5 | Hai, Pufferfish!

151 4 1
                                    

SEBULAN berlalu sejak kali terakhir Dahlia bertemu dengan Adi. Kadang dia berasa rindu, kadang dia berasa benci.

Walaupun mereka merupakan kawan dari kecil tetapi mereka tidak pernah satu kepala dan hubungan mereka lebih kepada musuh.

Dahlia masuk ke dalam kelasnya dengan langkah ringan selepas pulang dari meminjam buku di perpustakaan sekolah.

Dahlia mengambil tempat duduknya. Dia meletakkan tiga buah buku yang dipinjamnya di atas meja. Tanpa sengaja dia terdengar perbualan rakan-rakan sekelasnya.

"Apa? Ada budak baru nak masuk? Nak habis tahun dah ni. Baru masuk?"

"Mesti handsome!"

"Tak. Dengar kata budak baru tu perempuan."

Dahlia yang tidak berminat dengan perbualan itu mambaca buku yang dipinjamnya.

Loceng berbunyi menandakan rehat telah tamat.

Cikgu subjek seterusnya masuk ke dalam kelas. Dahlia menyimpan bukunya di dalam laci meja.

"Dahlia," panggil cikgu wanita itu. Dahlia angkat wajah memandang wanita itu.

"Cikgu kaunseling panggil kamu. Dia suruh bawa surat sekali."

Dahlia mengangguk. Dia keluar dari kelas dengan surat di tangan.

Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Dahlia menundukkan kepala.

"Maaf," ucapnya tulus.

"Dahlia! Mari sini," panggil cikgu kaunseling yang kebetulan ternampak Dahlia. Dahlia yang ingin mengangkat kepala terhenti, dia alihkan pandangan ke arah kanannya.

"Iya cikgu!" balas Dahlia. Dia pantas mendekati cikgu kaunseling tanpa memandang ke belakang.

Sosok tubuh itu hanya memandang gadis itu berlalu pergi.

CIKGU kaunseling itu duduk setelah menutup semua pintu dan tingkap bilik itu.

Dia pandang Dahlia yang berada di hadapannya.

"Macam mana? Kes ni dah selesai atau tak?" soal wanita itu.

Dahlia hulurkan surat yang tertulis nama dan kegiatan yang dilakukan oleh pelajar bermasalah itu.

Dahlia merupakan pelajar pendiam di sekolah dan guru-guru mengupahnya untuk menyiasat kegiatan haram di sekolah. Salah seorang guru itu ialah cikgu kaunseling. Wanita itu telah mengupah Dahlia menjadi matanya selama tiga tahun.

"Hampir selesai. Sebenarnya yang terlibat ada lima orang tapi yang tertangkap cuma tiga orang. Nama dan kelas saya sudah tulis dalam surat tu." Jelas Dahlia lalu tersenyum segaris.

"Bagus. Esok cikgu jalankan operasi tangkap dua orang pelajar ni. Terima kasih, Dahlia!" ucap cikgu kaunseling kepada Dahlia. Dahlia hanya tersenyum.

DAHLIA melangkah masuk ke dalam kelas yang sudah sunyi. Waktu pembelajaran sudah tamat. Dia sibuk sepanjang lepas waktu rehat kerana guru-guru memanggilnya. Walaupun dia tidak dikenali oleh semua guru tetapi hanya beberapa guru yang mengenalinya kerana dia bekerja untuk mereka.

Bukan mudah menjadi mata guru-guru di sekolah itu. Tetapi disebabkan dia tiada kawan dan tiada teman berbual buatkan semua orang tidak tahu mengenai hal itu kecuali pelajar-pelajar yang bermasalah yang sudah ditangkap oleh guru.

Dahlia mengemaskan barangnya. Buku nota kecil berwarna oren dia ambil dari dalam laci.

BUM!

Bunyi hentakkan dipintu buatkan bahu Dahlia terangkat. Dia menghembus nafas perlahan.

Anak Kawan Papa | COMPLETE Where stories live. Discover now