°∘∘8∘∘°

Start from the beginning
                                    

Bibirnya yang basah dengan air mata masih mampu mengukir senyuman. Tetapi senyuman yang dipaksa oleh hati.

"Mesti senyuman Cik Della lagi manis harini, kan?" Anak mata Qayyum merenung tanpa henti skrin iPhone itu. Bergetar bibirnya menahan air mata demi mengungkap kata-kata itu.

"Khalisa Fredella.." Nada serak tangisnya menyebut nama penuh gadis itu.

"Saya taktahu bilanya hati saya yang kosong ni, di-isi dengan nama awak. Saya sendiri taktahu, mengapa saya selitkan nama awak dalam doa.." Qayyum ketap bibir. Sekali lagi cecair permatanya jatuh membasahi pipi. IPhone tadi dia campak perlahan ketepi baringan. Kembali alihkan pandangan ke siling bilik yang kosong.

"Tak apa. Yang di Atas sana sentiasa dengar dan lebih mengetahui isi hati saya. Semoga ada jalan lebih baik untuk kita,..." Luahnya lagi serentak menutup kelopak mata. Nafas dihela tenang. Ya, doanya tidak pernah berhenti didengar oleh Yang Esa.

"My weakness." Kelopak mata Qayyum semakin rapat terkatup. Biarlah dia lena bertemankan mata yang kuyup. Hanya tempat ini yang berjaya memujuk hati.

Kelam kabut Fredella menyepahkan bilik tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelam kabut Fredella menyepahkan bilik tidur. Ke hulu ke hilir dia mencari iPhone nya.

"Where's that phone—"

"Haih!" Pinggangnya dicekak serentak sepintas lalu memerhati sekeliling ruang bilik. Takkan nak cari dalam bilik mandi pula. Tak logik sebab dah berhari-hari iPhone nya hilang.

Fredella malas nak menyambung lagi. Penat. Tak terkira dia menyepahkan biliknya semata-mata hendak mencari iPhone tersebut. Lantaklah. Kaki kurus persis model miliknya itu mula melangkah keluar dari bilik.

Anak tangga diturun laju dan terus menuju ke ruangan meja makan. Bebola matanya naik memandang Khaleef dan Harizz yang sudah terpacak duduk dikerusi. Mereka tampak sangat berselera menjamah sarapan pagi.

"Morning Kak Dell—" Harizz menayangkan baris giginya menyambut Fredella. Pipinya penuh terisi nugget. Terkumat kamit mulut kecil itu mengunyah.

"Pandainya Rizz!" Suka dia dengar Harizz petah bercakap. 'Morning' pula tu!

Fredella menarik kerusi sebelum melabuhkan punggung bersebelahan Harizz. Bebola matanya jatuh di atas meja makan yang penuh dengan hidangan. Dan dia tahu semuanya dimasak oleh Tengku Rossa.

Sekilas Fredella mendapatkan wajah Khaleef. Jejaka itu memerhatinya dari tadi sambil mulut sibuk mengunyah roti. Tanpa bazir masa, Fredella mula menyapu jem strawberi di permukaan roti.

"Harizz—" Sapa Fredella lembut.

"Hm?" Harizz mendongakkan wajah. Bersedia mahu dengar penghabisan ayat gadis itu.

"Ada nampak fon Kak Dell tak dekat mana-mana? Atau Rizz ada termain ke?" Mana tahu Harizz dapat berinya petunjuk. IPhone yang hilang tu sudahlah penting bagi dia.

"Makan dulu, Della." Cantas Khaleef menghentikan perbualan mereka. Roti di tangan tu punya lama tunggu bila nak dimakan.

"Fine.." Ya. Kalau dengan Khaleef memang dia tak berani nak bergaduh mulut. Melainkan bersama Khalaf.

Harizz sengih melihat Fredella mencebik. Dia sempat menjawab soalan Fredella didalam hati. Kejap lagi baru waktu sesuai untuk jawab. Jika tidak, sekali lagi nanti ditegur oleh Khaleef.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Muka kau macam dah buat salah je Fareez. What's wrong?" Muka Fareez tampak seperti menyimpan seribu satu rahsia. Apa yang menambah keraguan Khalaf lagi adalah kelibat Qayyum tak ada bersama Fareez.

Tak silapnya dia ingin berjumpa kedua-duanya sekali. Yang ada di depan mata sekarang hanya Fareez sahaja pula.

"Where's Qay?" Kali kedua Khalaf bertanya dan kali ini dia betul-betul mahukan jawapan. Renungannya tepat kedalam anak mata Fareez.

"Nothing. Aku okey aje." Baru terasa ringan mulut Fareez hendak jawab. Tetapi... ada soalan yang masih belum dijawab.

"Kau nak aku ulang soalan pakai apa? Mulut ke tangan?" Nada tenang Khalaf masih terselit dengan arahan.

"Q-Qay,..." Fareez menaikkan wajah. Memberanikan diri membalas renungan Tuan Mudanya. Apa aku nak jawab Qay? Takkan nak jawab kau patah hati disebabkan Cik Della? Kang sekaligus aje dua-dua dibuang kerja.

"Qay ada emergency matter. Dia terpaksa balik Kelantan sebab parents. Nasib baik lah Tuan Muda bagi dia off day semalam." Fareez menyorok wajah takut. Dia juga hanya memaparkan riaksi yang bersahaja tanpa kelihatan gugup.

Tetapi, suara otaknya pula yang menganggu. Ini kalau respon Tuan Muda buatkan dunia terbalik, memang aku kirim salam balik rumah.

"Qay ada bagitahu tak, bila dia balik sini semula?"

Lega. Barulah tak terasa sesak aje nafas. Wajah Khalaf nampak lebih tenang dari tadi. Fareez susah untuk meramal emosi Tuan Mudanya, kerana jejaka itu sentiasa dihiasi wajah yang tenang tanpa sedar ada api bara disebaliknya.

"Takda. Tapi dia cakap, selesai nanti terus dia balik sini." Balas Fareez mendatar.

"Alright. Aku bagi dia masa. Tapi kalau Firas nak bagi mission dekat dia, aku tak boleh tolong."

"Understood Xaviell?" Putus Khalaf. Dia juga tahu yang kesihatan ummi Qayyum kebelakangan ini dikhabarkan tidak sihat. Tapi kalau Khaleef mahu berurusan soal misi bersama Qayyum, dia tak boleh bantah kehendaknya.

"Aku faham, Tuan Muda Khalaf." Fareez akur serentak mengangguk perlahan. Senyuman kelat diukir.

Kalau aku ada kuasa teleport pergi rumah ummi kau Qayyum, memang kaki dulu naik sebelum mulut bercakap. Tetapi sekurang-kurangnya dia lega kerana lepas sesi soal jawab.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now