BAB 1

105 8 1
                                    

"I'M home..." buka saja daun pintu Farid menjerit lantang. Mata melilau ke sekeliling mencari kelibat seseorang.

Melihatkan tiada sesiapa yang menyambut kepulangannya kaki segera diatur menuju ke arah dapur. "Baby... Where are you...?" jerit Farid lantang.

Melihatkan tiada sahutan daripada orang yang di cari, langkah dibuka pula menuju ke tingkat atas. Sudah pasti yang ditujui adalah kamar tidur.

Buka saja daun pintu bilik, Farid sekali lagi melaung lantang. "Baby... Where are you? I dah balik ni. Mana you menyorok ni, sayang?" bebola mata dah melilau ke segenap penjuru bilik.

Bunyi pancuran air yang datangnya dari kamar mandi mengamit sistem pendengaran Farid. Bibir mulai menguntum sebuah senyuman.

Tak semena-mena pakaian yang tadinya tersarung kemas di tubuh sasanya dibuka kasar dan dicampakkan ke atas birai katil. Usai itu Farid laju melangkah luas mendekati pintu kamar mandi.

Tombol pintu dipulas secara perlahan-lahan. Tak betah menunggu lagi, Farid segera meloloskan diri masuk ke dalam kamar mandi itu secara senyap.

Tirai yang tadinya elok menutupi tub mandi ditarik perlahan-lahan. Bibir tak henti mengukirkan senyuman lebar apabila mata dah menangkap batang tubuh si kekasih hati yang kelihatan leka bermain dengan buih sabun.

Dengan langkah perlahan, Farid segera masuk ke dalam tub mandi bersaiz sederhana itu. Tubuh sang kekasih hati dipeluk seerat yang mungkin. Merapatkan lagi ruang diantara mereka berdua. Ciuman hangat sempat dilabuhkan di batang leher si kekasih yang terdedah.

"Argh..." Andy yang tersentak dengan kehadiran Farid secara tiba-tiba itu terjerit kecil. Tubuhnya cuba di pusingkan menghadap Farid, namun pelukan erat Farid membataskan pergerakannya.

"I miss you," penuh romantis Farid menuturkan bicara. Tangan dah ligat meraba-raba seluruh anggota tubuh Andy yang sedang berbogel tanpa seurat benang. Sama persis seperti dirinya kini.

"Bila you balik sayang?" soal Andy manja. Kepala dilentokkan selesa di dada bidang milik Farid.

"I baru je sampai. I cari you dekat bawah tadi, tapi you takde. Tak sangka rupanya you tengah main buih dekat atas ni," jawab Farid.

"I bukan main buih tapi I tengah ber 'me-time'. Tapi tengoklah sekarang you pulak kacau I tengah nak relaks. Bencilah macam ni," cebik Andy manja.

"Next time jelah you ber 'me-time' tu. Sekarang apa kata you layan I je," ucap Farid. Tangan dah ligat meraba-raba alat sulit milik Andy. Dasar!

"Sayang... Jangan lah..." tolak Andy mengada.

Saja dia mahu bermain tarik tali dengan Farid. Bila bersama Farid mana mungkin Andy mampu menolak permintaan lelaki itu kerana dia sendiri juga dahagakan sentuhan dan belaian lelaki itu terhadap tubuhnya.

"Please baby..." rayu Farid yang sudah tidak mampu menahan gelodak nafsunya itu.

"Semalamkan I dah layan you. Takkan hari ni pun I nak kena layan you? Penat semalam pun tak habis lagi tau…" rengek Andy. Kalau sesiapa yang mendengarnya pasti akan muntah hijau.

"Kalau dengan you, I takkan pernah puas baby. Please layan I..." rayu Farid.

"Not today sayang," ujar Andy. Sengaja mahu menduga Farid.

Farid yang geram dengan penolakan yang diterima dari Andy mula merengus kasar. Tubuh Andy yang dipeluk kejap sebentar tadi segera dipusingkan.
Tersentak Andy dengan aksi spontan Farid. Mata dah terbeliak besar.

Pusing saja tubuh Andy, tanpa bicara Farid lekas meragut kasar bibir jejaka itu yang sedang terbuka luas.

Andy yang pada asalnya menolak ciuman yang diberikan oleh Farid kepadanya akhirnya perlahan-lahan membalas ciuman yang penuh keghairahan itu.

Dia Suamiku [E-BOOK] Where stories live. Discover now