01

85 5 2
                                    

“Ee berani kau buat dia jadi girlfriend dia, dia tidur meliur tau!” Yoongi menunjukkan riak wajah geli melihat Raewon dan Jimin yang sedang makan di kantin.

Jimin yang terkenal dengan sikap bersih nak mampos itu terus berdiri menjauhi Raewon. “Oppa! Dia tipu lah! Lagipun dia dengki dengan kita ni!” Raewon cuba meraih tangan Jimin, namun lelaki itu terus menggelak.

“Tipu tak tipu, saya kegelian. Maaf Cho Raewon, kita tak boleh teruskan.” Dan hubungan selama 24 jam itu pun berakhir.

Raewon terus berdiri mengejar Min Yoongi yang terlebih dahulu berlari meninggalkan kawasan kantin setelah melakukan jenayah.

“KEPALA OTAK KAU MIN YOONGI!” Yoongi menoleh ke belakang sambil menjelirkan lidahnya. Yoongi pantang tengok Raewon ada boyfriend, mula lah dia memburukkan gadis itu di hadapan boyfriend Raewon.

“KAU TUNGGU MIN YOONGI, AKU CEKIK BATANG LEHER KAU KEJAP LAGI!” Raewon menghentikan lariannya. Letih pula dia kejar anak Min tu.

“Raewon kenapa?” badan Raewon terus mengeras tatkala suara milik lelaki popular di sekolah itu menyapa pendengarannya. Yoongi yang tadi menyorok di tepi dinding mengintip Raewon dan lelaki itu.

Dia terus berdecit kasar. Tak habis-habis lelaki nak dekat Raewon. Letih juga dia menghalau.

“Jungkook-ssi.” Raewon menyelitkan rambutnya di belakang telinga. Siapa sahaja yang tidak kenal Raewon yang selalu tidak berjaya dalam hubungan percintaan. Dia juga popular akibat hubungan dia dan Yoongi seperti anjing dengan kucing.

Ha, kucing tu Yoongi, anjing tu Raewon lah.

“Balik nanti awak free?” Jungkook terkenal sebab tutur bahasanya yang lembut. Ditambah lagi dia aktif dalam sukan dan akademik. Hensem pulak tu. Memang husband material betul!

“Free!” Jungkook ketawa sambil mengusap kepala Raewon. Geram dia tengok kecomelan Raewon. Dia dan Raewon dah kenal sejak sekolah rendah lagi. Sampai ke tahun terakhir sekolah pun mereka sekelas. Cuma Raewon jaga jarak sebab Jungkook ni banyak peminat finatik.

Tapi kalau dengan Yoongi, mereka kenal sejak kecil. Ibu bapa mereka juga kawan dari sekolah menengah. Jadi dari kecil sampai ke besar lah mereka berjumpa. Tapi di sekolah mereka tidak sekelas sebab Yoongi tua setahun.

Yang menyebabkan Min Yoongi tu tidak habis sekolah sebab dia asyik mengulang je. Tu yang tak habis-habis tu.

Apa yang menyebabkan hubungan mereka bagaikan anjing dengan kucing?

Mari saya ceritakan.

“Yoongi oppa, tengok ni saya bawa apa!” Raewon yang masih berumur 5 tahun itu berlari terkedek-kedek mendekati Yoongi yang sedang sibuk bermain dengan patung power rangersnya.

Tiba-tiba kaki Raewon tersandung dan terus menghempap tubuh Yoongi. Apa yang parah, bibir mereka bersentuhan.

“Kita berciumlah!” Yoongi terus bangun sambil membantu Raewon. “Apa jadi?” tanya Raewon dengan wajah polosnya. Benda buruk akan berlaku ke? Berlaku letupan nuklear ke?

“Mommy cakap, kalau lelaki cium perempuan, nanti ada baby kat sini.” Tangan Yoongi terus menunjukk ke perut Raewon. Raewon mula menangis, dia tidak mahu ada baby, sudah lah dia tu baby. Raewon terus berlari meninggalkan Yoongi yang ketawa.

Dari kecil sampai besar Yoongi mengingatkan Raewon jika nanti ada baby dalam perut Raewon.

Sejak itulah, Cho Raewon rasa annoying dengan Min Yoongi.














Yoongi marry me????

(✔) Future | •MYG•Where stories live. Discover now