Eh eh? Danial?

Ibu bapanya adalah Muhammad Danial Rayyan dan Nur Humaira Dahlia.

Kita gelar diorang sekarang dengan Tuan Danial dan Puan Humaira ya?

Sepontan Harraz dan puan Humaira mendecit.

Tuan Danial gelak. "Haa ye lah.. Ha Raz, mana beg beg?" Soalnya pula.

Harraz pun menunjuk keberadaannya.

"Takpe, biar daddy ambik." Tawar Tuan Danial dan pergi ke arah troli yang berisi beg beg anaknya tu.

"Ma, dorang yang lain mana?" Harraz bertanya kepada puan Humaira akan adik beradiknya yang lain.

"Si Faz kan dah kerja, so dia kerjalah sekarang ni. Dia memang nak juga ikut ambil Raz ni tapi tak dapat. Wainaa dan Hasif pula kat uni." Balas puan Humaira.

Harraz pun meng-ooh sahaja. Rindu jugaklah kat adik beradiknya. Terutama kembarnya si Haffaz . Ya, dia mempunyai abang kembar dan dua orang adik.

» »

"Oh mai! Rindunya rumah!" Jerit Harraz gembira seperti kanak-kanak riang sejurus dia masuk ke dalam rumah. Dia melihat segenap ruang tu. Eh? Ada sofa baru ya? Ada gambar baru ya? Ada bunga baru ya?

Daddy dan mamanya pula hanya tersenyum dan menggelengkan kepala dengan sikap Harraz tu. Dah masak dah dengan perangainya yang agak kebudakan. Tahun ni dah 28 tahun pun masih berperangai sebegitu. Tak padan dengan badan.

"Haih Raz ni, bukan tak ada balik langsung selama 4 tahun ni. Bukan macam daddy kamu ni." Tegur puan Humaira dan sempat menyindir suaminya.

Tuan Danial menjelingnya. "Tak yah lah ungkit." Katanya dengan nada datar.

Puan Humaira berpura-pura membuat muka terkejut dan menutup mulutnya sedikit dengan tangan. "Oops!" Dan senyum tak bersalah.

Harraz senyum lebar memandang adegan comel mama dan daddy nya tu. Suka dia tengok! Walaupun gaduh-gaduh manja, tetap comel dan sweet baginya. Hestek can't relate because me is single.

Ibu bapanya tu memang tak berubah dari dulu lagi. Cinta dan sayang mereka terhadap masing-masing sangat kuat! Keduanya memang suka bercerita kisah perjalanan cinta mereka. Ashiap!

Terasa begitu single guenya. Jodoh where you at?

"Eheeemm, Ayahanda, bonda, Izinkan anakanda naik atas masuk bilik dulu ya?" Seloroh Harraz menggunakan bahasa istana konon untuk memberitahu yang dia ingin ke biliknya.

Tapi mereka berdua tak melayannya kerana sibuk bertikam mulut. Haloh, main-main jer. Sakat menyakat gitu.

Harraz mengetap bibirnya. Takpe, kami dah biasa. Takpe wak.

Dengan itu, Harraz pun mengambil dua begnya yang mempunyai barang-barang yang penting. Beg selebihnya hanya mengandungi pakaian-pakaiannya. Nak disasah lagi. Biarlah tinggal kat bawah je. Mesin sasah pun kat bawah ni.

Pintu biliknya dibuka, dia tersenyum. "Nothing's change." Gumamnya sahaja.

Lepas dia menutup pintu dan meletakkan beg-beg nya, dia lantas merebahkan diri atas katilnya. Nikmat!

Haih, barulah terasa betapa penatnya dia. Dengan jetleg lepas dalam kapal terbang lagi.

Nak saja dia tidur, tapi nak tunggu solat zuhur dan makan tengah hari lagi.

Dia melilaukan matanya ke seluruh pelusuk biliknya.

Matanya tertancap ke satu gambar yang dalam bingkai gambar yang terletak di atas meja belajar dulu. Terus dia terduduk dari baringannya.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now