25 || A Z R A N H A Y D E N A ⚔️

2.8K 136 2
                                    

" HAYDENA, nanti bawa kawan-kawan naik atas. Hantar diorang ke bilik tetamu ya." Ujar Kak Madihah pada Haydena lembut. Haydena Marissa, Inara Malyka dan Haura Sophia menoleh ke arah Kak Madihah yang berdiri di belakang mereka itu.

" Okey akak." Jawab Haydena dengan membuat thumbs up pada Kak Madihah.

" Eh? Babe. Kitorang tak tidur satu bilik dengan kau ke?" Soal Haura lalu menggoncangkan lengan Haydena.

" Tak. Kenapa? Korang nak tidur dengan aku ke?" Soal Haydena semula pada mereka berdua.

" Mesti lah nak! Alang-alang tu, kitorang nak tengok juga bilik kau tu. Mesti cantik kan?" Sambung Inara Malyka seraya dia mengukirkan senyuman tidak sabar pada Haydena.

Haydena tersenyum. Matanya beralih memandang Kak Madihah yang masih Ada di situ.

" Kak, saya rasa tak perlu la diorang tidur bilik tetamu. Biar diorang tidur dengan Haydena je tak pe."

" Ouh, Okey baik. Boleh. Apa-apa keperluan yang kamu semua nak, Panggil saja Ye Kak Madihah di bilik." Pesan Kak Madihah Sebelum dia melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga di situ.

" Okey, Jom naik bilik aku. Bilik aku dekat atas ni je. Jom." Pamit Haydena Sebelum dia bangun dari duduknya dan melangkah pergi dari situ.

Inara Malyka dan Haura Sophia turut bangun mengikut langkah Haydena yang laju menaiki tangga.

Sampai sahaja di hadapan bilik Haydena, Inara Malyka dan Haura Sophia yang berada di belakang Haydena itu dengan gaya tidak sabar mahu melihat bilik Haydena.

" Eh? Korang ni Kenapa Okey tak ni?" Soal Haydena.

" Haah of course Kitorang okey. Kitorang nak tengok bilik kau ni tak sabar!" Jerit Haura lalu dia menepuk bahu Inara kuat.

" Sakitlah Haura! Pelan-pelan la sikit kalau nak tampar aku pun." Marah Inara Malyka lalu dia menyiku perlahan lengan Haura.

" Hehehe sorry."

Haydena menggelengkan kepalanya melihat gelagat dua orang kawannya itu.

" Dah, Jom masuk bilik aku." Ajak Haydena Sebelum dia memulaskan tombol pintu biliknya itu.

Buka sahaja pintu bilik Haydena itu, ternganga luas mulut Inara Malyka dan Haura Sophia melihat hiasan bilik itu.

Sungguh mewah!

" Wow! Ni bilik kau ke babe?" Soal Inara dengan menekup mulutnya menggunakan tangan kirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Wow! Ni bilik kau ke babe?" Soal Inara dengan menekup mulutnya menggunakan tangan kirinya. Matanya beralih memandang Haura Sophia yang dari tadi menjatuhkan rahangnya kerana terkejut melihat bilik seperti itu.

" Haah ye la. Bilik aku. Azran yang sediakan."

" Cantik sangat ni! Kau tidur sorang ke dengan bilik besar macam ni?" Soal Inara lagi pada Haydena dengan nadanya yang teruja itu.

EDITING | Mr. Tengku Azran Uqael Where stories live. Discover now