Ihwal أ

3K 95 16
                                    

Matanya meliar memandang pemandangan di luar bangunan pencakar langit. Awan membiru seperti hari-hari biasa.

Tuk!

Tuk!

Tuk!

Bunyi tapak kasut berlari jelas kedengaran. Seseorang merempuh masuk ke dalam bilik.

"Monsieur!" (Tuan!)

Tercungap-cungap nafas lelaki itu cuba menyekatan nafas agar kembali normal.

"Calmez-vous, s'il vous plait..." (Calm down, please...) Tak bernada suara lelaki itu mengarah anak buahnya agar kembali tenang.

Namun tubuhnya masih sama. Tidak menukar posisi menghadap anak buah. Entah, awan di luar lebih menarik.

"Sir, I get something from Alonzo."

"Hmm?"

"Dia dah sampai!" Berita yang baru dikhabarkan membuatkan tubuh tegap lelaki itu mengeras sesaat.

Seketika bibirnya ternaik sebelah. Sinis.

Hari yang dia nantikan dengan penuh kesabaran telah tiba. Kau dah sampai akhirnya.

"Thanks Gibson, you can leave now." Balas lelaki itu tenang.

Gibson angguk, dia menurunkan badan sebagai tanda hormat kepada lelaki itu. Tak sampai 90° lagi, badan tuannya beralih ke arahnya.

"Berapa kali aku nak ulang, tak perlu tunduk hormat pada aku. Kita bukan berada di 'sana', kita berada di Selatan Hyurie" Suara tegas lelaki itu membuatkan Gibson mematung.

Dia pantas mengganguk.

Hyurie ialah sebuah negara kecil yang maju dan canggih. Kemajuan negara ini dalam bidang alam hijau telah mendapat perhatian dunia, maka sektor pelancongan merupakan sektor utama di negara ini.

Hyurie sangat menekankan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat mereka. Jadi tak hairan jika jangka hayat warga emas di sini lebih lanjut dari biasa.

Malahan kerajaan Hyurie menyediakan kemudahan dan kebajikan kesihatan yang terbaik buat rakyat mereka.

Berjiran dengan tiga negara hebat iaitu negara Qeouland, Ziella dan Myland. Cabang perdagangan juga semakin diterima baik di sini.

Itulah antara sebab kenapa lelaki itu memilih untuk tinggal di Hyurie. Walaupun, itu bukan sebab utama tetapi keuntungan yang dia dapat kaut dari negara Hyurie sangatlah berbaloi.

"Maaf Tuan, sa-saya dah terbiasa." Terlepas keluhan nipis si Tuan.

"Tak mengapa, kita berada jauh dari mereka. Tak perlu amalkan tatatertib merapu." Lebih kepada menyampah saja ucapnya.

Dia lelah dengan peraturan ketat di sana. Jadi bila mereka di luar, dia lebih suka suasana santai.

Tanpa protokol.

Tanpa paksaan.

Tanpa undang-undang yang mengarut.

"Jangan ulang lagi."

"Baik Tuan." Seusai berkata demikian Gibson keluar meneruskan kerjanya.

Lelaki itu hanya menggeleng kepala. Nanti dia buat lagi. Bercakap dengan kuda pun faham bahasa dari bercakap dengan orang kanannya.

Dia membuka langkah keluar dari bilik. Kunci kereta yang tergantung diambil.

"Jarrel!" Pengawal lelaki itu bangun dari kerusi.

The parfaitWhere stories live. Discover now