20|| A Z R A N H A Y D E N A ⚔️

2.8K 132 2
                                    

INARA MALYKA dan Haura Sophia sedang berjalan menuju ke kelas yang akan bermula pada pukul 10 pagi.

Dalam perjalanan mereka berdua menuju ke kelas, kepala mereka berdua sekejap sekejap menoleh kebelakang melihat sama Ada Haydena sudah sampai atau belum kerana takut dia lambat memasuki kelas Puan Aemiela.

" Babe. Mana Haydena ni? Lambatnya dia. Kang Miss Aemiela Marah japgi tak ke mampos tu." Kata Haura pada Inara yang berada di sebelahnya.

" Entah la. Nak tunggu dia ke tak dekat sini? Kalau nak tunggu dia, kita kena pergi dekat tempat yang tersorok sikit supaya Miss Aemiela tak nampak kita. Nanti, buta-buta ja kena." Cadang Inara. Belum sempat mereka mahu melangkah setapak kebelakang, tiba-tiba satu susuk tubuh sederhana itu menyentak mereka berdua.

Terkejut.

Terbutang mata mereka tatkala melihat Miss Aemiela yang berada di hadapan mereka sambil tangan kanannya memegang buku dan tangan kirinya naik mencekakkan pinggangnya.

" Kenapa masih Ada di luar? Inara? Haura? May I have your answer." Senada suara Miss Aemiela bertanya pada mereka.

Inara Malyka dan Haura Sophia memandang satu sama lain. Aduh!

" Tak Ada apa-apa Miss. Kitorang cuma dalam perjalanan nak masuk ke kelas ni." Kata Inara sambil itu, dia menyiku lengan Haura yang diam merenung wajah Miss Aemiela itu.

" Haih, macam-macam ya kamu ni. Ni. Saya nak Tanya. Mana kawan kamu yang sorang lagi tu? Tak datang ke? Harini, awak bertiga Ada presentation sama-sama kan?" Soal Miss Aemiela bertubi-tubi pada mereka berdua.

" Hish Haydena ni. Mana kau ni." Jerit Inara dalam hati.

" Haydena....Dia Hah! Dia sakit perut. Sebab tu dia datang lewat." Kata Inara dengan nadanya yang kuat. Orang sekeliling koridor itu yang sedang lalu lalang itu, melihat mereka.

" Are you guys sure?"

" Yes Miss." Kata Inara dan Haura serentak. Baru sahaja Miss Aemiela mahu mengaturkan setapak langkahnya ke hadapan, Inara sempat menarik lengan Miss Aemiela.

Miss Aemiela tersentak.

" Miss." Panggil Inara. Miss Aemiela memusingkan badannya kebelakang melihat Inara memegang lengannya itu. Dia menjongketkan sedikit keningnya itu.

" Sorry Miss."

" Ada apa-apa lagi ke yang mahu kamu katakan pada saya?" Soal Miss Aemiela dengan tenang.

" Kalau boleh, kitorang nak tunggu Haydena dekat depan tu boleh? Sebab Selalunya kami akan tunggu dia dulu."

" Kenapa perlu kamu berdua tunggu dia? Adakah dia Terpaling istimewa sampai kan awak berdua kena tunggu dia?" Kini nada suara Miss Aemiela agak tinggi menyoal mereka berdua.

Haura dan Inara menelan air liur mereka dengan payahnya. Bagaimana mereka mahu jelaskan.

" Macam ni Miss...Haydena—"Belum sempat Inara mahu menghabiskan ayatnya tiba-tiba susuk tubuh Haydena sudah kelihatan. Sempat lagi Haydena berjalan lenggang lenggok seperti model menuju ke kelas.

What the—

" Babe!" Jerit Haura. Inara sudah menepuk dahinya dengan kuat. Aah sudah.

Miss Aemiela menoleh kepalanya ke kanan melihat Haydena yang bersenang lenang berjalan dengan perasaan biasa.

Haydena menjungkitkan keningnya saat dia sudah tiba di hadapan kedua-dua rakannya itu.

" Why are you late Haydena Marissa? Tau tak kelas dah nak start? Kamu ingat kamu ni anak menteri ke Boleh datang ikut suka kamu?"

" Ouh. Miss bercakap dengan saya ke? Should I answer your question miss?" Soal Haydena dengan nadanya yang agak kurang sopan pada Miss Aemiela.

" Excuse me? How dare you ask me like that."

