Episode 2 : Puan Singa

812 76 5
                                    

Siapa yang pakar soal relay ni?Share sikit dekat dia!

Desperately dia perlukan satu. Umur dah nak masuk 30 tahun tapi tiada sesiapa lagi. Risau mak! Kawan-kawan satu alumni dia ramai dah kahwin. Siap ada anak dua tiga orang. Dia ni hah! Sendu macam beruang kutub dekat Antartika. Dingin dan sendirian.

Selama tujuh tahun Arya mulakan misi mencari jodoh dia. Banyak kali Arya hadiri blind date dan ke agensi mencari jodoh. Ada la calon tu tapi tiada satu pun yang berjaya. Siap ada drama lagi tu. Jadi dia dah serik gunakan Teknik tu.

Seterusnya menerusi ibubapa Arya sendiri, dia cuba gunakan anak kenalan mereka. Dan like usual, ianya tiada guna langsung kerana semuanya calon tu tarik diri atau reject serta merta tanpa berfikir Panjang. End up dia jadi punca parents ibubapanya malu dengan kenalan-kenalan mereka tu. Bukan salah dia sepenuhnya, hanya salah faham kecil aje. Ya. Salah faham. Nanti bagi hadiah okay la balik tu.

Kenapa dia desperate cari pasangan?To be exactly sebab Arya tak tahan jadi bahan bualan keluarga makcik-makcik dia. Maklumlah...kalau sepupu dia semuanya dah kahwin, beranak pinak semua tu noh...tinggal dia seorang aje. Siapa aje yang tak kena aim. Mesti dibahan cukup-cukup. Kalau boleh nak digoreng-goreng dengan makcik-makcik tu hingga dia hanggus! Burn like over cook toast! Selain tu, dia dah craving kasih sayang seorang lelaki dalam hidup dia!Tengok orang yang bercinta, dia yang single ni rasa sakit tau!

Arya duduk menyandar ke belakang kerusi kerja, melepaskan lelah. Penat seharian ni recheck venue untuk wedding yang akan datang. Selepas dia uruskan persiapan di Brown's Hotel sambil melayan kerenah klien yang sampai ke sudah tiada habisnya, dia membawa diri ke restoran berdekatan sebelum balik ke pejabat.

Puas la sikit dapat makan makanan yang mahal. Kebetulan dia pernah buat food testing dekat restoran tu, dapat diskaun terus dari manager hotel tu. Biasalah, sejak gunakan servis catering dari restoran tu melonjak-lonjak naik nama restoran tersebut. Nak balas jasa kononnya, itu yang bagi diskaun. Arya apa lagi alang-alang dah diberi betis dia ambil la peha! Takkan la makan sikit aje kan!Benda dah murah!makan banyak sikit! Dah la harga satu kali hidangan restoran tu makan separuh dari gaji sebulan dia. Pergh!Dasyat! Kalau dia melahap tak ingat dunia mahunya kering kontang hujung bulan nanti. Lain la cerita kalau dia ni anak orang berada.

Usai mengemas meja yang bersepah dengan kertas lakaran, jadual dan sketch entah apa-apa, Arya capai telefon. mendail nombor catering untuk recheck Tarikh dan masa. Setelah selesai membuat panggilan barulah dia lepas nafas lega.

Knock!

Knock!

Divider cubicle depan meja Arya di ketul sebelum muncul kepala berambut coklat diikat kemas ke belakang.

         "Baru balik Arya?Macam mana dengan klien tadi. Dia orang puas hati tak dengan arrangement dewan wedding mereka?"tanya Rozane. Rakan sekerja Arya yang Arya kenali sejak hari pertama bekerja di situ.

Ugh!Soalan paling dia pantang. Nak demam tiba-tiba bila teringat.

         "Hmm...memang sampai ke sudah la mereka  complaint itu ini macam budget mereka termasuk dengan kos yang mereka tambah..."keluh Arya.

Rozane tersenyum. Dia pandang Arya dengan renungan tumpang simpati. Walaupun tidak lama berkenalan dengan Arya, Rozane tahu Arya penat uruskan semua ini sendirian tambah-tambah lagi ketua pasukan mereka telah berhenti kerja sebulan yang lalu kerana berkahwin dan pindah ke luar negara. Terkontang kanting la Arya selaku pereka pelan wedding merangkap ketua pasukan sementara penggantinya belum datang.

