𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟑𝟎

शुरू से प्रारंभ करें:
                                    

"Mabuk?" kata Qaswar seraya membelok ke kiri untuk keluar dari kawasan persimpangan rumah sewaku.

Jariku menunjuk ke arah baju Qaswar dan bajuku sendiri. Dia memandangku dengan pelik.

Mendiamkan diri saja.

"Baju kita sedondon. Black purple." kataku ceria.

Sebaris gigi cantik milikku aku tayangkan. Cantik kan? cantik kan? gigi kita macam nayeon.

Qaswar kacak mengenakan baju melayu berwarna black purple dan aku pula mengenakan abaya dari Hijabista hub sama seperti warna baju Qaswar.

Jodoh gesss.

Kalau tak sabar, aku paksa je tok kadi kat rumah Atisha untuk nikahkan aku dan Qaswar.

Cakap macam ni.

'Saya dah tak sabar untuk dihalalkan, apa kata tok kadi nikahkan saya dan Qasayang sekarang juga! tak tunaikan saya libas tengkuk tok kadi dengan tangan saya sendiri!'

Pergh! Boleh! boleh.

"Tema Alvin, purple." Balasnya ringkas.

"Soft purple anje, not black purple!" kenyitku.

"Anje hotak kau!" Gumam Qaswar keras.

Aku hanya tersenyum.

Beliau ini asyik nak melenting aje. Darah tinggi kang.

Diam.

Keadaan menjadi hening sebelum aku sendiri yang bersuara kembali. Mahu tunggu Qaswar yang mulakan, tunggu semut ada sayap gamaknya.

"Awak rasa orang yang stalk saya tu berniat nak culik saya ke?" Soalku.

Kejadian beberapa hari lepas, buat kepalaku serba serabut. Walaupun tiada apa apa yang buruk berlaku.

Kata Qaswar orang itu cuma memantau tapi entah lah, rasa risau itu tetap ada. Motif? itu menjadi persoalan aku sendiri.

"Kau fikir kau anak raja ke sampai nak kena culik bagai?" kata Qaswar dengan nada agak kasar.

Serta merta mukaku berubah muram.

"Jangankan anak raja, papa saya pun dah hilang bertahun.." gumamku sendiri.

Aku memilih untuk membuang pandangan ke sisi. Tiba tiba hati terasa sayu. Jangan main topik keluarga, saya tak kuat.

Lemah!

Qaswar terdiam sendiri dengan ketelanjurannya.

Mengerling Marissa yang sudah berdiam diri dengan membuang pandangan keluar tingkap. Raut wajah Marissa, tenang tanpa riak.

Kosong.

Untuk beberapa minit keadaan menjadi sunyi sepi.

Masing masing melayan perasaan sendiri.

Tiga minit.

Enam minit.

Qaswar sudah mengeluh.

Bertindak mengeluarkan sesuatu dari poket baju melayunya.

Poket doremon.

"Nah."

Suara garau itu menarik perhatianku, aku memusingkan kepala ke bahagian pemandu. Qaswar hanya fokus dengan pemanduannya sementara sebelah tangannya terhulur kepada aku.

"Untuk saya ke?" Soalku lembut.

Dia menjatuhkan kepala.

Tanpa berfikir panjang kitkat mini itu aku sambut. Mendiamkan diri merenung kitkat itu sebelum bibirku perlahan lahan mengorak senyum.

HELLO QASWARजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें