°∘∘5∘∘°

Comincia dall'inizio
                                    

"Tak kut. Aaren aje. Aku nak ke lobby." Mendatar Qayyum menjawab. Tanpa menunggu respon gadis itu, dia terus mengatur langkah.

"Oi—" Sekali lagi sapaan Warda menghentikan Qayyum.

"Kat lobby tu takda yang menarik pun. Apatah lagi benda yang kau minat. Mana beg kesayangan kau? Selalunya merata aje buat kerja terkutuk tu." Warda membebel turut terselit dengan perliannya. Dia membalas renungan tajam Qayyum dengan wajah yang selamba. Betul apa kerja terkutuk? Hack sindiket sana-sini.

"Cakap dengan cermin agaknya. Macam GLOCK yang dekat poket kau tu tak pernah cabut nyawa orang." Qayyum malas hendak bawa beg galasnya. Cukuplah dia masuk bertugas ke ZM pada pukul 3 pagi pada hari ini. Otak memerlukan ruang.

"Biarlah takda benda menarik pun. Mana tahu jodoh sampai, terus aku bawa jumpa dengan ummi aku." Sempat dia menyelit dengan kata-kata itu sebelum kembali berpaling kedepan. Laju beredar dari situ sebelum menuju ke lobby.

Warda diam. Tak mampu hendak berlawan mulut lagi dengan jejaka itu. Tersentak juga dengan bidasan yang diberi tadi, tak ke kerja mereka sama-sama berbahaya?

 Tersentak juga dengan bidasan yang diberi tadi, tak ke kerja mereka sama-sama berbahaya?

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Qayyum mengeluh berat. Agaknya memang betul-betul Si Aaren tu nak sidai dia sampai tengah malam disini! Dari pukul 10 pagi tiba, sekarang sudah lanjut ke 12:30 tengahari.

Sempat dia melayari internet beberapa minit yang lalu tadi. Mencari akaun sosial media Uqael pun selesai dihujung jarinya sahaja.

Qayyum meletakkan kepalanya di atas sofa baldu itu secara mendongak ke atas. Lampu-lampu mahal yang penuh di atas sana direnung lama.

"Tengku?" Bibir Qayyum ternaik mengukir senyuman nipis. Namun senyumannya memudar sebaik sahaja bayangannya di atas sana berubah.

Dari wajah Uqael, bertukar ke senyuman manis Cik Mudanya. Terbayang penyebab senyuman itu semuanya datang dari Uqael.

"Qay—"

Automatik kepala Qayyum ternaik. Menghadap tuan empunya yang menghentikan lamunannya tadi.

"Ya-ya.. Cik Della." Qayyum bangun. Dia masih hormat akan gadis itu.

"Lama tunggu Aaren?" Dapat Fredella lihat dengan jelas riak wajah tersentak jejaka itu.

"Takda lah lama. Dah selesai ke Cik Della? Aaren mana?" Qayyum masih mampu mengawal kekok. Matanya sempat memandang sepintas lalu pemakaian Fredella.

Selalunya, gadis itu akan mengenakan pakaian seringkas ini hanya ketika dia sedang menjalankan misi. Berjaket hitam serta berseluar cargo slacks.

"Aaren dah tunggu saya dekat kereta saya. Dia ada bagitahu awak tak yang saya perlu ke Theta's Holding harini?" Lama juga dia tak bersua dengan Qayyum akibat pertengkaran kelmarin itu. Namun dia bukan sesiapa untuk menghukum Qayyum.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGDove le storie prendono vita. Scoprilo ora