26

229 24 2
                                    

Melihatkan Ayra yang berselera makan nasi goreng masakkan Arya membuatkan Arya tersenyum puas hati. Punya terleka tatap sang isteri di hadapannya, nasi gorengnya sendiri di dalam pinggan tidak terusik.

Lama kelamaan Ayra mula menyedari akan tingkah Arya itu. Dia mula melirih ke arah pinggan Arya.

" Kenapa Arya tak makan nasi goreng tu ?"soal Ayra.Mata dihalakan ke arah sang suami.

" Hah ? " Arya tercengang. Dia memandang sekilas ke dalam pinggannya.

Ayra masih menantikan jawapan Arya.

" Ermm dah kenyang tengok Ayra makan..."kata Arya sambil tersenyum manis.

Ayra menguntum senyuman juga.Eleh suami aku ni nak buat sweet pulak. Ayra mula menggeleng.

" Makan la juga. Arya pun perlukan tenaga. Kalau Arya sakit nanti macam mana ? Siapa nak jaga Ayra ? "

" Erm yelah...Arya makan..." akur Arya seraya mula menjamah nasi gorengnya.

Ayra tersenyum melihatkan Arya yang mula makan nasi gorengnya. Kiut aje dengar cakap aku macam budak - budak.

" Erm Arya..."

Automatik tatapan mata Arya mula tepat ke arah Ayra. Pantang saja dipanggil.

" Ermm...terima kasih..."ucap Ayra.

Arya sedikit tercengang. Kenapa tetiba terima kasih ?

" Terima kasih sebab ada dengan Ayra...lepas ni apa - apa saja yang berlaku...kita hadap sama - sama eh ? "

Baru Arya mengerti. Dia mula menyentuh tangan Ayra yang terletak di atas meja.

" Ya kita hadap sama - sama..." balas Arya bersama senyumannya.

✿✿✿
Ketidak hadiran Ayra dan Arya ke sekolah hari ini sedikit sebanyak mengundang tanda tanya pada Dareena. Hmm asal diaorang ni tak datang lagi ? Sama-sama pula tu ? Tidak senang duduk Dareena dibuatnya. Ditambah pula bila dia bertanya pada guru kelas mereka, dia mendapat jawapan yang tidak meyakinkan. Diberitahu bahawa Arya dan Ayra bercuti buat sementara waktu atas sebab - sebab yang tertentu.

" Dah kenapa nak kena cuti sama - sama ? Dah macam suami isteri pulak !"bentak hati Dareena tidak berpuas hati.

Dareena mula bergerak keluar daripada bilik guru tadi setelah menolong satu guru yang baru selesai mengajar di kelasnya. Kebetulan datang ke bilik guru lah yang dia terus bertanya soal Arya dan Ayra. Dia agak kecewa dengan jawapan yang dia dapat.

Bukk !

Leka melayan perasaan sakit hatinya, dia tidak sengaja terlanggar dengan Nufael.

" Ish buta ke apa ?"tempik Dareena tidak semena - mena.

Nufael tergeleng kecil. Eh minah ni....dia yang langgar aku, aku pula yang ditengkingnya ?

" You ni dah kenapa ? You yang langgar I okay..." kata Nufael.

Dareena mencebik. Dia termalu sendiri jadinya.

" You buat apa dekat sini ? Ponteng kelas ke ?" teka Nufael.

Dareena menjeling.

" Banyak lah you ponteng ! Hmmm I tolong cikgu la tadi..."

" Ohh..."

Malas dia berlama - lama di situ bersama Nufael.Dareena mula ingin melangkah semula. Begitu juga dengan Nufael. Namun tiba - tiba tindakan Dareena terhenti. Dia malah memanggil Nufael semula.

" Nufael kejap ! "

Nufael menoleh. Wajah menyampah ditayangnya. Apa lagi lah minah ni nak ?

" Apa lagi you ni?" Dilihat Dareena yang mengatur langkah ke arahnya semula.

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now