"Bertanggungjawab? Maksud ibu?" soal Sarah kurang faham.

"Bertanggungjawab sebagai seorang muslim, dia akan patuh akan suruhan Allah dan jauhi apa yang dilarang oleh-Nya.

Bertanggungjawab sebagai seorang anak, dia akan berbuat baik kepada ibu bapa dan mentuanya.

Bertanggungjawab sebagai seorang suami, dia akan berbuat baik terhadap anak ibu ni. Dia akan menghormati, melindungi dan menjaga adik dengan penuh kasih sayang.

Last sekali, bertanggungjawab sebagai seorang ayah, dia akan..."

Belum sempat ibu menghabiskan kata-katanya, Sarah terus menyampuk.

"Dia akan menjadi seorang ayah yang baik terhadap cucu-cucu ibu nanti. Dia akan mencari nafkah, menjaga, merawat dan juga mendidik sesuai dengan perintah Allah dan rasul-Nya. Betul tak, ibu?" soal Sarah. Ibu tersenyum lantas mengangguk.

"Ibu doalah supaya adik dapat seorang suami macam yang ibu nak tu," tambah Sarah lagi lalu memeluk ibunya itu.

"Ya. Ibu selalu doakan yang terbaik buat anak-anak ibu ni," balas ibu pula sambil membalas pelukan anaknya itu.

Ayah sempat mengerling ke belakang kemudian memandang kearah depan semula.

"Dah mula dah drama dua beranak ni," perli ayah. Abang hanya mampu tersengih. Ibu pula menepuk manja bahu sang ayah.

♡♡♡♡♡

"Adik, betul ke rumah ni?" soal Saif setelah mereka tiba betul-betul di hadapan pintu pagar rumah yang akan Sarah menetap sepanjang dia menyambung pengajiannya di universiti berhampiran.

"Kalau tengok kepada gambar yang tuan rumah bagi baru-baru ni. Betullah ni," balas Sarah pula.

"Kalau macam tu, marilah kita turun. Uruskan apa yang patut. Kita letak dulu barang-barang adik, lepas tu barulah bergerak ke hotel," kata ayah pula.

Mereka patuh akan arahan daripada sang ayah. Mereka turun dan memasuki rumah itu. Kelihatan tuan rumah sudah sedia menunggu di dalamnya. Setelah mendapatkan kunci, Sarah dan ibunya terus memunggah barang-barang milik Sarah dan menyusunnya di dalam bilik serta almari milik Sarah. Ayah dan Saif, setia menunggu di luar rumah memandangkan rumah itu semuanya dihuni oleh perempuan.

Setelah selesai semuanya, mereka mula bergerak menuju ke Melaka. Perjalanan dari Seremban menuju ke Melaka memakan masa lebih kurang satu jam perjalanan.

Selepas tiba di hotel dan mendapatkan kunci bilik. Mereka masuk ke bilik masing-masing. Ibu dan ayah sebilik manakala Saif dan Sarah masing-masing sebilik.

Jam menunjukkan pukul 9 malam, Sarah bersiap-siap untuk keluar makan malam bersama keluarganya. Dengan berblaus biru cair, seluar berwarna putih dan bertudung bawal berwarna biru gelap sudah memberikan keselesaan kepadanya untuk keluar pada malam itu.

"Malam ini ayah mengajak keluarga kawan ayah yang tinggal kat sini makan malam sekali dengan kita. Kebetulan pula anak dia pun belajar di universiti yang sama dengan adik," kata ayah ketika mereka semua dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran tempatan.

"Ouh... Anak kawan ayah tu lelaki ke perempuan? Satu course dengan adik ke?" soal Sarah teruja ingin tahu.

"Kawan ayah tu, Encik Kamal, nama dia. Adik panggil dia, Uncle Kamal. Anak dia tu lelaki. Kalau tak silap ayah, anak dia tu belajar dalam jurusan pentadbiran korporat," jawab ayah.

"Ouh... Lain jurusan dan lain fakulti dengan adik. Tak sama," balas Sarah.

"Ada satu lagi yang lain," ujar ayah pula. Sarah kehairanan.

"Apa dia tu ayah?" soal Sarah kehairanan.

