Bab 1

145 33 4
                                    

Laila sedang mengikat rambutnya di hadapan cermin dalam biliknya sambil menyanyikan lagu yang ia gemari iaitu "Hurts so good".

Dalam suasana pagi yang damai dengan bunyi burung yang berkicauan terhenti apabila ada suara yang memanggil anak-anaknya untuk breakfast.

"Razman! Reza! Laila! Cepat turun breakfast ni...nanti terlambat pula masuk kelas." Suara Pn. Liha Adelia membuatkan ketiga-tiga anaknya segera untuk turun breakfast.

"Haih mama, masak apa tu untuk breakfast hari ni...?" Laila bertanya sambil berjalan mendekati ibunya itu.

"Hari ni mama masak nasi goreng pattaya, kesukaan papa kamu...saja dah lama tak masak nasi goreng pattaya so mama masaklah." Jawabnya sambil menyediakan pinggan.

"Mana abang-abang kamu tu? Dah bersiap ke...kenapa tak turun-turun lagi nanti lewat pula." Tanya ibunya sambil melihat jam dinding di sudut ruangan dapur tersebut.

"Entah ma, macam biasalah abang Razman dan Reza selalu sediakan buku untuk dibawa pada pagi-pagi ni... last minute gituew." Kata Laila yang sudah tau apa yang dilakukan oleh kedua abangnya itu.

Tiba-tiba ada suara langkah kaki yang menuju ke dapur.

"Good morning ma." Sapa Reza sambil menarik kerusi untuk duduk.

Razman hanya memberi senyuman yang sangat kepada ibu dan adiknya itu.

"Good morning anak mama, okay Raz, Reza lepasni mama nak kamu berdua sediakan buku yang perlu dibawa pada malam hari biar tak kelam kabut pagi-pagi ni...takut lewat pulak tu ye anak mama...boleh?" Pesan ibu kepada dua orang anak lelakinya dengan lembut.

"Itu lah Laila pun dah bagitahu abang tapi diorang buat tak tau je ma." Ujar anak manjanya itu sambil senyum nakal memandang kedua abangnya.

"Okaylah,esok abang dengan Reza akan sediakan awal-awal ye ma." Kata Razman akur dengan mengukir senyuman yang ikhlas.

"Dah, dah, dah jom breakfast lepastu terus gerak takut lewat pula ye." Kata Pn. Liha Adelia.

Mereka akur segera makan dan selesai makan mereka bersalaman dengan ibunya di hadapan pintu.

"Hari ni korang naik kereta Pak Ahmad ye, sebab papa ada urusan jadi tak sempat nak hantar jemput korang." Ujar Pn. Liha Adelia.

"Okay ma!" Jawab mereka serentak.

♡*♡*♡*♡*♡*♡

Semasa perjalanan mereka berbual seperti biasa. Dalam kerancakan menjadi tegang apabila sebuah pertanyaan dari Reza.

"Aaa..Laila,abang boleh tanya sesuatu tak?" Reza tiba-tiba keluar dari topik kerancakan mereka tadi.

"Ye bang, nak tanya apa?" Jawab Laila sambil memandang Reza.

"Laila ada suka someone tak?. Kalau ada, ceritalah dekat abang dengan abang Razman." Kata Reza santai.

"Untuk now rasanya tak ada lagi...kenapa abang tanya?" Tanya Laila kehairanan.

JODOHKU IALAH ABANGKUWhere stories live. Discover now