03

119 16 1
                                    

Puteri Sulung tidak henti melihat dirinya di dalam cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puteri Sulung tidak henti melihat dirinya di dalam cermin. Buat kali pertama di dalam hidupnya. Dia mamakai hanbok yang selalu dipakai oleh rakyat biasa. Hanbok yang selalu dipakainya lebih banyak sulaman dan berbagai corak.

Hanbok ini cantik sekali. Apa rakyat jelata selalu memakai hanbok ini?” Soal Puteri Sulung lalu berpusing-pusing untuk melihat keseluruhan hanbok tersebut.

“Iya Tuan Puteri.” Jawab salah seorang dayang. Dayang-dayang juga memakai hanbok yang sama tetapi warna yang berbeza dari Puteri Sulung. Ada yang memakai warna hijau muda. Ada yang memakai warna pink. Ada juga yang memakai warna biru muda dan berwarna putih juga ada.

“Tuan Puteri sudah bersediakah?” Soal Bidan Choi setelah dia selesai mempersiapkan Puteri Sulung. Puteri Sulung menatap Bidan Choi lalu menggangukkan kepalanya dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Akhirnya dapat juga dia menghirup udara di luar istana.

“Kita harus bergerak sekarang. Permaisuri telah menetapkan waktu untuk kita pulang seawal yang mungkin.” Kata lagi Bidan Choi. Puteri Sulung hanya menggangukkan kepalanya sekali lagi.

“Jangan lupa di pakai kain ini untuk menutup wajah Tuan Puteri dari dikesani oleh para pengawal.” Kain yang sama warna dengan hanbok yang dipakai oleh Puteri Sulung diletakkan di atas kepala dengan berhati-hati supaya tidak menyerabutkan rambut Puteri Sulung.

Setelah itu, mereka sama-sama bergerak keluar melalui laluan rahsia yang berada di dalam bilik persalinan tersebut. Puteri Sulung yang tidak pernah tahu akan tentang laluan tersebut menjadi terpegun buat pertama kalinya. Puteri Sulung hanya membontoti dayang dan juga Bidan Choi yang berjalan di hadapannya.

Setelah melalui laluan yang agak sempit dan gelap itu akhirnya mereka menjumpai cahaya yang menunjukkan laluan keluar dari lorong rahsia tersebut. Sebaik saja Puteri Sulung melangkah keluar dari laluan kecil itu. Mulutnya terlopong luas dan berasa terpegun sekali lagi merasai udara yang segar di perhutanan.

Ini pertama kali Puteri Sulung menjejakkan kakinya do dalam hutan tersebut. Hutan tersebut sepertinya sudah lama disediakan laluan di situ. Dengan berhati-hati dan perlahan-lahan mereka mengikuti jejak langkah Bidan Choi.

“Apa hutan ini juga selalu diguna oleh rakyat jelata?” Bersuara Puteri Sulung setelah sekian lama berdiam diri.

“Iya Tuan Puteri. Mereka selalunya mencari kayu api serta daun yang boleh dibuat ubat di dalam hutan ini.” Jawab salah seorang dayang. Puteri Sulung mengganguk faham.

“Kita semakin hampir dengan perkampungan. Permaisuri berpesan supaya tiada dari kita yang berjalan sendirian. Dayang-dayang harus berjalan bersama Tuan Puteri dan jika mahu melihat mahu pun membeli segala barang. Minta izin pada Tuan Puteri dahulu dan berjalan lah bersama-sama ke tempat tersebut.” Bidan Choi menyampaikan pesan yang diberikan oleh Permaisuri kepadanya.

[OG] The Princess + TREASURE [Malay]Where stories live. Discover now