Tapi semua sudah berlalu. Kita hanya perlu fokus untuk masa depan kan?

"Heh, asalkan kau happy, aku happy." Haffaz menyiku lengan Harraz sambil tergelak kecil.

Harraz tersenyum senget. "Awww! Sweet nya kau! Meh aku bagi kiss!" Dengan cepat Harraz merangkul bahu Haffaz lalu mengucup pipi kembarnya tu pantas.

"Woi! Gelilah cawan!" Sampai terjerit Haffaz dibuatnya sebab dia merasa geli bila kembarnya tu suka hati mencium pipinya. Sudahlah dekat tempat awam! Nanti orang fikir lain pula!

Cepat dia menolak Harraz menjauhinya. Pipinya pula terus dilapnya dengan tangannya.

Harraz? Dah gelak terbahak-bahak di situ. Puas mengenakan kembarnya.

Jeritan Haffaz tu memang membuatkan kesemua ahli keluarganya yang tidak jauh jarak mereka dengan keduanya menoleh ke arah mereka.

Tuan Danial, puan Humaira, Huwainaa dan Hasif memang hanya memandang mereka biasa, sudah biasa dengan telatah mereka tu. Sudah tentu antara mereka ada yang mengusik. Aralyn dan Zahra lah yang terkejut. Terutama Zahra, terkejut dia mendengar suara garau Haffaz tu menjerit.

"Babi lah kau ni." Ucap Haffaz geram, sedikit lagi dia nak sepak kaki kembarnya tu kalau Harraz tidak sempat melarikan kakinya.

"Okay okay ampun!" Ujar Harraz masih dengan sisa gelakannya.

"Hah kau ni, plan kau, on masih ke?" Tanya Harraz dengan kirai dinaik-naikannya. Dia juga tersengih.

"Sabarlah. Tunggu timing ni." Jawab Haffaz datar. Tapi sebenarnya gementar. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju sejuknya, dan satu poket itu ada mengandungi satu kotak yang sangat kecil, yang mana Haffaz terus menggenggamnya.

"Any moment now." Kali ini Harraz pula yang menyiku-nyiku lengan Haffaz dengan senyuman senget.

"Kejaplah! Aku nervous ni!"

"Fuyoo pandai nervous juga lelaki ni eh."

"Diam babi."

"Lah dibabiin lagi saya. Inikan sudah lengkap dicipta sebagai manusia."

"Eh senyap lah kau." Haffaz mendengus. Menyebalkan betul kembarnya ini. Nasib sayang, kalau tak memang dah dia campak dekat sungai berhampiran ni.

Harraz mencebikkan bibirnya saja. Gurau pun tak boleh. Memang orang sekelilingnya ni tak bagi dia bergurau eh?

Bukan tak bagi bergurau Harraz oi. Mereka dah masak dan malas nak layan gurauan kau.

Zahra yang sedang asyik menangkap gambar-gambar bunga tu dipandangnya. Haffaz semakin rasa gementar. Adakah dia patut melakukannya?

Dengan perlahan dan perasaan gemuruh dia mula melangkah menghampiri Zahra.

"Come on kembarku, kau bisa kau bisa!" Sorak Harraz sambil menepuk-nepuk bahu kembarnya tu sebelum Haffaz mula melangkah.

Haffaz pula tak sempat nak melayannya kerana fokusnya hanya satu sahaja pada waktu ni, Zahra.

"Nur Zahra binti Ahmad Zaid!" Panggil Haffaz nama penuh Zahra sedikit lantang, pada masa yang sama dia menghampiri wanita tu.

"Huh?" Zahra menoleh ke arahnya dengan wajah keliru. Apa tiba-tiba panggil nama penuh dia?

Haffaz berhenti dan berdiri depannya. Riak wajahnya kelihatan tenang, tapi jantungnya tidak.

"Kenapa?" Tanya Zahra kepelikan dengan kelakuan lelaki depannya ni.

"You know I'm a very straightforward person right?" Soal Haffaz pula dengan nada datarnya itu.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now