0.4 - "jatuh,"

5.2K 703 369
                                    

"SENIOR!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SENIOR!"

Alis yang sedang melukis sesuatu di buku notanya terhenti aksinya. suara riuh rendah kedengaran di luar kelas—bahkan, hampir separuh pelajar di kelas 4 Aureum mengeremuni pintu kelas dan sedang menjenguk-jenguk ke arah luar.

Alis diam memerhati, perasaan curiga mulai menguasai dirinya. dia bingkas bangun dari kerusi, berjalan dengan penuh hati-hati agar tiada yang menangkap kelakuannya yang ingin kepo dengan apa yang terjadi.

setibanya dia di tingkap kelas, mata Alis mula meliar,  mencari-cari fokus yang telah mencuri perhatian semua orang. dari kelas hujung sebelah timur hinggalah ke kelas hujung sebelah barat, semua bagaikan menunggu kehadiran sesuatu. Alis naik musykil, perasaan ingin tahunya semakin membuak buak.

sehinggalah, yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

sepasukan pemain bola tampar berjalan dengan selamba di atas lapangan, masing masing baru  selesai dari perlawanan persahabatan kira kira sepuluh minit sebentar tadi. rambut mereka basah dengan peluh, ada yang meneguk air kosong sejuk dengan rakus sampaikan menuang air itu di atas kepala mereka. feeling feeling gempak la katakan, padahal semua nampak acah hot je.

eh. takjadi.
memang hot nak mampus sia.

"ANJINGGGGGG MINUM AIR PUN SAMPAI NAK TUANG ATAS KEPALA GILAAAA!"
jerit salah seorang lelaki di kelas Alis, Raikal namanya.

"baru nampak hot. takkan nak tuang kuah kari atas kepala. apabenda kau ni." balas sahabatnya, Amir.

bisikan para gadis semakin riuh, bunyi desas desis kedengaran di segenap ruang lapangan.

"lock Aidan please."
"goblok, dah tau dia tu player, nak jugak dekat dia."
"HENSEMNYA HAIKAL WEH!"
"tu ha belakang Haikal, apa nama dia? Hariz?"
"aku punya. kau cop lain."
"sangat panas ya gais. urineund drop it like hot, hot, hot."

sehinggalah main character of the team tiba.

Kapten Bola Tampar, Hujan Arasyah, everyone.

berbanding dengan yang lain, Hujan lebih selesa mendiamkan diri di posisinya. berjalan dengan bersahaja, tidak mempedulikan sorakan yang membingitkan telinga di sekelilingnya. wajahnya menunduk, secalit senyuman kecil menghias bibir jejaka tinggi lampai itu. tetap menghormati setiap pelajar yang berada di sekitarnya meskipun dia sedikitpun tidak memandang kepada mereka.

saat itu, taulah Alis.
her new crush is a volleyball captain.

menyedari hal itu, Alis menggeleng laju. berusaha tidak memikirkan hal yang bukan bukan dan menidakkan segala perasaan.

"Senior Hujan!"

seorang gadis—primadona sekolah, Layla, datang mengatur langkah ke arah Hujan dengan senyuman mesra. di tangannya tergenggam sebuah botol air mineral, manakala di sebelah tangannya terdapat sehelai sapu tangan putih.

"congrats on your game! you did a great job. nah, saya bawakkan botol air untuk senior." tuturnya penuh sopan. Hujan terkedu di tempatnya, tidak memberi sebarang respon kepada gadis itu.

Alis yang memerhati hanya mampu mendiamkan diri, merenung ke arah dua sejoli itu dengan perasaan sedikit cemburu. fikirannya melayang tentang mereka.

iyalah, Hujan harapan sekolah yang berbakat. dahla pandai sukan, pandai berpuisi, bijaksana, rupawan pula. dipasangkan dengan Layla yang cantik jelita, semesta juga barangkali mungkin setuju, mereka sangat cocok bersama.

iya.

tapi melalui pandangan Hujan yang mula melihat ke arah Layla dengan jengkel, mungkin dia berharap semesta malah berpihak kepadanya, bersama dengan sang pelangi yang baru ia jumpa.

"terima kasih," ucapnya, mengambil botol itu tanpa menatapnya lagi lalu terus berjalan meninggalkan Layla sendirian. Hujan menghela nafas berat, mempercepatkan langkahnya walaupun diseru oleh gadis gadis yang lain.

"Hujan! Senior Hujan!"

Hujan menunduk sedikit, selebihnya ia meneruskan perjalanan sehingga langkahnya tiba tiba mati di hadapan Alis. dia mendongak, dan tatkala matanya bertemu dengan mata Alis, pipinya kian memerah.

lalu ditundukkan lagi pandangannya, menyembunyikan rona merah jambu yang sedang mekar di pipinya.

"Humairah," panggilnya. dan Alis terkejung.

"kamu..nonton saya main tadi?" soal lelaki itu, menunggu jawapan dari sang gadis dengan sabar. Alis tersengih malu, perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.

"tak. maaf ya, Hujan."

sekiranya itu adik kelasnya yang lain, tentu Hujan akan merasakan hal itu kurang sopan untuk memanggilnya dengan namanya terus.

tetapi itu masalahnya.
kerana itu Humairah, makanya, Hujan membiarkan sahaja perkara itu.

"oh." balas Hujan singkat. Alis mula panik.

"kamu marah ya?" soal Alis semula, sedikit cuak daripada biasa.

memang boleh? marah ke kamu?
andainya, satu hari nanti, saya bakal marah ke gadis sepeti kamu, saya merupakan antara laki laki yang paling bodoh sekali di bumi ini.

kerana memarahi kamu itu merupakan hal yang terakhir yang bakal saya lakukan selagi hayat masih dikandung badan.

Hujan menggelengkan kepalanya berkali-kali, matanya masih memandang ke arah tali kasut sukan yang tidak terikat. dalam diam, Alis merenung ke arah kasut milik lelaki itu, dan batin gadis itu sedikit kesal atas kecuaian Hujan.

"Hujan, ikat tali kasut kamu. nanti kamu jatuh!" ujar Alis, menunjukkan ke arah tali kasut itu dengan jari telunjuknya.

Hujan diam, mencuri pandangan sepintas lalu ke arah gadis yang berada agak jauh dengannya itu.
bibirnya menguntum senyuman, sebelum ia akhirnya tertawa gemas.

"tidak perlu diikat tali kasutnya. saya sudah terlanjur jatuh."
"ha? jatuh apa?"
"jatuh cinta."

Alis jatuh sunyi, rama-rama diperutnya mula berterbangan. Hujan tertawa lagi, padanya reaksi Alis sangat lucu dan menggemaskan.

namun,

di kala dua insan yang sedang sibuk berbahagia, ada yang sedang memerhati dengan rasa dengki. berharap bakal memisahkan mereka berdua dengan apa jua cara sekalipun demi kepuasan hatinya sendiri.

________

yh gitu dong

rain ; if it is you. Where stories live. Discover now