𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟒𝟐

Start from the beginning
                                    

Afiera hanya diam menghantar langkah Danish dan Eidlan dengan pandangan mata.

"Tapi dia pun orang lain..."

"ADUH! strawberry let me go!"

Suasana kediamanku dan Qaswar menjadi riuh akibat teriakkan dari suara garau milik Qaswar. Kepala Qaswar sudah tersenget senget akibat ditelinganya di tarik olehku. Bibirku aku kemam kekuat mungkin. Menahan diri dari mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati.

"Lepaslah.. tak baik buat suami macam ni." Qaswar tidak berhenti dari merayu. Wajah kacak itu jelas memaparkan riak yang sedang kesakitan. Tapi rayuan darinya, aku endahkan saja.

Pulas Nurynmarissa.

Pulas!

Ya, Allah.. geramnya aku.

Aku merengus garang seraya melepaskan telinga Qaswar. Sebelum aku lepaskan telinga itu aku sempat menarik lagi sekali, lebih kuat dari sebelumnya.

"Ingat saya tak nampak ke yang awak terjengket jengket macam pencuri?"

Kedua tangan ditompangkan pada pinggangku. Tadi niat nak minum air tapi bila dengar deruman kereta Qaswar masuk perkarangan rumah, aku terus berniat bersembunyi ditepi pintu utama untuk mengejutkannya. Nak buat sesi kejutkan orang tu konon tapi lain pula jadi.

Tubuh Qaswar yang tidak mengenakan baju itu aku pandang dengan pelbagai tanda tanya. Yang buat musykil bila sebelah tangannya disorokkan di belakang tubuhnya.

Something fishy.

Mata aku picingkan.

Tajam mencerlung Qaswar yang bersama riak datarnya. Pandanganku dia buat tak tahu saja, seperti berpura pura untuk tidak terkesan dengan riakku.

"What's behind you husband?"

Walaupun sudah berdrama dengan Qaswar beberapa minit lalu, belakang tangan kanannya aku capai jua sebelum tangan itu aku kucup sekali. Dia turut membalas dengan melabuhkan ciuman pada dahiku. Akibat kedudukan kami yang agak rapat, hidungku sempat mencium sesuatu. Bau yang kurang enak.

Hidungku langsung berkerut kerut sambil menyedut bau asing itu dengan sekuat hati. Bau itu datangnya dari tubuh Qaswar. Qaswar sempat menolak wajahku ke tepi, tapi aku lebih bijak untuk mengelak.

Tekaan aku betul, dia ada sembunyikan sesuatu dari aku.

Masih tidak senang, bau itu aku hidu lagi. Baunya tidak terlalu kuat tapi sangat asing bagiku. Lagi pelik dari bau maskulin dari dirinya sendiri.

"Er.. saya nak naik mandi. Badan rasa melekit." ujarnya dengan satu senyuman.

Riak mukaku tidak dapat dikawal lagi dari ingin berburuk sangka kepadanya. Saya? buat pertama kalinya kata sopan itu terpancul keluar untuk aku.

"Jangan nak mengelat, baju awak mana? benda apa yang awak sorokkan kat belakang awak?" Sesuatu dibelakang tubuh Qaswar, aku cuba capai. Tapi dia lebih cekap untuk mengelak.

Pantas.

"Nothing. Baju yang aku pakai tadi."

Tidak puas dengan jawapannya, aku mencuba sekali lagi. Nothing apanya, mesti something. Kalau tak, tiadanya dia beria nak sorokkan dari aku.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now