" So is that my problem miss? I wanna go to the class. It's late already." Kata Haydena selamba pada Miss Aemiela. Terbutang mata Inara dan Haura tatkala mendengar Setiap ayat yang di keluarkan oleh Haydena sebentar tadi.

Rude? Bukan Haydena jawabnya.

" Memang mak kamu tak ajar adab dengan lecture ke? Memang dah selesa being rude? Such a very good student I have." Langkah Haydena terhenti apabila Miss Aemiela menyebut perkataan 'MAK' padanya.

What the heck!

Haydena memusingkan badannya menghadap Miss Aemiela yang bercekak pinggang sambil merenungnya.

Seperti biasa Haydena tetap dengan perangainya yang keras kepala itu, mahu saja dia melontarkan Kata-kata yang boleh bagi Miss Aemiela terasa.

" You know what Miss Aemiela. Kalau boleh, saya pun dah malas nak datang ke kelas Miss."

Miss Aemiela menjungkitkan keningnya lalu satu ukiran sinis terbit pada bibirnya. Wow. Berani sungguh Haydena berkata begitu padanya.

" Saya pun dah mula rasa muak dengan perangai miss."

" Wah-wah. Pandai kamu melawan. Kamu tau tak, Jikalau kamu berperangai begini, saya akan ambil tindakan dan kemungkinan kamu akan di buang dari university ini." Kata Puan Aemiela sinis.

" Do I care miss Aemiela?" Kata Haydena lalu dia memeluk tubuh. Inara dan Haura yang berada di situ hanya memerhati Haydena yang melawan Miss Aemiela.

" Kamu ni memang kura—"

" Dia bukan kurang ajar, tapi kalau tengok keadaan sekarang, awak, Aemiela tak perlu tekankan dekat pelajar macam tu." Ujar satu suara garau yang muncul secara tiba-Tiba.

Mereka semua menoleh ke arah lelaki yang bersuara itu. Terbutang mata Miss Aemiela melihat lelaki yang berhadapan dengannya.

Haydena mengerutkan kening kerana lelaki itu tidak lekang memandang wajah Miss Aemiela.

Haydena mengerus geram.

" Azran. Kenapa awak ada dekat sini?" Soal Aemiela lembut lalu dia memperbetulkan buku yang di pegang olehnya itu supaya tidak terjatuh.

" Nothing. Saja saya datang nak tengok cara student awak belajar semasa di dalam kelas sahaja." Kata Azran lalu dia mengukirkan senyuman buat Aemiela. Miss Aemiela senyum tersipu malu.

Haish handsome!

Haydena pula sudah panas melihat Azran dan Miss Aemiela tersengih-sengih antara satu sama lain. Dia menggulingkan matanya ke atas.

Menyampah!

Tanpa banyak kata, Haydena terus mengaturkan langkahnya menuju ke kelas. Rasa sakit hati apabila Azran seperti pura-pura tidak nampak dirinya di situ.

Inara dan Haura pula yang terpinga-pinga itu, lantas mengejar langkah Haydena yang sudah jauh dari mereka.

Azran dalam hatinya tersenyum. Dia perasan akan tingkah lalu Haydena sebegitu. Sengaja dia pura-pura tidak nampak gadis itu.

Aemiela pula mengerus geram.

" Hish! Mereka bertiga tu, kalau Boleh nak je saya bagitahu orang atasan! Perangai tu melampau sangat!" Bentak Miss Aemiela.

" Diorang tidak melampau. Cuma awak tu, perlu faham Isi hati remaja macam mereka tu."

" You faham ke? Or you ada hati pada salah sorang dari mereka?"

" Don't know what to say but yes. Saya cuba untuk faham Haydena yang degil tu walaupun kadang-kadang saya tak Boleh nak tahan dengan perangai dia." Ujar Azran.

" Dari awak nak layan dia, baik awak layan saya. Kita kan sama-sama single Azran. Umur awak tu da meninggal apa Kata kita..."

" Jangan nak merepek. Saya datang sini nak tengok cara awak ajar mereka sahaja. That's it. Jangan berkata buruk pada Haydena Marissa." Terus Azran melangkah ke arah laluan Haydena bersama rakannya lalu di sepanjang jalan itu sambil menyerlup tangan sebelah kanan ke dalam poket.

Miss Aemiela mengerus geram!




TBC DONE EDITING NEW VERSION

EDITING | Mr. Tengku Azran Uqael Where stories live. Discover now