1.1 - dearest, renjana

3.3K 434 160
                                    

HUJAN punya seribu satu alasan mengapa dirinya tidak begitu menyukai hujan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUJAN punya seribu satu alasan mengapa dirinya tidak begitu menyukai hujan.

satu; kerana hujan tandanya sedih. berkabung, kehilangan—atau segala yang sinonim dengan yang namanya patah hati. harumannya memang enak, tetapi ia bercampur sesak. titisan air memang menenangkan, tetapi itu seolah olah menandakan semesta turut menangisi nasib para hidupan.

dua; kerana nama mereka yang mirip. entah kenapa Papa memilih nama 'Hujan' dalam ribuan kata yang lebih sempurna—hanya untuk anak itu sendiri memilih untuk tidak menggemari hujan. waktu kecil, Hujan selalu mengeluh sendirian, kerana dirinya yang terasa begitu mirip dengan nama hujan yang membawa erti tenang — atau, menyimpan luka.  Hujan tidak suka rasa kesedihan. sakit. Hujan pernah mencuba, dan Hujan tidak ingin mengulangnya lagi.

ketiga; kerana Hujan tidak tahan sejuk. Bintang — abangnya yang paling jahanam — selalu meledeknya kerana kerap selsema tiap kali waktu hujan. berbalutkan selimut tebal IKEA yang dipakai semenjak berusia lima tahun, Hujan selalu meringkuk di atas katil sambil menahan kesejukkan yang menggigit tubuhnya. selalunya, Langit— abang sulung Hujan — akan membawa sup ayam tanpa sayur untuk dimakan olehnya. tetapi, Hujan hanya mampu menelan satu pertiga daripada sup itu sahaja. kerana? kedua adiknya yang sama jahil seperti Bintang — Alam dan Bumi— akan menghabiskannya terlebih dahulu. Hujan bukanlah seorang yang pemarah. maka, direlakan saja sup ayam itu dihabiskan oleh adik beradiknya meski keinginannya terbatas.

keempat; sama seperti yang pertama, hujan selalu membawa peringatan tentang kehilangan. memyimpan ribuan rahsia dan peristiwa. diantara yang bahagia dan derita. semua orang pernah melalui fasa kehilangan—dan Hujan, tidak terkecuali dari hal itu. tidak ada istilahnya di mana, ada sosok yang paling mengerti tentang yang namanya kehilangan. kerana sejujurnya, sosok itu kita semua. kehilangan di sini membawa banyak maksud. manusia, diri sendiri, bahagia, cinta, keinginan, segalanya.

Hujan pernah kehilangan insan yang paling mengerti dirinya. pernah kehilangan kedua orang tua saat dirinya masih belum mengenal dunia. pernah kehilangan rasa bahagia saat realiti bahawa sosok yang meninggalkannya itu benar benar pergi menghantamnya. pernah hilang keinginan ingin hidup saat orang itu tidak lagi berada di sisinya.
pernah hilang diri sendiri kerana hanya kosong dan hitam yang menghiasi ruangan hatinya saat orang yang ia kasih di sekelilingnya pergi.

kecuali yang namanya cinta.

Hujan mungkin masih terlalu muda dan mentah dalam hal percintaan, tetapi Hujan ada satu hasrat— yang pasti, dia tidak mahu kehilangan yang itu. cukup hal lain saja yang menyakitinya, Hujan benar benar tidak sanggup untuk meluaskan lagi bekas luka di hatinya.

suatu sore, ketika langit masih menitiskan gerimis senja, Hujan duduk di pondok rumah bersama Langit. hari itu, hari di mana Humairah memilih untuk menjauh darinya. Hujan masih ingat, wajahnya sugul, dan satu satunya yang menyedari hal itu adalah abang sulungnya. lalu, diajak bicara empat mata bertemankan secangkir kopi susu dan syahdunya melankoli hujan.

rain ; if it is you. Where stories live. Discover now