Aralyn mengerutkan dahi. Zahra juga turut hairan.
Perlahan lelaki itu menggeleng dan bangun dari duduknya. Lalu dia berpusing melihat Aralyn dengan wajah dingin.
"Harraz?" Ujar Aralyn terkejut lagi.
"Tak sangka, the guy you love so much left you." Dengan dingin sekali Harraz menuturkan kata-katanya itu. Tiada reaksi pada wajahnya tapi, Aralyn tahu, Harraz menahan marah. Jadi, Harraz terdengar semuanya?
Aralyn berdiri dan mula mendekati Harraz, dengan air matanya bergenang semula. Tapi Harraz menggeleng lagi sekali sebelum memusing badannya untuk bergerak ke kaunter bayaran. Aralyn terkaku di situ.
Sehinggalah Harraz nak keluar dari cafe itu barulah Aralyn melaung untuk memanggilnya. "Harraz!"
Harraz tak melayannya dan berjalan keluar. Aralyn tanpa berlengah, keluar dari cafe dan terus mengejar langkah lelaki itu.
"Harraz!" Panggilnya, tapi Harraz tetap tidak melayannya. Sampailah Aralyn terpaksa berlari dan menarik lengan baju Harraz.
Harraz terus berhenti dan berpusing ke arahnya dengan wajah merah, riak wajahnya juga menunjukkan yang dia marah.
Terus Aralyn melepaskan pegangannya pada lengan baju Harraz.
"Kau nak apa? Aku dah pernah kata kan? Don't ever talk to me again!" Marah Harraz.
Aralyn terdiam sebelum membuka kata. "Kejap, tolong dengar aku kejap saja." Katanya sedikit merayu.
"No Aralyn. Aku tak nak dengar. Assalamualaikum." Lepastu Harraz pun berlalu.
Tu lah kau Aralyn. Ada sahabat yang sangat baik dulu, kau buang dia. Sekarang, tunang kau yang buang kau. Memang padan muka kau. Monolog Aralyn sendiri.
»
Esoknya lagi, Aralyn termenung sendiri di dalam biliknya. Dia tetap tak tahu apa nak dibuat dengan majlis pernikahannya itu. Nak batalkan, nanti keluarga dia mendapat malu. Tapi macam mana kalau dah tak ada yang nak jadi suaminya.
Lagi satu hal, si Harraz tu. Dia nak meminta maaf dengan dia walaupun mungkin Harraz tak akan memaafkannya. Dia tahu, Harraz tu boleh keras kepala juga orangnya.
Dia menyesal sangat. Tapi apa guna menyesal, benda dah jadi.
Itulah prinsip hidup Aralyn. Kalau benda dah jadi, jadi. Dia tak boleh buat apa-apa kecuali untuk hanya maju ke hadapan. Dia dah pasrah. Suka hatilah Fahim tu nak buat apa. Dah tawar hati dengannya. Kalau dia datang balik, tak nak dia terima semula eh. Tak ingin dia hidup dengan bersuami macam tu.
"Aku perlu jumpa Harraz." Gumamnya perlahan. Tapi macam mana?
Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mencari account instagram Harraz. Cari punya cari, terjumpa juga. Nama account dia masih sama seperti dahulu. Tapi tu lah, private.
Dengan itu dia pun cuba untuk message Harraz melalui direct message instagram itu.
you
assalamualaikum harraz
aku ni aralyn
tolong, aku nak jumpa kau
Lepas itu, dia pun menunggu balasan dari Harraz. Tunggu punya tunggu, lepas sejam baru ada balasan darinya.
@ hrrzdhff
waalaikumussalam.
no.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Kekal Selamanya
Romantizm"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang m...
KS | 04
En başından başla