°∘∘13∘∘°

Start from the beginning
                                    

"You ingat I akan tunggu you sampai hari pernikahan tu nanti?! You did dirty to me, Tengku Uqael!" Fredella melepaskan cengkaman kolar tadi. Dia menahan tubir mata dari menitiskan cecair mutiara yang ditahan.

"Did dirty to you? Kalau I ada perempuan lain sekalipun at least you're the one I married to—" Uqael sekilas pandang kebelakang, mencari wajah perempuan 'simpanannya'.

"Stop acting like an idiot. Sempat lagikan rasanya nak ubah fikiran?—" Senyuman penuh tersirat mula terbit di bibir Khalisa Fredella.

Dia menanggalkan cincin tunang yang tersarung di jari manis. Cincin itu Fredella pegang lalu dibawa rapat ke wajah Uqael.

Qayyum sudah selesai bangun dari duduk. Dia menyeluk tangan kedalam poket hoodie. Setiap kalimat Fredella dia dengar penuh fokus.

"At first I still want to stay, till our big day arrive. Sebab apa? Yes, I've loved you with all my heart. I sayang you pakai hati, Uqael." Nada suara Fredella mula serak. Dia menarik oksigen meskipun dada terasa sempit.

"I ingat you akan hargai I and love me the way I love you. It's okay, I got a wrong person.."

"Again." Cincin tersebut Fredella campak ke Uqael.

"Dell?!" Uqael menyentak tangan Fredella namun gadis itu sempat mengelak.

"Apa you buat ni? Putus tunang? Is that what you want?" Naik seoktaf nada suara Uqael. Dia merengus geram apabila cincin tunang itu dicampak.

"Ya. Aku nak putus. Batalkan semuanya. Mind your own business." Fredella terasa kakinya ringan hendak keluar dari sini. Pantas dia mengatur langkah meninggalkan Uqael. Dia menutur ayat itu tanpa rasa kesal.

Uqael hanya merenung setiap langkah gadis itu. Orang awam disekeliling dari tadi memerhatikan dia.

Namun matanya sempat menangkap tubuh tinggi lampai seorang jejaka mengekori langkah Fredella. Seperti pernah bersua sebelum ini, getus hati Uqael.

Fredella hirup udara tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fredella hirup udara tenang. Dia duduk di sebuah bangku yang didepannya terbentang luas dengan tasik.

"Sabar.." Dia mengusap dadanya sendiri. Walau hebat macam manapun dia menahan air mata, tetap terkeluar juga.

"Saya pernah merasa berada di tempat awak."

Terangkat bahu Fredella, terkejut mendengar suara yang menyapa. Dia mengangkat wajah, ternyata si gerangan masih lagi dengan orang yang sama. Qayyum.

"Qay?" Fredella memerhati keadaan sekeliling. Bagaimana jejaka itu boleh berada disini?

Qayyum melabuhkan punggung. Bangku itu bersaiz panjang, dan dia duduk agak jauh dari Fredella. Gadis itu memerhati gerak gerinya dari tepi.

"Tapi situasi kita yang berbeza. Awak sibuk mengejar cinta yang tak pasti—"

"Saya pula, sibuk mengejar hak orang lain walaupun belum tahu pokok pangkalnya saya dapat atau tak." Qayyum hanya menghadap tasik didepannya. Tubuh dia sudah selesai bersandar kebelakang.

"I hate men." Fredella menaikkan kedua-dua kaki keatas. Dia ubah posisi duduk yang selalu menjadi keselesaan. Lututnya dipeluk erat.

"While me could never unlove you.." Tolong baca isi hati saya, Khalisa Fredella. Tenang nada suara Qayyum membalas.

"Saya rasa macam dapat nafas baru bila awak dah batalkan semuanya." Ya, nafas baru yang kembali meluaskan peluang buatnya. Tetapi dia perlu ubati hati Fredella yang terguris.

