14

20 3 0
                                    

“Janganlah bising! Nanti dia terjaga!” Terdengar suara-suara yang sedang berbisik. Jihye membuka kedua matanya perlahan-lahan. Tangan kanannya automatik mengangkat menutup pandangannya bagi menghalang cahaya matahari terus menerangi matanya.

“Kamu semua lah ni bising sangat! Kan dia sudah bangun!” Marah salah seorang dari mereka. Mendengarkan suara sayup-sayup tersebut. Membuatkan Jihye mengalihkan pandangan matanya ke arah muka pintu. Terus dia menukar posisi kepada duduk.

“Selamat pagi!” Sapa mereka semua kepada Jihye yang masih lagi dalam keadaan yang terkejut.

“Pa-pagi.” Balas Jihye terpinga-pinga.

“Apa yang kalian semua sedang lihatkan tu?” Terdengar suara garau seseorang menyapa mereka semua. Terus masing-masing berlalu pergi dari situ setelah melihat gerangan orangnya.

“Sibuk betul! Orang sedang beradu pun mahu dilihat!” Omelnya namun masih lagi dapat didengari jelas oleh Jihye. Jihye bangun dari duduknya lalu membetulkan pakaiannya. Dia masih lagi belum menukar pakaiannya dari semalam.

“Elok juga kau sudah bangun. Ini, ambil pakaian ni dan pakai. Baju yang engkau pakai itu sudah kotor. Tukarlah pakaian kau.” Katanya lalu melemparkan baju tersebut ke atas katil kayu yang diginapnya.

“Baik. Terima kasih Jihoon.” Katanya dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Jihoon hanya mendiamkan dirinya saja dan mula bergerak untuk keluar dari bilik tersebut.

“Jihoon! Sebentar!” Jihye tiba-tiba menghalang Jihoon daripada terus keluar dari bilik begitu saja. Dengan terpaksa, Jihoon menghentikan langkahnya. Dia melepaskan keluhan kemudian memalingkan wajahnya melihat Jihye.

“Apa lagi yang kau mahukan?” Soal Jihoon dingin. Jihye teragak-agak untuk menyuarakan soalannya setelah melihat balasan dari Jihoon yang begitu dingin sekali itu.

“Jika kau tak ada apa-apa yang nak dikatakan. Jangan buang masa aku!” Tiba-tiba saja suara Jihoon menjadi sedikit meninggi membuatkan Jihye tersentak!

“Ma-maaf. Saya cuma nak tan-”

“Mahu menyatakan soalan pun lambat! Sebelum mahu bercakap dengan ku. Pastikan soalan yang mahu kau tanyakan. Sudah kau fikirkan di dalam fikiran mu dahulu! Apa kau fikir kau berhak mendapat masa dari ku untuk bercakap dengan engkau?” Belum sempat Jihye menghabiskan soalannya. Jihoon tiba-tiba membentaknya.

Kali ini Jihye dibuatnya terus terdiam kaku di situ. Entah hatinya terlalu lembut ataupun cepat tersentap dengan cara layanan Jihoon yang begitu kasar terhadap dirinya.

“Jihoon? Ada apa-apa masalahkah? Hyunsuk hyung meminta aku datang melihat kerana kau terlalu lama di sini.” Muncul seseorang dalam keadaan yang sedang tegang ini.

“Kau bercakap lah dengan perempuan ini sendiri Junkyu. Aku malas mahu melayannya. Hanya membuang waktu ku!” Kata Jihoon kemudian terus berlalu pergi dari situ. Junkyu dibuat terpinga-pinga. Dia melihat Jihoon berlalu pergi hingga hilang kelibatnya.

“Maaf di atas sikapnya yang sebegitu. Dia tidak suka akan kehadiran orang asing di dalam rumah ini. Tak perlu kau fikirkan sangat tentangnya. Apa kau dah mencuba pakai dahulu pakaiannya?” Soal Junkyu seakan mahu mengubah topik perbualan.

Jihye menggeleng.

“Belum. Patutkah aku mencubanya dahulu? Aku fikir ianya sesuai saja dengan tubuh badanku ini.” Balas Jihye sambil mengangkat baju tersebut lalu dilihatnya dari atas hingga ke bawah.

“Kau pasti ianya sesuai dengan tubuh badan kau? Kerana aku baru saja menyulamnya tadi pagi. Mahu berikan baju yang sedia ada kepada kau. Semuanya baju laki-laki. Jadi, aku berfikir untuk menyulam satu baju yang mungkin muat dengan tubuh badan mu.” Terang Junkyu segan silu.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Oct 26, 2023 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

[OG] The Princess + TREASURE [Malay]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora