1.4 - emails i can't send

3.2K 366 57
                                    

DI SINI, Haikal ingin membuat satu pengakuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DI SINI, Haikal ingin membuat satu pengakuan.

6 tahun lalu, ketika ia berusia 10 tahun, bukanlah merupakan kali pertama ia bersengkang mata dengan yang namanya Humairah Aliesya. "diperkenalkan oleh Ummi Alis pada umur 10 tahun," — merupakan satu ungkapan yang tidak sahih. langsung tidak, kerana seorang lelaki yang punya ingatan kuat sepertinya mampu mengingat setiap memori penting, baik yang manis ataupun pahit.

Haikal bukanlah tipe laki laki yang dikatakan sempurna. hidupnya cuma berlandaskan musik, bola basket dan cinta, yang bertepuk sebelah tangan. penampilannya tidak sekemas atau seganteng Hujan, bahkan, akademiknya juga tidak sepandai tokoh tokoh pelajar di sekolahnya. dia cuma laki laki biasa yang punya rasa dan cita cita. sama seperti manusia lain yang inginkan rasa kasih sayang dan cinta.

12 tahun lalu, Haikal menemui seorang gadis kecil yang sedang berjalan di tepian pantai, bermain main dengan pasir putih dengan deru angin yang membadai. Haikal bergeming, kiranya aneh saja kerana seperti gadis itu tiada pengawasan, lalu bersuka ria bermain di tepi laut yang luas terbentang itu. waktu itu, Haikal baru tiba dengan keluarganya. ingin berkelah di bawah pohon kelapa di pantai bersih nan indah itu. namun, sepertinya, atensi itu teralih kepada gadis yang bermain di tepi pantai itu. kerana setelah puas ia bermain di pantai, gadis itu hilang dari pandangan. Haikal pada mulanya beranggapan gadis itu telah pulang.

namun, ia tertangkap sosok itu sedang menolong seseorang di sebuah kawasan taman yang berdekatan dengan pantai itu. membuatkan Haikal lagi lagi penasaran, dan jatuh suka, dengan baik dan lembutnya seorang gadis yang baru ia jumpa beberapa minit yang lalu.

Haikal fikir, itu merupakan pertemuan pertama an terakhir dia dengan gadis itu. namun, Tuhan sepertinya ingin menunjukkan sesuatu kepada Haikal. dua tahun setelah itu, keluarganya berpindah pada kawasan perumahan yang berdekatan dengan tepian pantai itu. dan lagi lagi, Haikal bertemu dengan sang gadis.

padanya, itu bukanlah satu kebetulan. Haikal menyebutnya dengan sebutan takdir. 

takdir yang menyedihkan, sebenarnya.

Haikal ada menonton sebuah siri K-drama berjudul Goblin, bersama dengan Alis beberapa tahun yang lepas. berbekalkan keropok buatan Ummi Alis, dan brownies buatan Ibu Haikal, keduanya duduk bersimpuh sambil melayan cerita itu di kaca televisyen.

"no sorrow lasts forever. not even love lasts for 10 0000 years."

"i vote to disagree."

"which one. sorrow or love?"

"sorrowful love," kata Alis, sembari mengunyah keropok udang itu dengan bersahaja. Haikal mengerling ke arah gadis yang berada beberapa jarak sahaja dari sebelahnya. memandangnya dengan tatapan aneh.

Alis yang berasa dirinya diperhatikan itu, turut menoleh semula. menaikkan alis sembari menatapnya jengkel.

"pahal?"

rain ; if it is you. Where stories live. Discover now