19

190 26 2
                                    

Nufael hanya termenung saja memikirkan plan apa yang harus dibuatnya demi mendapatkan Ayra semula. Dia tidak akan mahu kalah dengan si Arya. Dalam pada memikirkan itu, dia hampir terleka yang dia sudah ada Dareena di sampingnya.

" Nufael.." panggil Dareena.

Namun Nufael masih saja termenung.

" Nufael ! " panggil Dareena lagi sedikit keras.

Automatik Nufael tersedar. Dia mula memandang Dareena.

" You kenapa eh ? Sejak akhir - akhir ni macam hilang fokus pada I ? " soal Dareena akan persoalan yang dah lama bermain di mindanya.

Nufael sedikit terdiam. Agak lama dia hanya memandang Dareena tanpa riak.

" I want to break up with you..."lafaz Nufael tiba - tiba.

Dareena mula tersentak mendengarkan ucapan Nufael itu. Namun lama kelamaan dia tertawa sinis. Nufael pula sedikit terpinga.

" Kenapa you ketawa ? I'm serious okay ? I nak break up dengan you Dareena..." ulang Nufael lagi. Dia dah mula menyampah dengan perangai Dareena.

Hmm disebabkan Dareena la, hubungan dia dengan Ayra kacau sampai macam ni...Kalau lah dia tak bodoh ikut semua plan Dareena daripada mula. Semuanya takkan jadi macam ni ! Mesti dia dah bahagia dengan Ayra.

" I dah lama agak yang you akan minta break up dengan I...sebab apa ? Sebab you sayang dan cintakan Ayra...bukannya I lagi kan ? Am i  right ? "kata Dareena sinis. Langsung tidak sedih sedikit pun. Dia dah ready lama dah untuk dengar pengakuan Nufael ini.

Nufael sedikit terdiam.

" I'm sorry...I tak boleh tipu diri I...i don't love you anymore Dareena..."jujur Nufael. Dia mula bangun daripada duduknya seraya berlalu meninggalkan Dareena begitu saja.

Dareena menggenggam erat penumbuknya. Kenapa semuanya tergila - gilakan Ayra sangat hah ? Apa kurangnya aku dan apa lebihnya Ayra ?




Tak lekang - lekang senyuman Ayra apabila dia teringatkan Arya yang memeluknya ketika tidur sepanjang malam semalam. Alahai sweet aje rasa. Aduhhh aku dah angau teruk ni. Sumpah aku dah mula jatuh cinta dekat Arya. Tak salah kan ? Dia suami aku kot.

Tapi..

Arya betul - betul ikhlas ke kahwin dengan aku ? Dia pun akan ada perasaan yang sama ke dengan aku ? Hmmm atau Dareena masih lagi bertahta dekat hati dia ?

Tetiba terlihat Dareena masuk ke dalam kelas waktu itu. Dia pergi toilet tadi rasanya. Sepanjang Dareena bergerak menuju ke tempatnya, matanya tak lepas - lepas melihat ke arah Ayra. Pandangan yang penuh kebencian dilemparkannya.

Ayra turut sama menjeling ke arah Dareena. Tengok - tengok aku apa entah ? Nak ajak gaduh ke ?

Tak lama lepas tu, Arya pula yang memunculkan diri masuk ke dalam kelas. Dia keluar sekejap tadi, pergi jumpa cikgu apa entah.

Sepanjang perjalanan ke meja, Arya tersenyum kecil ke arah Ayra. Ayra pula yang blushing teruk. Dareena di sebelah sudah menayangkan wajah menyampah melihat mereka berdua.

" Kau tunggu lah Ayra...aku akan buat kau merana lepas ni..."desis hati Dareena mula memikirkan sesuatu rancangan jahat.

✿✿✿

Langkah yang diatur mula terhenti. Ayra sedikit terpinga.

" Hari ni kau tak payah teman aku latihan...kau balik lah rumah dulu..."kata Arya.

" Alaa...kenapa ? Aku nak teman kau..."

Arya sedikit terdiam. Hmm aku tak nak Ayra teman aku sebab aku tak suka Nufael asyik pandang - pandang dia nanti.

 My Sweet Mr. Short ! Where stories live. Discover now