11

67 9 0
                                    

“Urm.” Jihye menggumam sebaik saja dia terjaga dari tidurnya. Dia mahu bangun dari baringannya tetapi terbantut apabila dia merasakan sakit yang amat di perutnya. Dia mula mengerang kesakitan.

Jihye mengambil masa yang agak lama untuk bangun dari baringan. Perlahan-lahan dia bangun dari baringan sambil berpaut pada sofa yang ditidurinya.

“Ah. Sakitnya!” Gumamnya perlahan. Dia melihat sekeliling sambil menahan sakit yang dirasai. Benda pertama yang difikirkannya. Ini bukanlah istana yang ia tinggal. Dilihatnya rumah yang diperbuat daripada kayu tetapi cara pembuatan rumah tersebut kelihatan teratur sekali.

“Aku di mana?” Soalnya pada diri sendiri. Dia cuba mengimbas kembali apakah yang terjadi sebelumnya.

“Hyung! Dia sudah bangun!” Terperanjat Jihye apabila terdengar suara seorang lelaki menjerit dengan agak kuat. Laju saja Jihye memberi reaksi kepada suara tersebut.

Kelihatan seorang remaja lelaki seperti berusia 16 tahun sedang berdiri kaku dari jauh sambil memandang tepat ke arahnya. Jihye juga menjadi kaku. Dia masih lagi mencuba untuk mengingati apa yang patut.

Fikirannya berhenti berfikir sebaik saja dia melihat ada 6 orang jejaka masuk ke dalam rumah. Jihye yang berasa sangat terperanjat itu membeliakkan kedua matanya lalu terus bangun dari duduk.

“Argh!” Disebabkan dia masih lagi dalam keadaan yang lemah. Jihye jatuh berlutut sambil tangan kanannya menyentuh perut. Tangan kirinya digenggam kuat.

“Apa kau merasa sakit? Di mana sakitnya?” Terdengar suara garau seseorang yang begitu dekat sekali di sisinya.

“Perut.” Jawab Jihye. Dia menggengam tangannya sekuat yang mampu.

“Sediakan makanan. Dia masih lagi belum makan apa-apa.” Kata jejaka itu kepada mereka yang sedang melihat.

“Sini aku bantu kau duduk semula.” Katanya lalu memeluk erat tubuh Jihye dan perlahan membantunya bangun lalu duduk di sofa yang ia beradu tadi.

“Ini makanannya Jaehyuk hyung.” Jaehyuk terus mengambilnya. Dia memberikan segelas air dahulu kepada Jihye.

“Minum dahulu.” Katanya lalu menghalakan gelas tersebut ke bibir Jihye. Jihye hanya turut sahaja. Dia terus minum air tersebut sehingga habis. Jaehyuk yang melihat tergamam seketika. Mungkin Jihye benar-benar merasa haus.

“Terima kasih.” Jaehyuk yang seperti tersedar itu meletakkan gelas tersebut di atas meja kayu yang sedang berada di hadapannya.

“Jaehyuk bukan?” Soal Jihye. Jaehyuk mengganguk.

“Siapa mereka semua di sana?” Soal Jihye sedikit berbisik kepada Jaehyuk. Matanya tidak lepas memandang mereka yang tercegat melihatnya.

“Ah kami semua adik-beradik. Nampak yang paling pendek di situ? Itulah hyung aku yang paling sulung.”

Jihye melihat ke arah yang ditunjukkan Jaehyuk. Dia cuba mengecam wajah jejaka tersebut.

“Eh kamu-”

“Warrgghh!!! Ada makanan apa? Aku lapar!” Muncul seorang jejaka dari tingkat atas dengan rambut yang serabut. Sepertinya dia baru bangun dari tidur.

“Kenapa? Kenapa semua berdiam diri?” Soalnya setelah perasan semua orang sedang melihat ke arahnya. Dia memandang wajah mereka semua seorang demi seorang sehinggalah pandangannya terhenti pada seorang gadis di sebelah Jaehyuk.

“Eh bukankah kamu gadis yang aku jumpa di pekan hari itu?” Soalnya sambil menatap tiap bait wajah Jihye. Jihye hanya mengganguk.

“Ah nama mu...Park Jihye bukan?” Soalnya lagi dan Jihye mengganguk. Mereka yang lainnya hanya melihat.

[OG] The Princess + TREASURE [Malay]Where stories live. Discover now