Tapi entah kenapa dia tetap cinta dan nak kan lelaki itu dulu. Sungguh dia menyesal. Tak ada apa yang bagus pun tentangnya. Mungkin semua perilakunya pun adalah palsu.

Sekarang rasa cinta itu dah mula hilang. Dia benci akan lelaki itu. Move on? Sikit lagi.

Dia memang tak patut fikirkan tentang lelaki itu. Membuatnya sakit hati!

"Jauh termenung." Suara Harraz mengejutnya.

"Hah?" Aralyn kelihatan bingung.

"Kau termenung." Nyata Harraz.

"Bila masa aku termenung?"

"Just now."

Aralyn menjelingnya. "Ish, mana ada." Nafinya.

"Ya lah, perempuan selalu menang." Ucap Harraz malas. Malas nak melayan Aralyn lagi. Dia pun melintasi wanita itu dan bergerak ke ruang tamu.

Aralyn mencebik dan mengikut langkah Harraz ke ruang tamu.

Harraz membuka televisyen dan memasang mana-mana cerita yang menarik baginya dan duduk bersebelahan dengan Aralyn yang sudah duduk di salah satu sofa di situ.

Aralyn melihatnya sekilas sebelum melihat televisyen semula. Antara sofa-sofa di ruang tamu ni, sebelah dia juga lelaki ni nak duduk? Bukan apa, tapi dia dapat merasakan kedua mereka masih rasa kekok.

"Ara. Bila kau mula kerja?" Soal Harraz apabila keadaan ruang tamu tu terasa sunyi walaupun ada suara dari televisyen.

Aralyn menoleh ke arahnya. "Hmm minggu depan hari isnin. Aku minta cuti seminggu." Jawabnya.

"Menyesal juga ambil cuti selama tu." Gumam Aralyn perlahan. Cadang nak honeymoon lepas nikah dengam Fahim itu. Tapi, Allah yang menentukan. Kita hanya mampu merancang.

Harraz mengangguk. "Aku esok dah start kerja ni."

"Oh,okay."

"So, kau kerja sebagai guru kan, Ara?" Soal Harraz lagi ingin memulakan percakapan antara mereka. Dia sedar mereka berdua masih merasa kekok dan dia tidak suka akan suasana itu. Lagipun dah lama mereka tak berjumpa, tanyalah khabar. Dahlah tiba-tiba kawin walaupun dah lama kenal. Tapi banyak perkara yang sudah berubah sejak beberapa tahun ini.

"Ya, guru bahasa melayu dekat Sekolah Rendah Matahari." Jawab Aralyn.

Harraz senyum. "You always wanted to be a malay teacher. Alhamdulillah, tercapai."

Aralyn membalas senyumannya. Memang menjadi guru bahasa melayu adalah cita-citanya dari dahulu lagi. Dia juga rasa terharu, Harraz ingat akan fakta itu.

"Kau pula sudah tentu dah jadi doktor kan Raz?" Aralyn turut bertanya.

Harraz mengangguk. "Yea. My years of studying paid off." 8 tahun geng. Letih dia. Lepas tu bila betul-betul jadi doktor, heh sama juga letihnya.

Lepas itu kedua mereka kembali senyap.

"Lyn, kalau lusa kita tidur dekat rumah mama dan daddy okay? Lepas itu minggu depan kita tidur sini balik. You know like selang seli, seminggu dekat sini, seminggu dekat sana. Is that okay with you?" Cadang Harraz tiba-tiba pada Aralyn.

Aralyn berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju. "Boleh aje." Dia okay saja. Jarak rumahnya dengan rumah Harraz tak ada lah jauh sangat. Dalam 15 minit camtu boleh lah. Lagipun, Harraz kan suami, dia haruslah ikut Harraz.

"And aku ada dah nak beli apartment, dan ngam tempatnya tak jauh dengan tempat kerja kita berdua kot. So maybe in 2 weeks we can move there."

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now