°∘∘6∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Qay.." Telapak tangan Fareez menampar perlahan belakang tubuh Qayyum. Muka jejaka itu tersembam di meja. Bunyi nafasnya jelas sedang tenang dibuai mimpi.

"Qayyum—" Baru saja Fareez hendak meneruskan niat mengejut Qayyum, bebola matanya jatuh ke atas sehelai kertas. Dan kertas tersebut ada didalam genggaman tangan Qayyum.

Dengan perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Fareez cuba mengambil kertas itu. Dia hanya berharap yang Qayyum tak akan sedar ketika ini. Sebab dia betul-betul hendak tahu, mengapa Qayyum begitu nampak lain macam sejak kebelakangan ini.

Selalunya Qayyum akan pulang ke rumah dulu sebelumnya, tetapi dia pula yang awal balik sekarang ni. Bukan setakat itu, asyik menghadap meja kerja yang penuh dengan kertas serta laptop accessories. Nak kata ada misi, jadualnya takdalah padat mana.

Fareez berjaya mengambil kertas tadi dari genggaman Qayyum. Nafas dihela lega. Dia membuka lipatan kertas itu dan bersedia hendak membaca isi dalamnya.

'To be in someone's gallery is lucky, but to be in someone's prayer is priceless..'

'Hanya nama si dia, Khalisa Fredella.'

Hening. Sepi. Dalam masa yang sama jiwa Fareez tidak tenang apabila nama penuh yang tertulis itu dibaca. Mengapa dia tidak tenang? Kerana suara-suara di dalam otaknya mula bergema. Qay.. sukakan Cik Della? Sama kan nama ni dengan nama Cik Della? Qay tahu, atau buat-buat tak tahu yang Tengku Uqael tu siapa sebenarnya pada Cik Della?

Pantas kertas itu kembali diselitkan di celah-celah jari Qayyum. Dia terlalu letih untuk memikirkan apa yang tersirat di dalam diri Qayyum sekarang. Sudahlah pula pukul 4 pagi.

"Qay, bangun Qay—" Kali ini Fareez menampar belakang tubuh Qayyum beberapa kali, tujuan untuk mengejutkannya.

"Hmm,..." Nada serak basah bangun tidur Qayyum telahpun menyahut. Wajahnya masih tertekup namun dia masih dengar Fareez menyapa.

"Bangunlah. Basuh muka apa yang patut." Fareez menyorok rasa gusar. Bila ada masa nanti, dia memang akan soal jawab berdepan dengan Qayyum. Dia juga perlukan rehat sekarang.

Sehingga selesai Qayyum menegakkan tubuh Fareez tunggu. Apalah agaknya si Qay ni pendam? Ya, dia masih tertanya-tanya.

"By the way.."

"Hari ni off day untuk kau. Tuan Muda Khalaf tak masuk ZM, aku je kena ke markas." Beritahu Fareez mendatar.

Qayyum masih mamai, tetapi dia tertarik sedikit mendengar perkataan 'off day' tadi. Automatik matanya terbuka luas.

"Kalau Tuan Muda Khalaf takda, Tuan Muda Khaleef mesti ada. Taknak lah off day. Duduk rumah pun bukan buat apa." Qayyum mengeliat beberapa saat. Mujur kerusi yang diduduknya empuk. Selesa walaupun tertidur.

"Dua-dua Tuan Muda takda, Qay. Aku bagitahu kau off day pun sebab Tuan Muda Khalaf yang suruh sampaikan. Kau nak bantah cakap dia?" Fareez menutup mulutnya yang sedikit terbuka akibat menguap. Dah 4 pagi ni, dapat lelap pun 2-3 jam je, nak berbual panjang pun tak kena juga.

"Kenapa pula dua-dua sekali takda? Any urgent case?" Soal Qayyum serentak ternaik alis keningnya. Jarang sekali dia dapat off day.

"Nanti lah aku bagitahu. Ngantuk ni oi. Satu kerja pula aku nak berborak dengan kau pagi buta ni." Fareez memasamkan wajah. Dia menggunakan ekor matanya sahaja sebelum beredar keluar dari ruangan meja kerja Qayyum itu.