"Lain jantina. Anak bongsu ayah ni perempuan, anak Uncle Kamal lelaki," jawab ayah sempat berseloroh dengan anak perempuannya itu. Mereka semua tergelak dengan lawak jenaka sang ayah. Tetapi, jenaka itulah yang akan dirindui oleh sang anak perempuan apabila dia terpaksa berpisah dengan keluarganya demi menyambung pengajiannya.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di sebuah restoran, tempat yang akan menyajikan makan malam mereka pada malam itu. Sebaik saja mereka sekeluarga turun dari perut kereta, dari jauh sudah keliatan seseorang sedang melambaikan tangganya kearah mereka. Itu pasti Uncle Kamal yang dimaksudkan oleh ayah tadi. Tanpa membuang masa, mereka sekeluarga terus berjalan menuju ke meja makan dimana Uncle Kamal sekeluarga menunggu.

Ketika mereka tiba di meja makan itu, Uncle Kamal bangun lalu bersalaman dan berpelukan dengan ayah. Isterinya pula bersalaman dengan ibu dan juga Sarah. Saif pula mengikut jejak ayah bersalaman dengan Uncle Kamal. Kelihatan seorang jejaka berhoodie biru serta memakai seluar jeans turut bangun lalu bersalaman dengan ayah dan juga Saif. Dari ekor mata Sarah, dia yakin bahawa itulah anak Uncle Kamal yang dimaksudkan oleh ayah tadi.

Boleh tahan. Berkulit agak cerah. Berambut hitam ikal mayang. Berkening lebat. Dan.... berkumis tipis. Amboi, Sarah. Kata tengok dari ekor mata saja, tapi seluruh pelosok wajah anak Uncle Kamal tu kau tiliknya.

"Kamal, ini ke anak yang kau maksudkan tu?" soal ayah setelah jejaka itu mencium tangan ayah.

"Haah... Inilah anak yang aku maksudkan tu. Eh, takkan kau lupa? Aku kan pernah bawa dia jumpa kau masa dia kecil-kecil dulu. Kalau tak silap aku, dia siap cabut kepala anak patung milik anak perempuan kau lagi," balas Uncle Kamal.

"Ouh... Ingat... Apa pula tak ingat. Menangis anak aku mengadu kat aku bila anak kau cabut kepala anak patung dia. Ouh... Dah besar dia ni. Handsome," kata ayah lagi.

"Macam abah dia, kan?" seloroh Uncle Kamal lalu tergelak. Begitu juga dengan ayah. Anak lelaki Uncle Kamal itu kelihatan seolah-olah malu apabila ayah berkata sebegitu terhadapnya.

"Eh... Jemputlah duduk. Apa pula berdiri. Aku dah order makanan. Nanti sampailah tu. Cuma nanti kalian order minuman sajalah," kata Uncle Kamal mempelawa mereka untuk duduk. Mereka mula mengambil tempat duduk masing-masing.

Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan minuman daripada mereka. Setelah selesai, dia pun pergi dari situ.

"Ismail, anak kau yang mana satu yang kau cakap sambung belajar dekat Seremban juga?" soal Uncle Kamal kepada ayah.

"Tu," balas ayah sambil menjuihkan bibirnya kearah Sarah.

"Anak perempuan aku satu-satunya tu. Anak bongsu juga. Itu yang berat sikit nak lepas dia belajar jauh ni," sambung ayah lagi.

"Anak perempuan kau ni? Sarah Ameena, kan?" soal Uncle Kamal inginkan kepastian. Sarah tersenyum lalu mengangguk. Tak sangka Uncle Kamal masih lagi ingat akan namanya itu.

"Ismail, aku ingat nama anak perempuan kau ni. Sekarang giliran kau pula. Kau ingat tak nama anak lelaki aku ni?" gurau Uncle Kamal dengan ayah. Ayah menggaru kepalanya sambil tersengih. Dia cuba untuk mengingati nama anak lelaki Uncle Kamal itu.

"Haa... Meor Rafiqi, kan?" tebak ayah. Rafiqi tersenyum lantas mengangguk.

"Nasib baik betul. Kalau tak, aku tarik balik niat aku nak belanja korang sekeluarga malam ni. HAHAHAHA," gurau Uncle Kamal. Mereka semua gelak hampir serentak dengan lawak yang diperkatakan oleh Uncle Kamal itu. Jelas disitu, Uncle Kamal dengan ayah sama-sama masuk air. Tidak lama setelah itu, makanan mereka mula tersedia diatas meja makan mereka bersama-sama dengan minuman yang dipesan oleh mereka. Tanpa membuang masa, mereka mula menjamu selera.

♡♡♡♡♡

Bersambung...

My Mr. RiderTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon