21

186 24 12
                                    

Pintu pagar automatik mula perlahan - lahan terbuka. Nufael spontan menoleh. Senyuman yang pada mulanya terhias mula terhapus perlahan - lahan. Wajahnya mula beriak sedikit hampa.

Arya pula mula berdiri berlagak di hadapan Nufael kini sambil berpeluk tubuh.

" Kau buat apa dekat sini ? " soal Nufael. Amboi mamat ni siap duduk dalam rumah Ayra lagi ?

Arya tersenyum sinis mendengar pertanyaan Nufael itu. Eh aku silap dengar ke apa ? Sepatutnya aku yang tanya macam tu dekat dia kan ?

" Kau tu yang buat apa dekat sini ? "soal Arya pertanyaan yang sama.

" Aku nak jumpa Ayra...aku nak teman dia..." jawab Nufael selamba. Langsung tidak tahu malu.

Arya tertawa kecil jadinya.

" Hmm Ayra tak perlukan kau...dia dah ada aku...so kau...boleh berambus dari sini..." kata Arya sambil mengangkat tangannya dan memmbuat gaya menghalau.

" Kau siapa nak halang - halang aku ? "balas Nufael masih tidak mahu menyerah. Dia mula melangkah ke hadapan lebih dekat dengan Arya. Pandangan tajam yang menikam tidak dilupakan.

" Aku suami Ayra..." itu hanya terlafaz di dalam hati Arya. Masih belum masanya untuk Arya mengungkapkan itu semua.

" Kalau setakat boyfriend dia...kau tak payah nak acah bagus sangat lah ! "bentak Nufael lagi.

" Kau apa hal ? Kau memang susah nak move on ke hape ? "balas Arya juga.

" Aku nak hak aku balik ! " kolar baju Arya mula dicengkam erat oleh Nufael.

" Hak apa ?!" satu suara mula menyapa.

Tersentak Arya dan Nufael. Mereka berdua mula menoleh ke empunya suara. Terlepas seketika cengkaman kolar baju Arya.

Ayra mula melangkah mendekati mereka berdua. Dia mula berdiri di sebelah Arya.

" Awak nak apa lagi Nufael ? "soal Ayra dengan suara  mendatar.

Nufael sedikit lega melihat Ayra di hadapan matanya kini.

" Ayra...Ayra okay ? " soal Nufael mula ingin menyentuh tangan Ayra.

Namun pantas saja Ayra mengelak.

" Please stop it Nufael...awak jangan macam ni boleh tak ?"hambur Ayra.

Arya hanya terdiam di sisi Ayra waktu itu. Sengaja memberi ruang untuk Ayra yang selesaikan masalah ini.

" Ayra please..Fael masih sayangkan Ayra...Fael dah break dengan Dareena...Tolong bagi Fael peluang kedua...Break dengan mamat pendek ni...balik pada Fael..."rayu Nufael.

Ayra menggeleng pantas. Arya di sisi sudah menggengam erat penumbuknya. Geram apabila Nufael sempat lagi kutuk dirinya pendek.

" Apa yang Fael cakap ni ? Fael dah gila ke hah ? Ayra tak boleh bagi Fael peluang kedua....Ayra takkan pernah tinggalkan Arya..."kata Ayra. Dia mula menggenggam tangan Arya.

Nufael menghembus nafas berat melihat tindakan Ayra itu.

" Kenapa ? Apa yang hebat sangat budak pendek ni ? "kata Nufael lagi. Pandangan jijik dilemparkan pada Arya.

Ehh dia ni dah melebih ! Pendek , pendek jangan main ahh.

" Dia lebih baik daripada Fael....dan Ayra takkan tinggalkan dia untuk Fael...sebab Ayra sayangkan dia...Dan Ayra memang hak dia yang sah..."

" Apa maksud Ayra ni ? Fael tak faham lah..."Nufael semakin terpinga.

Ayra menarik nafasnya dalam - dalam. Arya di sisi juga sedikit pelik. Apa yang Ayra cuba buat ni ?

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now