𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟎𝟕

Start from the beginning
                                    

Nanti makin berpanjang pulak war yang Qaswar ciptakan.

Tiba tiba kedengaran tawa sinis dari suara garau itu. Kemudian kembali serius.

Makkk— saya takut!

Melihat Qaswar yang mahu membalas kata buat aku semakin tak senang duduk tapi panjat syukur bila tiba tiba telefon Qaswar berdering. Terima kasih ya allah, semoga hariku semakin diberkati.

Kring! Kring!

Qaswar segera memberi isyarat mata agar aku tidak melarikan diri. "Kau tunggu situ!" Tersengih. Hehe— Pergi pergi! Aku memberi isyarat tangan untuk menyuruh dia menjawab panggilan itu. Sembang sampai ke subuh pun tidak mengapa. Qaswar mula mengatur langkah mengambil jarak untuk menjawab panggilan. Jauh..

Inilah masanyaa—

Tanpa menghiraukan amaran Qaswar, perlahan lahan aku bangun dari duduk dan mengambil beg tangan. Langkah berjaga jaga agar tindakanku tidak diketahui. Yaa.. aku mahu lari dari dia! Dari belakang— Tangan dilambaikan beberapa kali, tiada respon. Maknanya.. Qaswar sangat fokus dan tidak akan perasan dengan pergerakanku. Tanpa menunggu lama aku terus keluar dari restoran yang kami berada.

Perlahan lahan menapak; setapak demi setapak seperti pencuri. Air liur ditelan dengan payah. Fuh! berpeluh aku. Tiba tiba aku terhenti sebelum spontan berdiri menegak. Tersengih kepada satu pasangan yang memandangku tanpa berkedip. Klip! Klip!

"Macam dalam drama kan?" Ucapku pelan. Ingat kena abai aje tapi aku silap... ucapkanku mendapat anggukkan dari mereka. Masing masing kebingungan.

"Hahaha.." Pergi layan aku dah kenapa! Aku menoleh ke belakang lagi sekali. Clear! Qaswar masih tidak perasan apa yang berlaku tika ini. Dikesempatan itu, aku memilih untuk terus berlari keluar. Bug!

"Aduh! Buka! Buka!" Cemasku. 'Nanti Tiger Toes marah aku!' Jeritku dalam hati. Beberapa kali aku menolak nolak pintu cafe tapi hasilnya aku masih tak boleh keluar. Orang orang sudah berbisik. Pelik gamaknya. Keadaan menjadi seperti menegang. Kalau on lagu ost nobody is perfect.. gempak jadinya!

Tarik. Bibirku bergerak tanpa suara mengeja perkataan itu.

'Tarik? oh..'

Spontan menepuk dahi sendiri, silapku! Tanpa berlengah lagi, dengan laju aku terus menarik pintu itu. Terbuka! 'Alhamdulillah!' Ucapku bersama tangan menadah. Pintu itu sempat dicium. 'Upgrade diri you— supaya boleh tarik tolak!' Aku langsung bergegas keluar. Laju. Larianku semakin melaju sehingga jauh dari kawasan cafe tadi.

Selamat tinggal Qas.. sayang!

Ada jodoh kita jumpa lagi.

Langkahku semakin dipercepatkan ke arah Honda civic warna putih milik aku. Yes! my baby white... I'm coming! Masuk saja ke dalam kereta aku terus menghidupkan enjin. Baik balik terus. Huhu ~

Gaya macam lari dari penculik saja. Tapi Qaswar tu singa. eh! tak! tak! dia harimau. Tiger toes! Tatapan dia macam sedia nak terkam orang aje. Seram..

'Hm.. i'll call you later.' Ucap Qaswar sebelum menamatkan panggilan. Skrin telefon bimbitnya langsung berubah gelap. Dijatuhkan kesisi dan kembali bergerak ke meja mereka— "Ma.." Kaki panjang Qaswar terkaku ditempat. "Rissa,"

Kosong.

Kening terbentuk cantik milik Qaswar terangkat sebelah. Merenung kosong tempat duduk Marissa yang sudah tidak berpenghuni. Tanpa sedar kakinya sudah diatur ke tempat mereka tadi. Tepat pada tempat duduk Marissa. Dicondongkan tubuh, bersama yang tangan di tompangkan pada meja. Hidung mancung sempurna milik Qaswar tidak dapat menafikan yang bau gadis itu tertinggal. Mint Cake— Diketuk ketuk meja cafe itu dengan hujung telefon bimbitnya.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now