27 || A Z R A N H A Y D E N A ⚔️

2.8K 119 3
                                    

TUAN HAZY LUIS baru sahaja membuat Panggilan dengan seseorang. Dia, melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tersedia di ruang tamu dengan senang hatinya.

" Haih, ada bagusnya juga Alexander ni. Merempat dekat situ pun masih pandai aturkan kerja." Kata Tuan Hazy dengan sinis. Kaki kanannya di silangkan ke atas kaki kirinya.

" Bibik!!" Jerit Tuan Hazy yang memanggil pembantu rumahnya.

" Ya! Ya Tuan. Ada apa yang Tuan mau saya buatkan?" Soal bibik yang berlari dari dapur sehingga ke ruang tamu.

" Buatkan untuk saya secawan kopi panas dan sediakan saya sepuntung rokok cerutu." Pesan Tuan Hazy pada bibik. Kaki kanan yang di silang kan ke atas kaki kanan tersebut di goyang-goyangkan perlahan.

" Baik Tuan. Tunggu sebentar ya." Terus bibik melangkah pergi menuju ie dapur untuk membuat air kopi pada Tuannya.

Tuan Hazy yang duduk elok di atas sofa tersebut menyentuh dagunya lalu mengusap lembut jambang yang ada di wajahnya itu.

" Tidak lama, Haydena akan di hancurkan. Segala harta yang telah di wasiatkan kepada dia, akan jadi milik aku setelah dia lesap dari bumi ini." Ujar Tuan Hazy lalu semakin galak gelakkannya sehinggakan ruang tamu itu di penuhi dengan suaranya.

" Ujar Tuan Hazy lalu semakin galak gelakkannya sehinggakan ruang tamu itu di penuhi dengan suaranya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU AZRAN UQAEL dapat merasakan sesuatu yang agak merisaukan. Dia terfikir adakah gadis itu baik-baik sahaja? Adakah dia membuat keputusan yang benar dan memberikan gadis itu keluar pada waktu sebegini?

Banyak persoalan yang timbul pada mindanya.

Tengku Zafran Haziq yang berada di tempat penumpang hadapan memandang abangnya yang menenung sambil tangan kanan masih memegang stereng kereta walaupun kereta itu telah di matikan enjin.

" Ayan. Kau kenapa? Sampai bila kita nak duduk dekat dalam kereta ni?" Tegur Zafran sambil tangannya itu menepuk lengan Azran.

Tengku Azran Uqael tersentak!

" Oh. Haah ye. Jom masuk aku rasa Tuan Hazy ada di rumah." Azran mengusap seluruh wajahnya lalu dia membuka  tali pinggang keledar.

" Oii Ayan. Aku tanya kau, kau kenapa? Okay ke tidak? Diam temenung je."

" Aku okay. Tak ada apa yang nak di risaukan Afyan. Dah jom masuk." Terus Azran membuka pintu dan terus keluar dari perut kereta.

Tengku Azran Uqael mencekakkan pinggangnya sebelum dia melangkah naik tangga di hadapannya itu.

Sampai sahaja Azran di hadapan pintu utama, butang loceng rumah mewah itu di tekan.

TING TONG TING TONG

5 minit menunggu pintu utama itu buka, Zafran yang bersebelahan dengan Azran itu melepaskan satu keluahan yang kuat.

" Haih, mana orang tua ni? Tak nak buka pintu ke apa? Kau tak nak smack down ke pintu acah mahal ni Ayan?"

EDITING | Mr. Tengku Azran Uqael Where stories live. Discover now