"Saya penat! I'm too nice with people who don't deserve it!" Fredella mengentak kakinya kasar. Melepaskan serabut. Wajah gadis itu sudah basah lencun dengan air mata.

"Move on, Qayyum. Saya tak boleh nak terima sesiapa. Biarlah bukan dengan Uqael sekalipun. Saya takkan buka hati—" Dia berkeras dengan pendirian sendiri. Otak sudah cukup kusut memikirkan satu-satu perkara yang telah terjadi.

"Sekalipun awak taknak buka hati, hanya Uqael yang awak cintakan. Betul tak?" Taktahu mengapa Qayyum tersengih ketika menutur ayat itu. Dia tahu hanya lelaki itu yang berjaya menjadi pengubat Fredella.

Fredella diam beberapa saat. Usai itu dia memaling wajah menghadap Qayyum.

"Ya! Memang pun. Kalau awak dah tahu, tunggu apa lagi?! Move on. Jangan ikut saya lagi. Saya rimas dengan semua orang!"

Tengkingan Fredella buatkan Qayyum terkejut. Dia membalas renungan gadis itu.

"Rimas?" Terang alis kening Qayyum.

"Rimas sangat. Awak kena sedar yang awak sukakan siapa sekarang ni. Orang yang awak suka ni, tak pernah cintakan awak!" 'Perasaan' istimewa itu tak pernah dia rasakan langsung terhadap Qayyum.

Qayyum yang dia kenali hanya sebagai anak buah abang-abangnya. Jejaka yang bekerja sama seperti tugasnya. Penggodam. Malah jarang berbual antara satu sama lain, melainkan atas dasar kerja.

Apatah lagi rasa sayang itu hendak muncul. Jauh sekali.

"Saya sedar, dan saya tahu Fredella.." Qayyum senyum tipis. Dia renung dalam anak mata hazel gadis itu.

"Sebab itulah saya mengalah. Awak takkan dapat lupakan si dia. Dan saya takkan berpeluang untuk dapat awak." Dia sudah penat mengejar benda yang tak pasti. Lelah. Senyuman yang diukir bagai menyorok rasa perit itu.

Qayyum bangun dari duduk. Tubuh tegapnya menghadap kedudukan Fredella. Hoodie yang dia pegang dari tadi dikibas kasar beberapa kali. Selesai itu, Qayyum lapikkan helaian hoodie tersebut ke tubuh Fredella.

Fredella mengangkat wajah, tersentak dengan layanan jejaka itu.

"Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah." Penuh teliti dia membetulkan kekemasan hoodie itu. Kakinya mula bersedia hendak meninggalkan kawasan itu.

"Dan saya harap awak datang kembali pada saya..." Masih belum memudar senyuman Qayyum Darwish. Nampak selesa tubuh gadis itu berlapikkan hoodie kesayangannya. Sekurang-kurang berpeluang juga dia dapat lihat semua ini. Bermakna.

Fredella masih menunggu Qayyum menghabiskan ayat. Dia diam menyepi setelah rasa tenang itu mula muncul.

"Juga kerana Allah." Qayyum meninggalkan Fredella dengan berlapang dada. Setelah dia selesai membelakangi gadis itu, tangannya naik meraup wajah. Dia mengesat air mata yang baru dilepaskan.

Sementara itu, Fredella perhatikan Qayyum yang semakin menjauh. Dia hampir terleka dengan serba salah. Jauh di sudut fikiran dia hairan bagaimana Qayyum sanggup menunggu sehingga pertunagannya batal.

"A-aku.."

"Aku siksa perasaan dia ke?" Fredella membenamkan wajah ke lutut. Dia mula tertanya-tanya mengapa Qayyum berani meluahkan isi hati sampai begini. Raut wajah jejaka itu begitu kesal apabila dia katakan 'rimas' tadi.

"Smile even if your heart is dripping blood."
-Imam Ali (A.S)

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now