.

Anak beranak dua ni tak pernah tak drama. Hawa buat muka, pucuk hidungnya aku cubit kecil. Mummy awak tu sayangku.

"Opah dengan Fira pergi mana kak Dina?" Soalku.

Hawa diangkat sedikit, sesak nafas dukung budak kecik ni. Kalau dulu elok je aku bawa kehulu kehilir, sekarang, boleh semput.

Kereta Afiera sudah terparking elok dihalaman rumah, tapi tuan badan belum kelihatan. Memandang esok ada kenduri akikah untuk anak bongsu kak Irdina, sekali semua anak cucu opah balik kampung. Terasa macam vibes pula rasa, berkumpul ramai ramai.

"Pergi rumah Nekwan, katanya pinjam barang buat kuih untuk majlis esok."

Aku hanya angguk. Rajin cik bunga kita... sempat melirik ke rumah sebelah, keningku bertaut sekali bila tertumpu pada kereta Danish.

Wah.. pasti berlaku perang ni.

Mataku teralih kembali kepada Hawa yang kusyuk membetulkan awning tudungku. Sampai berkerut kerut.

"Cik Rissa ada beli toys untuk Hawa." Bisikku lembut.

Tak mahu orang lain dengar terutamanya kak Irdina. Nanti mengamuk mama singa tu sebab penuh rumah mereka sebab mainan Hawa saja, belum lagi baby Naufal membesar nanti. Boleh buat kedai mainan katanya. 

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now