09

76 11 1
                                    

“Mengapa mesti kita yang keluar mencari kayu api? Mengapa bukan mereka yang lain? Mengapa mesti kita berdua? Mengapa?” Katanya seperti marah kerana dia perlu keluar mencari kayu api.

“Dah Hyunsuk hyung sebut nama kita berdua jadi kita berdua lah yang terpaksa keluar mencari kayu api untuk hari ini. Jika tak ada kayu api. Bagaimana kita semua mahu makan untuk hari ini?” Balas seorang jejaka seperti menjawab segala soalannya.

“Iya aku tahu itu. Tapi mengapa perlu kita berdua? Mengapa bukan mereka yang muda dari kita?” Sepertinya dia tidak berpuas hati lagi dengan jawapan yang diberikan.

“Apa kata kau berhenti membebel dan bantu aku cari kayu api. Daripada kau terus membebel. Apa yang engkau dapat? Tiada apa pun!” Kata jejaka itu lalu menyambung pencarian kayu api.

“Baiklah. Baiklah. Aku pergi cari di sana. Engkau jangan tinggalkan aku pula. Sini bukannya tempat yang selamat. Kau patut tahu itu!” Pesannya dengan wajah yang serius.

“Iya Jaehyuk. Aku tidak akan meninggalkan engkau sendirian di sini. Sudah engkau pergi cari di sana. Kita perlu pulang sebelum senja.” Katanya kepada lelaki yang disebutkan nama Jaehyuk itu.

Tanpa membalas kata-kata darinya. Jaehyuk berlari anak menuju ke arah tempat yang ditunjukkannya tadi untuk mencari kayu api. Lebih cepat habis kerja mereka jika berpecah begitu.

“Asahi!!!” Terdengar jelas jeritan nyaring dari Jaehyuk menyebabkan Asahi berhenti mencari kayu api. Dengan cepat dia belari ke arah Jaehyuk. Meninggalkan kayu api yang dikumpulnya tadi situ.

“Kenapa?” Tiba Asahi di situ dengan wajah yang cemas. Setibanya Asahi di situ. Jaehyuk terus menyorok di belakang Asahi sambil jarinya menunjukkan ke arah sesuatu.

“Itu. Itu. Di situ. Ada seorang gadis.” Tunjuknya sambil ketakutan. Asahi turut melihat ke arah seorang gadis yang sedang bersandar di pokok. Rambutnya yang berwarna hitam itu menutupi seluruh wajahnya menyebabkan dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis tersebut.

“Jangan!” Ditariknya tangan Asahi apabila Asahi cuba untuk mendekati gadis tersebut. Asahi mengendahkan larangan dari Jaehyuk. Dia tetap mendekati gadis itu dengan perlahan-lahan agar gadis itu tidak terjaga.

“Jangan dekatinya! Bagaimana jika dia orang jahat?” Kata Jaehyuk dengan nada suara yang perlahan seperti berbisik. Kata-kata dari Jaehyuk itu diendahkan Asahi.

Dia duduk bercangkung di hadapan gadis tersebut. Dengan jantung yang berdebar. Perlahan-lahan tangannya diangkat menyentuh rambut yang menutupi wajah gadis tersebut.

Apabila rambutnya diselakkan ke telinga. Terserlah wajah kecil gadis tersebut dengan sedikit kotoran hitam. Asahi meletakkan jarinya di bawah hidung gadis itu. Dia merasakan ada lagi hembusan nafas yang dikeluarkan dari hidung itu.

“Dia masih hidup!” Kata Asahi perlahan kepada Jaehyuk.

“Apa yang kita harus lakukan sekarang?” Soal Jaehyuk setelah Asahi menyatakan yang gadis itu masih lagi hidup. Asahi terdiam buat seketika waktu. Dia sepertinya sedang berfikir.

“Urm.” Terperanjat mereka berdua apabila gadis itu mengeluarkan bunyi. Asahi terus bangun dari cangkungannya lalu terus berdiri di hadapan Jaehyuk. Jaehyuk memeluk rapat lengan Asahi.

Mereka berdua hanya berdiri di situ tanpa cuba membantu gadis tersebut. Kelihatan gadis itu sedang bergerak-gerak sepertinya dia sudah tersedar.

“Urgh! Lapar!” Katanya perlahan namun dapat didengari jelas oleh Asahi dan Jaehyuk. Sepertinya gadis itu pengsan kerana kelaparan.

“Kau ada bawa bekalan?” Soal Asahi perlahan kepada Jaehyuk. Jaehyuk menggeleng.

“Biasanya kita datang mencari kayu api sekejap sahaja. Aku tidak pernah membawa sebarang bekalan semasa keluar mencari kayu api.” Jawab Jaehyuk perlahan juga. Asahi menghembuskan nafasnya kuat hingga didengari gadis itu.

[OG] The Princess + TREASURE [Malay]Where stories live. Discover now