"Selamba je apek ni. Dahlah baju berbau hanyir dengan darah. Dah macam kerja forensik." Qayyum mengomel serentak bangun dari duduk. Jauh di dalam sudut fikirannya dia lega juga mendapat cuti. Lega apa! Sangat lumayan, boleh kira berapa kali saja dia pernah dapat off day selama ini.

 Lega apa! Sangat lumayan, boleh kira berapa kali saja dia pernah dapat off day selama ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan masih basah dengan air wuduk. Bibir Qayyum terkumat-kamit membaca doa. Usai saja dia dikejutkan tadi terus masuk kedalam bilik dan mengambung melelapkan mata. Sekarang, jarum jam di dinding biliknya sudah bergerak ke pukul 6:15 pagi. Selesai solat subuh awal, dapatlah dia menyambung sesi tidur, ye tak?

TOK

TOKK

Pintu biliknya diketuk dari luar. Dan Qayyum sudah pasti tuan empunya adalah Fareez. Dengan segera dia meng-aminkan doa. Qayyum bangun lalu terus membuka pintu.

"Apa pasal?" Selagi dia masih bujang, selagi itulah setiap pagi dia perlu berhadapan dengan wajah berkacukan cina ini.

"Aku tak ganggu kau solat kan? Jum cakap dekat luar sekejap. Sebelum aku gerak." Ajak Fareez tegas.

Qayyum perhatikan Fareez atas hingga bawah. Ya, sahabatnya itu sudah berpakaian lengkap dan tidak berbau hanyir darah lagi. Harapnya keluar dari rumah ni tak bunuh orang lah.

"Macam penting je?" Qayyum terus mengatur langkah keluar dari bilik.

Fareez hanya senyum nipis. Dia turut mengikut langkah Qayyum. Mereka turun ke tingkat bawah. Menuju ke ruang tamu. Berbual sambil berdiri memenatkan juga, baik duduk.

"Hm, apa dia?" Soal Qayyum sambil menyandarkan tubuh tegapnya kebelakang. Anak matanya tepat memandang Fareez.

"Aku.." Fareez sudah berfikir masak-masak. Dia perlu tanya juga untuk mengelakkan masalah buruk berlaku.

"Aku nak tanya kau. Tapi aku nak jawapan yang jujur dari kau." Wajah Fareez bertukar serius dan membuatkan Qayyum sedikit tertanya.

"Soalan apa pula ni? Soal hidup mati ke? Kalau soal mati kalau boleh biarlah di tangan Tuhan je. Taknak tangan kau." Qayyum meraup rambutnya yang masih lembap dengan air wuduk.

Dia kalau aku serius macam mana sekalipun, memang jantan ni akan main-main. Fareez menyumpah jejaka itu di dalam hati.

"Straight to the point, Darwish."

Mendengar nada tegas Fareez, sengihan Qayyum memudar sedikit. Baiklah.

"Ya, tanyalah cepat." Balas Qayyum dan kembali fokus.

"Kau.. tahukan siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean, her relationship?" Takkan lah Qay taktahu, dah kecoh sana sini. Takkan mamat ni butakan mata dan telinga.

"Fareez—" Tubuh Qayyum kembali kedepan, wajahnya jelas tampak tidak senang. Dia ada baca apa-apa atas meja aku ke semalam?

"Be honest, Qayyum." Fareez cuba menenangkan jejaka itu. Dia tak mahu terlalu memaparkan riak wajah terkejut dengan semua itu. Dia mahu Qayyum tenang sambil jujur kepadanya.

"Aa-aku," Tiada pilihan. Kerana Qayyum masih ingat apa yang Fareez katakan sebelum ini, Fareez tahu yang dirinya berbeza sekarang. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi dia harus menanggung banyak risiko. Kerana Fareez adalah antara anak buah yang rapat dengan Tuan Mudanya.

"Da-dah lama. Aku simpan dah lama, Reez. Tapi tolong—"

"Aku akan tolong." Fareez menghentikan respon Qayyum. Hujung bibirnya ternaik mengukir senyuman.

"Hah??" Semakin gusar Qayyum apabila reaksi sahabatnya begitu. Kau nak tolong aku? Dia belum jujur sepenuhnya lagi.

"Tapi aku nak kau jawab sepenuhnya soalan aku, and I will make sure you will get what is yours." Tambah Fareez lagi.

Qayyum agak confuse, dia takut dengan kejujurannya namun senang hati mendengar jawapan Fareez.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now