°∘∘1∘∘°

Começar do início
                                    

Tengku Uqael? Nama si gerangan yang disebut Fareez itu menarik perhatian Qayyum. Terangkat alis kening dia mendengar pernyataan tersebut.

"Dahlah. Berambus cepat dari bilik aku." Qayyum mengusir Fareez. Sengaja dia menolak pintu bilik hingga hampir terkatup.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Honda Jazz hitam miliknya diparkir bersebelahan dengan sebuah kereta mewah berjenama MINI Cooper merah. Sambil dia mengambi sesuatu di seat belakang, kereta itu tetap diperhatikan. Kemudian, Qayyum keluar dari perut kereta seraya menggalas beg kerja di belakang tubuh.

"Ada hal penting ke Cik Della kat sini?" Kata terakhirnya sebelum dia berlalu memasuki bangunan setinggi 15 tingkat ZM'S COMPANY.

Bilik khas atau lebih kepada tempat Qayyum bersendiri menjalankan tugasnya sebagai penggodam, hanya dia seorang saja yang boleh masuk. Bauan vanilla yang terhasil dari setiap sudut bilik sungguh menenangkan.

Pintu ditutup rapat. Qayyum menarik kerusi kerja serentak meletakkan beg galas yang terisi laptopnya. Lampu putih yang menerangi ruangan bilik tersebut ditukar kepada warna yang agak gelap. Itulah rutinnya setiap kali hendak memulakan sesuatu kerja. Tidak suka berada dibawah tempat yang terang.

Usai Qayyum menyusun dan menyediakan bahan kerja, hoodie kesayangannya yang tersangkut pada kepala kerusi disarungkan pada tubuh. Suhu bilik ini sudah cukup untuk membuat dia membeku.

Sememangnya dia suka memakai hoodie tersebut apabila sedang menjalankan aktiviti mencipta dan mengubah suai perisian The Locos sebagai seorang penggodam tercekap.

1 jam berlalu. Tenang Qayyum menjalankan aktiviti kesukaaannya. Jari-jari dia pantas bermain di atas papan kekunci laptop. Terkumat-kamit bibir lelaki itu membaca setiap perisian.

"Qay—"

Tersentak kecil Qayyum mendengar ada seseorang menyapa. Lelaki itu menoleh wajahnya memandang tuan empu yang membuka pintu.

Aaren melihat anak mata Qayyum yang tepat dan tajam memandangnya atas bawah. Kadang-kadang, seram tengok Si Qay ni! Dengan kepala hoodie nya masih tersarung. Bilik gelap macam bilik hantu. Hanya cahaya yang terpancar dari laptop dan bahan kerjanya yang lain mencerahkan bilik itu.

"So-sorry.. sorry." Aaren tahu dengan renungan tajam Qayyum itu. Dia tak sukakan orang yang menganggu kerjanya. Paling tak suka.

"Berambus." Qayyum menaikkan jari telunjuknya serentak dihala ke arah luar bilik.

"Janganlah marah Qay, aku masuk ni pun sebab nak ajak kau bergosip." Pujuk Aaren. Perlahan dia kembali menutup pintu bilik kerja sahabatnya.

"Takda masa aku."

"Aku bukan macam kau dengan si Fareez tu. Dah macam perempuan, membawang je kerja." Qayyum balas sambil masih fokus menyambung.

Aaren menghembus nafas berat. Dia menarik kerusi yang ada bersebelahan dengan kedudukan Qayyum sebelum melabuhkan punggung. Usai itu, tangannya pantas menjatuhkan kepala hoodie Qayyum. Bibirnya naik tersenyum nipis. Barulah senang nak bercakap dengan mamat hacker ni. Terselah lah wajah tampan sahabatnya.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGOnde histórias criam vida. Descubra agora