3 | Jadi babysitter

154 2 3
                                    

DAHLIA memandang kosong ke arah mereka bertiga yang sedang berseronok. Dia berasa tidak adil. Dalam banyak-banyak orang yang boleh teman dia jagakan adik-adik Adi, kenapa Adi, si mamat annoying juga yang teman dia?

Ibu bapa mereka pergi membeli belah bersama-sama manakala abang-abang mereka hanya pergi berseronok. Mana adilnya di situ?

Dia pun boleh jagakan adik-adik Adi dalam tempat ini seorang diri tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Semua yang terjadi disebabkan Adi yang tidak membantah apabila ibu bapa lelaki itu menyuruh Adi menolong dia menjaga adik-adik Adi. Adi yang bersalah dalam hal ini!

Dahlia mengeluh berat. Tiada gunanya dia berleter jika hanya dia yang mendengar. Dia memandang sekeliling. Suara kanak-kanak yang bermain tidak berhenti riuh sejak dia masuk ke tempat yang bernama Kidzoona itu. Dahlia tersenyum kecil melihat mereka berseronok.

Dahlia alihkan pandangan ke arah dua orang budak perempuan yang ketawa gembira di atas buaian yang ditolak oleh Adi.

"Tolaklah laju lagi, Adi. Lembiklah kau ni!" perli Dahlia. Dia yang hanya duduk bersila di situ dipandang oleh Adi dengan mata yang dikecilkan. Lelaki itu berasa jengkel dengan kata-kata Dahlia itu.

"Diamlah kau. Aku dah penat ni. Bukan macam kau, pemalas! Tak buat kerja," bebel Adi. Dia mula berasa pening hendak menolak ayunan untuk adik-adiknya itu.

"Tak ada, tak ada. Kau sengaja je nak lari daripada buat tu. Padahal baru lima minit kau tolak. Banyak membebel betul. Ni kalau orang tak tahu jantina kau, dia orang ingat kau ni mak cik mak cik dari zaman dahulu. Kau cubalah jadi lelaki, barulah..." Belum sempat Dahlia habis bicara, Adi membaling stoking yang dipakainya tepat ke dahi Dahlia.

Adi tersenyum sinis. Dahlia mengetap gigi, kegeraman. Dia memandang Adi dengan mata mengecil.

"Kau nak bergaduh ke?" tanya Dahlia dengan berani. Dia bangun hendak menarik rambut Adi.

Tetapi apabila matanya dialihkan ke arah adik-adik Adi yang sedang memandang mereka, buatkan Dahlia tersenyum. Tangan yang berada di udara, Dahlia daratkan di atas kepala Adi yang berlapik hud hoodie. Dia usap kepala itu sambil tersenyum ke arah adik-adik lelaki itu. Dahlia turut berpaling memandang Adi yang berada di sebelahnya lalu menghadiahkan senyuman palsu.

Adi yang terkejut turut tersenyum tatkala dia menatap wajah itu. Dia mengangkat kening tanda mengejek.

Dahlia berasa jengkel. Dia turunkan tangannya lalu menjeling Adi yang masih tersenyum kambing.

"Jom, kita main trampoline!" ajak Dahlia kepada Adila dan Afia. Mereka berdua hanya menjerit teruja. Dahlia membawa mereka ke tempat kanak-kanak yang melompat riang.

Adi hanya memandang mereka bertiga. Dia berasa semakin seronok mempunyai adik-adik yang masih kecil kerana Dahlia tidak boleh bergaduh dengannya lebih-lebih di hadapan mereka.

Adi tersenyum tatkala tangannya memegang kepalanya. Dia memandang ke arah Dahlia yang berjalan menghampiri trampoline.

"Tunggulah, pufferfish!" laung Adi sambil tersengih.

AFI membelek halaman pertama komik yang dipegangnya. Dia tersenyum lalu memberitahu Danish yang berada di sebelahnya.

"Macam Dahlia. Comel je pipi perempuan ni," kata Afi buatkan Danish mengalihkan pandangan dari rak buku ke arah buku komik yang dipegang Afi.

Danish menilik lukisan animasi itu dengan dekat. Dia berkelip-kelip sedang berfikir.

"Haih..." keluh Danish.

