𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟎𝟗

Start from the beginning
                                    

Danish berdehem sebelum mula berbicara.

"Tanggungjawab saya. Lepas ni cik tolong lebih alert sikit, takut saya takda untuk tolong nanti." seloroh Danish idham.

Afiera tersenyum kekok.

Menyempat.

Afiera mengaru kepala. "Aih, begitu pula-" Dia ingat dia tu superman ke? kalau iya boleh lah minta autograf.

Danish gelak kecil.

"Takde lah saya gurau je. Ni, cik nak pergi bengkel ke?" Soal Danish lembut.

Afiera mengeleng kepala.

"Tak, saya nak pergi garden untuk cari bunga." Ibu jari dihalakan ke arah garden warehouse.

Danish mengangguk faham. Gadis bunga rupanya.

"Kalau dah takda apa apa saya pergi dulu lah. Kalau cik rasa semakin sakit pergi klinik ya" pesan Danish dan terus pergi dari situ.

Melihat langkah Danish yang semakin jauh membuatkan Afiera baru tersedar.

Tiba tiba bibir itu mengukir senyum. Manis.

Arghhhhh!

Kena bagitau Marissa ni!

Ingat dia aje ke boleh kena tolong dengan stranger hensem? Afiera kirana pun boleh lah.

Afiera terjerit suka kemudian mengatur langkah ke arah Garden Werehouse. Aku akan jadi macam Marissa ke?

Ahaks cliche sangat!

DANISH tergeleng geleng memasuki kereta Alvin. Tempat duduk disebelah pemandu diduduki.

Bukan dia tak dengar ada orang menjerit kat belakang dia.

Haih.

Perempuan.

"Kau dah kenapa bongok?" Tegur Alvin.

Pelik dengan sikap Danish hari ini. Tersengih sengih. Takkan lah keluar dari bengkel dah biul? kereta yang rosak bukan tuan dia.

Danish tersenyum lagi. Kali ini ikhlas untuk member sebelah. Dia menyandarkan kepala pada kerusi yang dia duduki.

"Jalan lah, kereta aku nanti esok baru siap." Arah Danish.

Soalan Alvin di biar sepi saja.

Alvin memasang muka pelik.

Malas mahu bertanya lebih. Alvin menekan pedal minyak dan terus memulakan pemanduan.

Lantak kau lah Danish yang penting aku nak balik cepat. Kejap lagi boleh dating dengan cik tunang. Ahaks.. yang single tu diam diam.

Sepanjang perjalanan Danish banyak mendiamkan diri. Diam bukan sebarang diam tapi dia tersengih serupa orang angau. Abang D mula jiwang karat.

Alvin yang melihat itu mula naik seram. Kenapa dengan member dia? takkan lah lepas tinggalkan si GTR meroon milik danish terus dah gila. Pelik pelik lah

atau kena rasuk?!

"woi kau kenapa?"

Angin.

persoalan Alvin dibiar sepi saja.

Alvin merengus kasar. Sebaik saja berenti di lampu isyarat. Tanpa amaran kepala Danish terus di tolak dengan kasar.

Buk!

"sakit gila!"

Tangan memegang kepala akibat kena hentakan padu di cermin. Danish menjeling tajam Alvin di sebelahnya.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now