1.1 - dearest, renjana

Start from the beginning
                                    

"kenapa?" soal si sulung terlebih dahulu. Hujan hanya diam, sebelum perlahan-lahan menghela nafas berat. melemparkan pandangan ke arah tanaman hijau yang ditanam oleh abang keduanya— Awan.

"tak tahu. Hujan penat."

cukup itu.

saat seorang manusia terlalu lelah untuk menggambarkan apa yang ia rasa, 'penat' merupakan kata yang selalu menjadi pilihan.
satu kata, tetapi mewakili jutaan rasa dan masalah. singkat, padat dan mampat. manusia boleh memilih untuk meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hati, tetapi pada Hujan, itu terlalu renyah. terserah kepada mereka untuk mentafsir kata 'penat' itu bagaimana, sama ada sekadar mendengar dan tidak peduli; atau benar benar ingin mencuba menyembuh lukanya.

Langit tersenyum tipis, seraya menepuk punda Hujan lembut.

"gadis di pantai itu, ya?" soalnya. Hujan menoleh, namun mengangguk seraya kedua matanya sorot menunjukkan kesedihan.

"Hujan, cinta itu payah. memerlukan atensi, sabar, perjuangan dan ikhlas. kalau Hujan sudah mulai menyukai seseorang, maka Hujan seharusnya cukup keempat-empat syarat tersebut supaya jalan ceritanya lancar dan tidak bergolak.
hal cinta juga, bukan boleh dibawa main. pun sekadar ingin mengucap, 'aku sayang kamu', Hujan harus benar benar memaksudkannya sebelum mengungkap kata itu."

"tapi, apa guna semua tu kalau Humairah tak suka Hujan." ujar Hujan. hampa.

"Hujan pasti? atau ada hal lain yang menghalang Humairah untuk menyukai Hujan?" soal Langit lagi. Hujan terdiam.

"mungkin, Humairah berada di fasa dia sendiri kurang pasti dengan perasaannya. bagitahu Bai. gadis mana yang suka diberi isyarat kurang jelas dari lelaki? perempuan mana yang suka hidup dalam tanda tanya tentang perasaanya sendiri?" sambung Langit. kali ini, mengangkat gelas kopi susu lalu dihirupnya perlahan.

"kadang itu, tak semua perkara kita harus harapkan orang lain yang memahami kita. boleh jadi, kita yang kurang perhatian tentang sesuatu hal itu. Hujan suka Humairah—ya sudah— tetapi, apa yang Hujan lakukan untuk meraih hati dia? hati seorang wanita itu ibarat ais batu. harus berada di bawah suhu yang sesuai supaya sentiasa menjadi ais. kerana kalau suhunya tinggi—pun hanya sedikit, ais itu akan melebur. ais batu boleh melebur menjadi air dengan mudah, tetapi selamanya, air itu memerlukan masa yang lama untuk membentuk ais batu semula. sampai sini, faham, Hujan?" cerita Langit lagi.

malam itu, Hujan termangu sendirian. memikirkan ada benarnya kata kata Langit dalam hal yang paling sulit ditafsirkan keadaannya itu.

lalu Hujan berhasrat. untuk meneruskan jejaknya dalam menabur pesona agar Humairah memandangnya sebagai seorang lelaki, laki laki sejati yang menjadi idaman para gadis. idaman Humairah, kalau boleh.

hari terakhir minggu bahasa.

selesai acara pertama di dewan, Hujan masih belum nampak kelibat Humairah. padahal, acara seterusnya akan berlangsung dalam beberapa minit saja lagi. dalam kehampaan, Hujan mengatur langkah ke belakang pentas. menyiapkan dirinya untuk acara yang bakal berlangsung.

Dee datang ke arahnya dalam keadaan tergopoh-gopoh, menimbulkan rasa hairan dalam benaknya. lalu dengan gaya bersahaja, Hujan menunggu gadis itu memulakan kata.

"Pres. kita ada masalah besar." mulanya. Hujan mulai penasaran.

"kita kan ada persembahan nyanyian band kejap lagi? um, macamni. vocalist kita tak boleh datang. sakit." jelasnya. Hujan mengetap bibir.

"kita memang dah tak sempat cari penyanyi lain, Hujan. nak tak nak, mungkin acara ni perlu dibatalkan, dan diganti dengan acara lain sebagai penutup—"

rain ; if it is you. Where stories live. Discover now