Melihat Danish yang seperti tidak setuju dengan ayatnya buatkan Afi memandang kembali lukisan animasi itu. Gadis yang berwajah bulat itu baginya iras-iras Dahlia cuma Dahlia bertudung manakala lukisan animasi itu berambut coklat yang diikat gaya space buns.

"Cantiklah budak ni. Kenapa kau berkerut macam tu?" tanya Afi yang hairan.

Danish tiba-tiba berlari buatkan Afi bertambah hairan. Afi meletakkan kembali komik itu di rak buku.

"Afi ikut aku!" laung Danish sambil berlari. Afi hanya menurut.

Apabila tiba di ruangan buku kanak-kanak, Danish mula mencari. Afi menunggu dengan sabar.

Danish tersenyum lebar tatkala menjumpai buku yang dicarinya. Dia menunjukkan buku tersebut ke arah Afi. Afi membaca tajuk buku itu.

"Hidupan laut?" soal Afi kepada Danish. Danish mengangguk sambil tersenyum licik. Dia mencari halaman yang mempunyai haiwan yang berada dalam benak fikirannya sejak tadi.

"Ni baru ada iras adik aku," tutur Danish penuh yakin. Afi melihat lukisan animasi itu. Dia berkelip kebingungan.

"Ikan buntal?"

Tak lama kemudian, mereka berdua ketawa apabila anak mata mereka bertemu.

DAHLIA mengejar Adila dan Afia yang melarikan diri. Mereka sedang bermain kejar-kejar dan Dahlia yang menjadi penangkap.

Mereka berdua masuk ke tempat gelongsor besar yang panjang.

"Tunggulah, akak! Perlahan sikit lari tu, nanti jatuh!" laung Dahlia yang jauh ketinggalan di belakang. Mereka berdua hanya ketawa mengekek.

Dahlia sudah kehabisan tenaga. Dia berjalan untuk masuk ke dalam gelongsor besar yang tertutup seperti terowong.

Dia mengeluh perlahan sebelum masuk ke dalam lubang berbentuk bulat besar itu. Lalu Dahlia membulatkan matanya apabila pergerakannya menuruni gelongsor itu agak laju.

"Haa! Lajunya!" jeritnya gembira.

"Argh!"

Dahlia terkejut mendengar jeritan itu. Dia pasti jeritan itu daripada Adila dan Afia.

"Kejap! Akak nak sampai dah ni!" jerit Dahlia. Dia sudah nampak cahaya.

Tiba-tiba satu kepala muncul di hujung gelongsor itu. Dahlia menjerit.

"Jauh! Jauh kau daripada situ!" jerit Dahlia.

Adi yang perasan terdapat seseorang di dalam gelongsor, terkaku.

Dahlia jatuh terduduk. Dia mengadu kesakitan. Adi yang berada di hadapannya dia pukul.

"Aku suruh kau pergi jauh! Yang kau duduk tercegat dekat situ, kenapa?" marah Dahlia.

Adi yang turut terduduk itu dekatkan wajahnya ke arah Dahlia dengan kening berkerut.

Dahlia terkaku. Dia memandang mata bundar milik Adi.

"Boleh tak kau jauh daripada aku? Kaki aku dah kebas ni," bisik Adi dengan wajah berkerut, sengsara.

Setelah mendengar ayat itu, Dahlia pantas mengalihkan badannya menjauhi lelaki itu. Dia baru tersedar yang dia duduk di atas kaki kiri milik Adi yang tak sempat Adi selamatkan.

Adi mengurut kakinya yang terasa kebas.

Dahlia tiba-tiba tersenyum. Dia berdiri.

Adi memandang Dahlia yang berdiri menghadapnya.

"Thank you!" ucapnya dalam nada mengejek. Lalu dia ketawa mengekek. Dahlia berlalu hendak mencari Adila dan Afia.

Adi gelak tak percaya. Dia berasa tidak percaya dengan perkataan yang diucap oleh gadis itu.

Adi mengetap bibir dengan mata mengecil. Dia tatap wajah gembira Dahlia yang sedang melayan karenah adik-adiknya dengan perasaan geram.

Anak Kawan Papa | COMPLETE Where stories live. Discover now