17

170 25 1
                                    

Ayra masih menantikan kehadiran Arya disebabkan dia harus menukar pakaian terlebih dahulu sebelum balik. Dia menantikan Arya di perkarangan sekolah belah hadapan.

" Ehem..."seseorang mula berdehem mengalihkan perhatian Ayra.

Ayra sedikit kekok bila melihatkan si gerangan. Hmm kenapa dia ada dekat sini ? Ish mana Arya ni...

" Ayra sihat ?"soal Nufael.

Ayra sedikit terdiam seraya mengangguk kecil. Mulutnya masih terkunci rapat.

" Ermm Ayra...hmm Fael rindu..."luah Nufael tetiba.

Ayra sedikit tersentak. Hmm ? Nufael rindu ? Rindu siapa ? Aku ?

" Fael rindukan hubungan kita..."

Ayra terkelu jadinya.

" Honestly... Fael masih sayangakan Ayra...."kata Nufael lagi.

" Apa yang Fael cakap ni ? Fael dah ada Dareena kan ?"kata Ayra akhirnya.

Nufael terdiam seketika.

" Fael dah lupa ke ? Fael juga yang buat kita jadi macam sekarang ni  kan ? " kata Ayra lagi. Dia juga tidak mahu memendamkan lagi apa yang dirasanya apabila ditinggalkan dan dikhianati oleh Nufael tempoh hari.

" Hmm Fael minta maaf Ayra...Fael menyesal...Fael tak sedar yang selama ni Fael ikhlas sayangkan Ayra bukannya Dareena...."jelas Nufael.

" Hmm dah terlambat kau nak menyesal sekarang pun...."satu suara mula mencelah.

Ayra dan Nufael masing - masing mengalihkan pandangan ke arah empunya suara.

Kelihatannya Arya mula melangkah mendekati mereka berdua. Dia mula berdiri di sebelah Ayra. Ayra sedikit terkelu. Sejak bila Arya ada dekat sini juga ? Mesti dia dah dengar semuanya kan ?

" Untuk pengetahuan kau...Ayra sekarang dengan aku....dia hak aku...so kau jangan nak merayu nak explain bagai semua benda dekat dia macam ni...Hmmm jom balik Ayra..."Arya memberi amaran seraya mula menarik pergelangan tangan Ayra untuk mengikuti langkahnya.

Nufael mengetap bibirnya kejap. Dia hanya mampu melihat Arya yang melangkah pergi bersama Ayra itu.

" Hmm setakat boyfriend dia....kau jangan nak berlagak sangat lah Arya...Aku masih ada peluang untuk rebut dia daripada kau...."desis hati Nufael.



Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Arya hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak berbicara dengan Ayra soal Nufael. Ayra rasa sedikit terasa bila Arya seakan - akan tidak mengendahkan dirinya dan macam merajuk aje mamat pendek ni.

" Ermm Arya....kau.....merajuk ke dengan aku ?" soal Ayra.

Arya mendengus kecil.

" Hmm aku nak tidur kejap....dah sampai kejutkan aku..." Arya mula mengelak lagi seraya menyandarkan tubuhnya lalu memejamkan mata.

" Hm sah ! Memang merajuk lah tu..."desis hati Ayra turut sama menyandarkan tubuhnya. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.

Hmm balik - balik aku aje yang kena. Bukannya aku yang cari pasal tapi diaorang yang kacau aku....

✿✿✿

Sehingga malam, Arya masih mendiamkan diri. Langsung tiada tanda - tanda hendak bercakap dengan Ayra. Kalau tak ada juga yang nak diajak berdebat dengan Ayra. Ni yang buat Ayra risau.

Ayra mundar mandir seorang diri di dalam biliknya. Hmm macam mana eh aku nak pujuk mamat pendek ni sorang? Haish mati kutu aku macam ni....

Tetiba kedengaran pintu bilik hendak dibuka, automatik Ayra melompat atas katil dan acah - acah tidur meniarap dibuatnya. Perangai lah budak ni !

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now