          "Lepas habis kerja ni nak ikut aku keluar lepak dekat karaoke tak??"aju Rozane sambil merehatkan lengannya atas divider tu.

          "Karaoke?Kau belanja?"kening Arya terjungkit penuh nanti.

           "Of course. Aku yang ajak kau kan. Mesti la aku belanja. So on?"

           "Haih..."Arya mengeluh. Letih tapi mahu. Mana satu?Sebagai seorang wanita yang mempunyai otak yang complex lagikan rumit, dia sendiri confuse. "Tak sure lah...aku perlu kemas pejabat untuk ketua pasukan baru kita hah..."

             "Hah?Serius?"Rozane mengangkat kening terkejut. "Dah nak masuk ke?Kau tahu siapa orangnya?"

Jangan tanya dia. Selama dua minggu ni dia hanya consume caffeine sebab tiada masa hendak tidur atau berehat dengan lama sebab terlalu sibuk. Jadi memang tiada masa dia nak cari tahu siapakah pengganti ketua pasukan mereka ni.

             "Direktor cakap seseorang yang sangat berpengaruh dalam bidang wedding planner ni. Ramai selebriti rujuk pada orang ni untuk jadi wedding planner mereka. Disebabkan orang ni bekerja secara sendiri, profile bisnes dia tak berapa jelas sangat." beritahu Arya.

             Rozane tersengih, dia menari-narikan keningnya ke Arya. "Hei...kau rasa ketua pasukan kita tu lelaki atau perempuan?Nak buat bet?"cadang dia. "Kau tahu..kalau menang dapat apa kalau kalah kena buat apa?"

             Berasa curiga dengan cadangan Rozane, Arya pandang dengan mata dikecilkan. "Kenapa aku rasa ada something sinister yang kau rancang dalam kepala kartun kau tu? Last time aku buat bet dengan kau, aku kena belanja minum satu floor..." cebiknya.

               "Hahahahah....what. Bukan salah aku kalau kau kalah dalam bet. "ketawa Rozane.

                Arya buat muka menyampahnya. "Dah la kau..pergi duduk sana. Aku nak siapkan kerja aku ni. Melayan kau sampai esok belum tentu siap kerja aku ni"

                Bersama sisa ketawanya Rozane meletakkan beberapa bungkusan gula-gula atas planner Arya warna biru di situ. "Nah..candy untuk kau. Makan la. Buat hilang stress tu."

                Mata Arya terus mengerling ke gula-gula tu sebelum pandang ke Rozane. "Fine. Kita pergi karaoke. Tapi kau yang bayar ya."beritahu dia memberi jari telunjuk sebagai amaran.

              "Ya..ya..aku bayar.."lambai Rozane saat bergerak pergi dari situ untuk kembali ke tempat duduknya semula.

Selain Rozane, di floor itu mengandungi lapan orang lagi staf yang bekerja untuk beberapa seksyen seperti bahagian akaun, pembelian barangan dan makanan, yang bertugas untuk cari wedding venue, dan beberapa lagi hal yang lain. Arya yang akan ambil alih semua bahagian itu setiap kali perlu handle klien.

Di syarikat Future Love, nama wedding planner punya company ada enam lagi pasukan lain. Setiap pasukan akan handle wedding lain. Walaupun company mereka tidak besar, pengaruh mereka sangat luas dikalangan orang terkenal dan selebriti.

Brit!

Brit!

Brit!

Telefon di tepi keyboard tiba-tiba bergetar. Buatkan Arya tersentak dari lamunan dia. Sambil menaip di keyboard sambil tu Arya pandang ke skrin telefon.

'Puan Singa' tertera nama dekat skrin.

Keluhan terus lepas dari bibir Arya bila dia baca nama tu. Bukan dia aje la yang akan mengeluh. Kalau boleh semua pekerja dalam company ini akan mengeluh.

Kenapa?

Well...obviously identiti sebenar Puan Singa adalah gelaran yang Arya berikan kepada Puan Tiffany, director dan juga madam besar Syarikat Future Love tempat Arya bekerja. Seorang wanita pertengahan umur yang sangat cerewet seperti watak Meryl Streep sebagai Miranda di movie Devil Wear Prada.

          "Ya saya puan?"sapa Arya dengan nada cerianya.

            "Ada sesuatu yang saya mahu kamu lakukan."beritahu Puan Tifanny dalam panggilan tu.

Yipeee!

Another torture untuk Arya Joy


48. Kesayangan Cik ChubbyWhere stories live. Discover now