01

290 20 2
                                    

Chip! Chip! Chip!

Bunyi burung-burung yang sedang berterbangan langsung tidak menghilangkan rasa bosannya. Dia melepaskan keluhan.

"Tuan puteri. Ini air koko panas yang diminta tuan puteri tadi." Muncul seorang perempuan di hadapannya sambil memberikan segelas air dengan membongkokkan sedikit dirinya. Wanita yang digelar Tuan Puteri itu terus mengambil gelas tersebut tanpa bersuara sedikit pun.

"Saya nak keluar berjalan-jalan di pekan hari ini. Sediakan kereta kuda untuk saya cepat!" Arahan diberikannya kepada dayang-dayang yang sedang berdiri di hadapannya. Dayang-dayang sepertinya saling melirik sesama mereka.

"Kenapa? Ada masalah?" Soalnya seakan perasan akan lirikan sesama mereka.

"Ma-maafkan patik Tuan Puteri. Tuan puteri tidak dibenarkan lagi untuk pergi ke pekan." Kata salah seorang dayang di situ. Mendengarkan apa yang dikatakan oleh salah seorang dayang membuatkannya tersenyum sinis.

"Arah siapa? Raja?" Soalnya.

"I-iya Tuan puteri."

Dia bangun dari duduknya setelah menghabiskan segelas koko panas tadi. Gelas tersebut diambil salah seorang dayang.

"Kalau macam tu...biar saya yang menghadap raja!" Katanya dengan suara yang meninggi kemudian terus berjalan pergi dari situ dengan langkah yang laju.

Dayang-dayang terpinga-pinga lalu terus membontoti Tuan Puteri dari belakang tanpa cuba menghalangnya.

******

"Ayahanda!" Bergema suara Puteri Sulung satu bilik perjumpaan itu. Raja yang ketika itu sedang berbincang sesuatu dengan para pembesar terhenti dibuatnya. Dengan perasaan yang marah, Puteri Sulung menuju ke arah ayahnya iaitu Raja di istana tersebut.

"Anakanda sudah besar! Anakanda sudah berusia 20 tahun! Takkan anakanda masih perlu berkurung di dalam istana? Takkan anakanda tak boleh keluar lihat dunia luar?" Kata Puteri Sulung dengan nada suara yang meninggi. Dia tidak kisah lagi dengan para pembesar yang sedang berada di situ.

Raja melepaskan keluhan.

"Sampai situ sahaja perbincangan untuk hari ini. Maaf di atas kesulitan yang berlaku." Kata Raja kepada para pembesar. Mereka yang faham akan kata-kata Raja itu terus bangun lalu mengucapkan kata-kata terima kasih sebelum berjalan keluar dari situ.

Setelah pintu ditutup. Raja mengalihkan pandangannya ke arah puteri sulungnya itu.

"Anakanda-"

"Perlu faham ayahanda lakukan semua ni demi anakanda? Dari anakanda kecil hingga anakanda berusia 20 tahun! Ayahanda tidak pernah bawa anakanda keluar dari istana! Ayahanda selalu bawa adinda keluar berjalan-jalan di pekan sedangkan anakanda terkurung di dalam istana berbatu ini! Apa anakanda bukan anak kandung ayahanda? Kenapa layanan anakanda dan adinda begitu lain sekali? Apa yang ayahanda sembunyikan di pekan itu? Harta? Atau perempuan simpanan?"

"Anakanda!" Bergema suara seorang wanita di dalam bilik itu. Serentak mereka berdua melihat ke arah muka pintu. Kelihatan permaisuri sedang berjalan masuk menuju ke arah mereka berdua.

"Apa yang anakanda katakan ni? Jangan durhaka dengan ayahanda! Katakan kamu tak bermaksud langsung dengan kata-kata kamu tadi! Minta ampun dari ayahanda!" Marah permaisuri. Puteri Sulung turun naik dadanya menahan marah. Dia memandang Raja dan Permaisuri bersilih ganti.

[OG] The Princess + TREASURE [Malay]Where stories live. Discover now